MAIN MENU

Footer Pages

4 Sep 2010

Perjalanan kita semakin hampir ke penghujungnya.

Semakin hampir sudah kita akan meninggalkan bulan Ramadhan yang mulia ini semoga ramadhan ini telah berjaya mengajar dan mendidik jiwa kita menjadi insan yang lebih sempurna,  hasil daripada latihan dan kelebihan bulan ramadhan yang mulia ini kelak kita langsungkan dibulan-bulan seterusnya insyaallah.

Justeru kesedaran dalam mendidik jiwa dan hati umat agar memahami kesusahan untuk tidak makan dan minum sedikit sebanyak mampu untuk menyedarkan kita akan kepentingan puasa. Begitu juga puasa yang dilakukan ini juga harus difahami falsafahnya bukan semata-mata melihat akan realiti kesusahan orang lain tetapi yang lebih utama adalah pembuktian ketaatan kita dengan Allah SWT. Berpuasa sebenarnya adalah satu ujian yang cukup besar pahalanya. Umpamanya tidak ada siapa yang tahu kita berpuasa atau tidak melainkan Allah sahaja. Bahkan jika kita menipu dikalangan anak-anak dan isteri/suami sendiri pun tidak siapa yang tahu. Ini lah ujian besar yang Allah kurniakan kepada umatnya.

Jika kita benar-benar melaksanakan perintah ini dengan jujur dan ikhlas maka kita dijanjikan Allah degan pahalanya bukan sahaja didunia malah diakhirat. Puasa melatih kejujuran keikhlasan yang tinggi bahkan ia sebenarnya mampu menjadikan manusia lebih luhur iman dikalangan manusia dan disisi Allah. Dengan berpuasa, ketaatan inilah yang menjadi kunci utama kepada umat. Madrasah Ramadan adalah insititusi yang membentuk minda, jiwa dan iman kita supaya taat kepada tuhannya dengan sepenuhnya tanpa dipertikaikan. Modul inilah yang bakal memberi kesan besar dalam sejarah kemanusiaan kerana puasa yang kita lakukan bukan sahaja tidak makan dan tidak minum tetapi taat dan patuhnya kita dengan perintah Allah. Inilah kunci taqwa yang disebut dengan jelas dalam Al-Quran oleh Allah kepada umatnya.

Kad hari raya drp Penjejak Maya

Terima kasih banyak-banyak pada beliau kerana sudi memberikan kad hari raya yang indah ini utk blog akuanakpahang. Selamat hari raya juga utk semua maaf zahir dan batin.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

15 ulasan:

  1. Salam En Yassin .

    Sedih rasanya Ramadhan sampai ke penghujung . Kebahagiaan yg diperolehi solat terawih bersama suami dan anak2.. tidak terdapt di bulan lain .

    Selamat menyambut raya . Selamat berbahgia .

    BalasPadam
  2. salam..
    lawo kad raya aok
    dapat tu Yassin
    kena print sendirik
    la jawabnya kalau nak
    gantung di ruang tamu
    he he..

    BalasPadam
  3. Selamat hari raya dari saya juga...

    BalasPadam
  4. haa dah nak raya ke? baju raya pon tak carik lagi ni

    slamat hariraya le

    BalasPadam
  5. salam,

    semoga kita semua lulus ujian ini dengan cemerlangnya..

    terima kasih kerana sudi mengambil kad tu..

    BalasPadam
  6. Bakar Lemang tahun ni Sin?..

    BalasPadam
  7. lepas nih pakat2 pose 6 le pulok...

    BalasPadam
  8. Linda - tul tu rasa macam sayu aje..

    Zul - wmslam - mmg lawo weh nampak gaya kena gitulah :)

    Cklah - selamat hari raya kembali.

    Cemomoi - kawan pakai hok tahun lepas aje lawo lagi :)

    Penjejak Maya - insyaallah jua.. teriam kasih sudi memberi kad.

    En syed - tak tahu lagi..rasa kawan kukus pulut aje..badan tak larat nok membuatnya :(

    Cikgu Jang - insyaallah lepas kita buat :)

    BalasPadam
  9. selamat hari raya, maaf zahir batin.

    BalasPadam
  10. salam..
    Moga ibadah kita di bulan puasa ini diterima & semoga mendapat berkat..
    "SELAMAT HARI RAYA..maaf zahir dan batin dari Fauzi dan keluarga".

    BalasPadam
  11. salam..
    Moga ibadah kita di bulan puasa ini diterima & semoga mendapat berkat..
    "SELAMAT HARI RAYA..maaf zahir dan batin dari Fauzi dan keluarga".

    BalasPadam
  12. Ruginya rasa bila dh nok abih...aduhyaii..sayang ye weh.

    BalasPadam
  13. Moge bulan pose banyok melatih diri kite.

    BalasPadam
  14. Terima kasih kembali Pozi, SkreMpes dan jejak Desa semoga kita semua mendapat rahmatnya jua.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.