Salam semua hari ini badan berasa tak sihat lenguh-lenguh, sengal-sengal semacam aje kut musim buah nei gamoknya demam buah kata dek orang tu.. nok aje rasannya kawan MC - mintak cuti hari ini dek kerana ketidak tentuan rasa.... nak kata demam tak deman, nak kata panas tak panas.... ayat powernya badan tak berapa sihat...bukan nok demam, saya tak nak demam hehehe....terkadang terpikir juga dek kita sakit atau kesakitan itu, Allah tidak memberikan bergitu sahaja kepada kita sesetengah pendapat ada mengatakan sebagai kaffrah diatas dosa-dosa kecil yang kita lakukan seperti membaling anok ayam, lempor batu ke anjing, golek-golek perut katak hehehe... dan sebagainya.
Jadi jika anda berasa tak berapa sihat deman dan sebagianya moh kita baca sedikit bab kesakitan ini. Terdapat byk hadith yangg menerangkan bahawa kesakitan (ujian) dapat memadamkan kejahatan dan menghapuskan dosa..
Diriwayatkan dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya dgn kesulitan..
Diriwayatkan juga dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Utk setiap musibah, penyakit, keresahan, kesedihan atau kesakitan yg menimpa seorang Muslim – hatta luka yg disebabkan tertusuk duri – Allah akan menghapuskan dosa2 nya..
Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan, “Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam yang kuat!” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) drp kamu..” Aku bertanya lagi, “Adakah kerana engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar.. Tiada seorang Muslim yg ditimpa kesakitan – walaupun hanya luka yg disebabkan tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa2 nya disebabkan kesakitan itu, dan dosanya gugur spt gugurnya dedaun dari sepohon pokok..”
Kesimpulannya kesabaran itu amat penting benarlah "sabar itu separuh dari iman" semoga apabila kita demam atau ditimpa sebarang kesulitan dan kesusahan kita renung-renungkan semula maksud hadith diatas.
Saling ingat dan mengingati utk kebaikan bersama... berpesan pada diri sendiri dan anda jua.
*Sumber Hadith drp Internet.
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,
salam Yassin..
BalasPadambawakla berehat..makan ubat weh
main demam2 ni jangan buat memain
dengan penyakit allah nak ampunkan dosa, alangkah ringannya sakit ini...
BalasPadamBila kita sakit jgn lah mengeluh, tetapi sentiasalah ingat yang Allah sedang menguji kita dan menghapuskan dosa2 kecil andainya kita dapat menahan keasabaran.
BalasPadamrajin rajin makan ubat. Jangan makan ubat dengan durian pulak.
BalasPadamsalam..
BalasPadamNok buat goner kdg2 kita fikir kita sakit & susah tetapi bila tgk org lain lebih sakit & lebih susah maka bersyukurlah krn kita tidak terus diuji seperti mereka.
banyok makan derian kot... ander lebih bawok-bawok hulo le ke kengkawan, tolong perabih
BalasPadammoga cepat keboh
Petang ni bawok mgetea pasti elok demam nya..
BalasPadamagar menjadikan lebih rapat dengan Allah...gitulah kita ni wehh..dah sakit la nok ingat tuhan...masa sihat???
BalasPadamHehe...
BalasPadamBetoi sangat la sakit penghapus dosa kecil...
Tapi jangan sampai tak cari ubat/rehat macam sesetengoh sufisme..
Melanggor syariah tue... Hehe
salam sahabat,
BalasPadamterima kasih ats segala peringatan. nok menitik air mata koi mmbacanya.
p/s- moga cpt sembuh. samalah kita, demam derianlah gamoknyer...