Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa pada suatu ketika bertemulah syaitan orang mukmin dengan syaitan orang kafir. Keadaan syaitan orang kafir ketika itu berminyak, gemuk dan berpakaian manakala syaitan orang mukmin kurus, kotor dan bertelanjang.
Lantas syaitan si kafir bertanya : "Hai syaitan orang mukmin, mengapa engkau kurus?" Jawab syaitan orang mukmin : "Aku bersama orang sedang makan yang sering menyebut nama Allah, hingga aku selalu kelaparan. Kalau minum dia juga menyebut nama Allah sehingga aku selalu kehausan. Kalau dia berpakaian selalu menyebut nama Allah sehingga aku tetap telanjang dan sewaktu bersolek dia selalu menyebut nama Allah hingga aku tetap kusut masai."
Lantas berkata syaitan orang kafir: "Aku tidak begitu, aku hidup bersama orang yang tidak menyebut nama Allah dalam semua perbuatannya. Itulah sebabnya aku dapat menyertai orang itu sewaktu makan, minum dan berpakaian."
Dalam hal ini jelas membayangkan hati orang bertakwa sentiasa terhindar daripada hawa nafsu dan sifat tercela. Jika syaitan datang kepada seseorang, bukan disebabkan syahwat tetapi kerana terlupa berzikir kepada Allah. Apabila hati ingat kembali kepada Allah, maka mundurlah syaitan laknat itu.
Moralnya bacalah Bismillah (dengan nama Allah) dimana jua dan apa jua yang sedang kita lakukan. Isyaallah Syaitan yang ada bersama kita makin kurus.
salam Yassin..
BalasPadamterima kasih mengingati
perkara yang kadang-kala
kita mudah lupa..
dimulakan dengan bismillah...
BalasPadamdisudahi dengan alhamdulillah..
dah macam nasyid pulak dah. heehee
bukan makan je sebut bismillah... buat benda lain pun kena mulakan dengan bismillah..
BalasPadamSetan Gemuk banyak bersibai kat belakang bandar Lama..terutama pada hari rabu sabtu dan ahad..
BalasPadamhuh gone le gayanya setan hok dok dengan koi ni yerk
BalasPadamsetiap anak adam yang dilahirkan akan didampingi sejenis jin yang dinamakan qarin
salam,
BalasPadambiar setan tu mati kebuluran je hehe..
Zul - betul tu saling nengingati utk kebaikan.
BalasPadamNerzhul - elok ngat kalu bawa nyanyi gitu hehehe...
Endiem - barang bender pun hok gitu2 lagi penting hehehe...
relevan - moh kita tembok ngat senapang gajoh hehehe..
Cemomoi - harapan bersama moge dia kurus kering .
P/maya - betul tu jgn bagi dia makan.
salam en yassin.
BalasPadamentri yg baik utk kite semua.yg kenkadang lupa mende hok selalu kita pratikkan.godaan utk mereka yg mahu kembai kejalan Allah lebih dasyat.syaitan ni pun ada rank mcm polis dan tentera dr prebet hingga jeneral.mengikut tahap manusia yg mahu disesatkan.
-semoga kita dilindungi drp syaitan yg direjam dan sekutu-sekutunya
terima kasih waris...peringtan pada aku yg sering terlalai...
BalasPadamKami di Leech Miracle,
BalasPadamdengan kerjasama PUSMAL Universiti Malaya
menjemput anda menjadi salah seorang daripada kami.
Layari : www.leechmiracle.com
salam weh,
BalasPadamterima kasih byk2. koi suka amat kala aok ngingatkan. penuh lembut dan budi bahasa...:)
Assalamualaikum, alhamdulillah, bagus aok mengingati kenkawan weh, kalau dok ada juga masanya kome teralpa..
BalasPadamsalam encik yassin..
BalasPadamterima kasih atas info ini..
**nper shoutbox takleh nk tggal mesej?? adakah saya sorank jer.. hehehe..