MAIN MENU

Footer Pages

20 Jun 2009

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR JERANTUT SKBJ

Sekolah kebanggsaan bandar Jerantut adalah sekolah terawal aku dahulunya. Sekolah ini hanya ada 1 block bangunan kayu sahaja, sausana mungkin agak suram tetpi bagi kami tetap ceria disitulah ditempatkan semua pelajar dari darjah satu hingga darjah enam sekitar tahun 1974- 1979 sekarang wajah sekolah ini telah jauh berubah sepadan dengan arus pembangunan . Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada guru-guru yang telah mendidik kami semua dan jua al fatihah buat guru yang telah kembali ke rahmatullah. Jika masih dapat diingati nama guru-guru tersebut Cikgu Mat Amin, Cikgu Mat Awang, Cikgu Daud, Cikgu Zaitun dan lain-lain. Sini jua terukir seribu kenangan pahit manis bersama teman-teman dan para guru semua.
Jasa guru-guru tetap dikenang.
Ini adalah bangunan asal Sekolah ini dahulu yang telah diubah suai sekadar tiang dan atap sahaja yang masih kekal dinding dan lantai telah diubah kapada simen dan telah digunapakai untuk Program Pendidikan Khas di sekolah tersebut. Kredit gambar ini kepada - Amin Boyo

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.