MAIN MENU

Footer Pages

26 Jun 2009

KAMPUNG PULAU TAWAR, JERANTUT PAHANG


HARI BERSEJARAH MAT KILAU
MEMPERKENALKAN DIRI NYA.

Masjid Pulau Tawar yang merakamkan detik sejarah penuh suka dan duka masih wujud hingga ke hari ini di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Usianya hampir 200 tahun. Dari bandar Jerantut ke Pulau Tawar, kira-kira 30 minit perjalanan, suasana kehidupan tradisional masyarakat Melayu yang bermastautin di pesisiran Sungai Pahang masih tebal. Malah degup sejarah serta nostalgia abad ke-18 dan 19 seolah-olah baru sahaja berlalu. Masjid lama itu terletak berdekatan tebing Sungai Pahang

Kewujudan masjid lama di situ berkaitan sejarah kepahlawanan Melayu Tok Gajah, Mat Kilau, dan pengikutnya kerana di situlah tercetusnya kebangkitan semangat nasionalisme menentang penjajah Inggeris di Pahang.Namun begitu masjid lama itu lebih sinonim berperanan sebagai pusat pengembangan ilmu serta syiar Islam bermula dari kurun ke-18 hingga awal tahun 1970-an. Perkembanganinstitusi pengajian pondok di Pulau Tawar berhubung rapat dengan masjid lama itu. Disitulah markas tempat berkumpulnya tokoh ulama terkenal yang berasal dari Sumatera seperti Allahyarham-Allahyarham Imam Malim, Imam Ahmad, Imam Haji Abd Rahim,Imam Daud dan Imam Yahya.Menurut Ismail, masjid lama itu berperanan menyebarkan dakwah Islamiah.

Malahan banyak pelajar dari seluruh Jerantut, Kelantan dan Terengganu datang belajar di situ padakurun ke-18.Menurut keterangan orang-orang tua, tapak asal pembinaan masjid lama itudilakukan oleh Imam Perang Rasu (Tok Gajah), Mat Kilau serta orang-orang Melayu PulauTawar pada awal tahun 1880-an. Masjid lama itu kemudiannya dibangunkan dengan wajah baru pada tahun 1923 tetap mengekalkan perspektif seni bina tradisional yang menggunakan kayu dan pelupuh dari hutan tempatan. Dalam buku Sejarah Pahang ada menceritakan pembesar British, HughClifford, pernah mendarat di tebing berdekatan masjid itu untuk mengadakan perundingan dengan Mat Kilau dan Tok Gajah serta penduduk Pulau Tawar.
Sedikit serba ringkas berkaitan dengan Kampung Pulau Tawar Jerantut.
Catatan pengarang : Apa pun kalau kebandar ini ada satu Perkampung namanya kampung mat kilau 1, 2 dan 3 masuk melalui masjid lama ke Perumahan LKNP dan terus ke kampung tersebut. Nama kampung ini sempena mengambil nama pahlawan terkenal tersebut.

Sedikit info yang dapat dikongsikan disini asal nama Pulau Tawar :  Pulau Tawar memperolehi namanya dari rumpun buluh tawar yang banyak terdapat di tebing Sungai Pahang satu ketika dahulu. Kawasan bertanah tinggi di tebing Sungai Pahang ini, membentuk sebuah kawasan seperti pulau yang dikenali dengan nama Pulau Tawar. Aliran Sungai Pahang dari utara yang merentas Paya Kangsa apabila berlaku banjir besar meninggalkan kawasan bertanah tinggi Pulau Tawar lazimnya terhindar dari kesan banjir. Sumber Google

2 ulasan:

  1. salam....ingat cerita pasal mat kilau...arwah ayah saya mmg minat giler dgn mat kilau ni..byk gambar2 dia dgn mat kilau ni masa mula2 umum...keluarga saya masa tu duk kat kuantan...

    BalasPadam
  2. sememangnya sblm ini mat kilau tinggal di kuantan sekitar bt6-8bt kut...sblm pulang kejerantut.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.