MAIN MENU

Footer Pages

26 Jun 2009

Bendera Pahang & Lambang Negeri Pahang

Satu hari ada member aku, gi temuduga nak jadi citer penal temuduga tanya apa maksud bendera Negeri Pahang tu.. haru laaa member tu nak bagi jawapan... bendera negeri pahang itu hitam tu apa dan putih tu apa??? Heheheh kadang yg tukang tanya tu x berapa tau jugak...:)

"Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat."

Lambang Negeri Pahang.
"Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan azimat yang berguna."

Wassalam, Wa'allahhualam.

4 ulasan:

  1. Kemana pergi keturunan raja yang sebenar? Dimanakah mereka adakah hidup senang atau sebaliknya. Apakah kaitannya perjanjian 1840 sila beri ulasan mengenainya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cari dan kena buka semula perjanjian tersebut jika ada...pasti kita tidak mengetahuinya.

      Padam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.