Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

22 Jul 2017

JANGAN JADIKAN JALAN JENGKA SEBAGAI SUNGAI MAUT !

Jalan Jengka ini sering kali berlakunya kemalangan dan tidak kurang sudah banyak meragut nyawa.  Kebelakangan ini semakin kerap berlaku kemalangan dilaluan terebut . Buat kesekian kalinya seruan penduduk Jengka kepada pihak yang bertanggungjawab "Tolong lakukan sesuatu perkara bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku dan terus berlaku." Pada wakil yang telah dipilih rakyat dengarlah dan lihatlah dengan telinga dan mata hati yang jujur dan ikhlas.

Benar, kemalangan tidak sekadar berpunca daripada kelalaian dan sikap pengguna semata-mata
tapi struktur & kondisi jalanraya memainkan peranan utama bagi menjaminkan keselamatan pengguna jalan raya sepenuhnya.

Saranan :
- Ketepikanlah sejuta alasan mahupun helah
- Kotakanlah janji busuk temberang menjadi janji manis tertunai
- Letakkan diri kita ataupun orang-orang yang kita sayangi sebagai mangsa kemalangan dan  bayangkanlah itu siatuasi anda sendiri.

Akhir kalam, cakap banyak tak kena membebel pun tak guna... Cuma ingatlah di akhirat nanti menjawablah diatas segala perkara yang telah diamanahkan.

Wallahua'lam. Sumber : Suara Penduduk Jengka.

Update :
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT 83 dengan jarak 28 kilometer tersebut dilaksanakan kontraktor terpilih Iswara Bina Sdn Bhd dan dijadualkan siap pada 1 Disember 2020 iaitu dalam tempoh 43 bulan. Projek dengan peruntukan bernilai RM213 juta itu telah bermula 2 Mei lalu melibatkan fasa awal. Sumber : Sinar Pahang

AAP - Dah lama tak lalu jalan Jengka nie.... :( 

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

1 Jul 2017

DAERAH JERANTUT TOKOH DAN PEJUANG MELAYU

Jerantut adalah daerah terbesar daripada 13 daerah lain di Pahang yang kewujudannya mempunyai sejarah tersendiri.

Dengan luas keseluruhan 7,563.46 kilometer persegi, Jerantut mempunyai 10 mukim yang terdiri daripada 295 kampung di bawah pentadbiran 58 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Jerantut dipercayai berasal daripada perkataan Jeram dan Tut sempena nama Awang Tut yang dikatakan sering mengail di kawasan jeram di tengah sungai Pahang.

Bagaimanapun, terdapat catatan lain menyatakan, pekan itu dipanggil sebagai Simpang Empat iaitu satu tempat jalan kereta api dari Gemas ke Kota Bharu bersilang dengan jalan raya dari Kuala Lipis ke Kuantan sebelum kemunculan perkataan Jerantut.

Nama Simpang Empat akhirnya ditukar kepada Jerantut bermula 1914 dan nama itu digunakan sehingga hari ini. Terdapat beberapa tokoh pejuang Melayu yang menjadi kebanggaan penduduk di Jerantut antaranya Mat Kilau dan Pawang Nong. Mereka juga menjadi sebahagian daripada sejarah di daerah berkenaan dan Tanah Melayu.

Allahyarham Mat Kilau atau nama sebenarnya Mat Kilau Imam Rasul atau Tok Gajah adalah pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang. Pada 1930, Mat Kilau menukar nama kepada Mat Siam bagi mengelakkan dikesan Inggeris yang menganggapnya ‘penderhaka’.
Masjid Tengku Ahmad @ Masjid Lama Jerantut

Manakala Pawang Nong yang juga Pawang Diraja Negeri Pahang adalah pengikut setia dan pernah menuntut ilmu dengan Mat Kilau. Pada awal 1930-an, daerah itu hanyalah sebuah pekan kecil yang mempunyai beberapa deretan kedai bangunan batu.

Namun kini, Jerantut sudah berubah wajah dan mengalami transformasi melalui kepesatan pembangunan dengan terbinanya banyak bangunan kedai dan perumahan selain diiktiraf sebagai bandar.

Satu lagi yang tidak diketahui umum mengenai bandar Jerantut, ia adalah gerbang ke Taman Negara dan ramai pelancong dalam serta luar negara suka berkunjung ke Taman Negara King George V.

Selain itu, bandar Jerantut menjadi bandar transit utama Pahang barat menghubungkan Lipis, Temerloh, Raub, Bentong juga ke Maran dan Wilayah Jengka. Sumber : Harian Metro

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!