Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

13 Mac 2017

PAHANG CUTI PADA HARI JUMAAT?

Jumaat adalah penghulu segala hari. Allah SWT menjadikan pelbagai keistimewaan padanya. Disyariatkan himpunan mingguan umat Islam melalui Solat Jumaat.

Kerajaan Negeri Kelantan sejak pemerintahan Al-Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadikan hari Jumaat sebagai hari ilmu. Beberapa negeri di Semenanjung menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu.

Hanya Pahang Darul Makmur negeri pantai timur yang belum menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu.

Johor Darul Takzim adalah negeri terkini menukar cuti hujung minggu dari Ahad ke Jumaat.

Apabila Jumaat dijadikan cuti mingguan. Maka banyaklah manfaat yang diperolehi, terutama orang Islam.

Muslimin tidak tergesa-gesa menunaikan solat Jumaat kerana tidak lagi terkejar-kejar untuk menyambung kerja. Ibadah dapat dilaksanakan dengan tenang.

Muslimat pula dapat menghadiri majlis-majlis ilmu. Di samping dapat bersama dengan ahli keluarga di hari yang penuh barakah itu.

Masyarakat juga dapat melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan pada hari tersebut.

Alangkah indahnya jika penduduk negeri Pahang dapat menghidupkan budaya ilmu dan ibadah di hari barakah ini seperti masyarakat di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Mudah-mudahan selepas PRU14 akan datang kerajaan baharu yang menerajui negeri Pahang akan merealisasikan impian ini.

Sumber : Penulis ialah Ketua Penerangan
Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang

AAP - Semoga ada usaha kearahnya, amat menyokong perkara yang baik dan mendatangkan seribu kebaikkan untuk semua umat islam di Pahang. Semoga perkara ini dapat direalisasikan didalam waktu yang terdekat atau disuatu hari nanti insya Allah.

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

3 ulasan:

  1. Hari Jumaat banyak munafaat...moga seluruh Malaysia cuti setiap hari Jumaat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapan dan doa bersama semoga perkara ini dpt dilaksanakan di seluruh Malaysia amin.

      Padam
  2. saya menyokong sepenuhnya dapat dilaksanakan diseluruh malaysia 'aminn

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<