Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

26 Jan 2016

PEJUANG DAN PAHLAWAN NAZAR NONG PAHANG

NAZAR NONG, (1928-1994), pejuang anti-British. Beliau lahir pada tanggal 25 Januari 1928, di Kuala Lipis, Pahang. Beliau berasal daripada keturunan keluarga Tok Gajah dan Mat Kilau, pahlawan Pahang yang berjuang bersama-sama Dato Bahaman menentang penjajah Britsh pada akhir abad ke-19. Bapanya, Mohammad Nong bin Abdul Rahman, penghulu yang disegani dan pernah berkhidmat di beberapa buah mukim termasuk Budu, Tembeling Tengah dan Kuala Tembeling di Pahang.

Beliau adalah pejuang anti imperialis yang ulung dari Pahang iaitu almarhum Nazar Nong. Almarhum Nazar Nong berasal dari jurai keturunan pahlawan yang bersama dalam Angkatan Perang Datuk Bahaman menentang penjajah dalam Perang Semantan 1891-1895 iaitu Tok Gajah dan Mat Kilau. Justeru tidak hairanlah apabila almarhum Nazar Nong turut mempunyai semangat yang jitu dalam menolak sistem kolonial yang sudah sebati dalam dirinya.

Bapanya Mohammad Nong Bin Abdul Rahman pula adalah penghulu yang disegani dan telah menabur bakti di beberapa mukim seperti di Kuala Tembeling, Tembeling Tengah dan Budu di Pahang. Nazar Nong memulakan perjuangan dengan memasuki Angkatan Pemuda Insaf, sebuah pertubuhan radikal bagi para pemuda di Tanah Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan 100% daripada penjajah British pada waktu itu.

Namun setelah pertubuhan ini diharamkan pada tahun 1947, tidak lama kemudian, beliau bersama-sama dengan ramai para pejuang kiri yang menentang penjajah British seperti Pak Sako dan Ahmad Boestamam telah disumbatkan ke dalam kem tahanan British ketika Ordinan Darurat sedang dijalankan di Tanah Melayu. Setelah dibebaskan, beliau meneruskan pula perjuangan dalam Parti Rakyat Malaya dan pernah menjadi Wakil Ketua Umum (Presiden) parti tersebut.

Nazar Nong pernah beberapa kali memasuki pilihanraya umum dan pilihanraya kecil sepanjang perjalanan perjuangan politik beliau. Antara pilihanraya terkenal yang menjadi tumpuan kepada diri beliau adalah pada 22 Oktober 1962, di mana ketika itu,Nazar Nong yang mewakili Barisan Sosialis berhadapan dengan calon 'heavyweight' iaitu allahyarham Tun Razak sebagai calon Perikatan dalam pilihanraya kecil Kuala Lipis pada waktu itu. Namun beliau telah tewas kepada calon Perikatan tersebut.

Ketika itu, Nazar Nong sedang menyandang jawatan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Sentul, di Selangor. Beliau memenangi kawasan tersebut dengan tiket Barisan Sosialis ketika pilihanraya umum 1959.

Pada tahun 1965, beliau yang ketika itu menjadi Naib Presiden Parti Rakyat Malaya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersama Dr Burhanuddin (Presiden PAS), Ishak Hj Mohamad (Pak Sako,Presiden Parti Buruh), Aziz Ishak (Presiden National Convention Party), Datu' Raja Abu Hanifa (PAS), Dato' Kampo Rajo (Bendahari Front Sosialis), menyusuli Ahmad Boestamam, ketua Barisan Sosialis dan Ketua Pembangkang di Parlimen yang ditahan ISA 2 tahun lebih awal sebelum itu. Mereka ditahan kerana kononnya ingin mereka ingin menubuhkan sebuah kerajaan buangan anjuran kerajaan Indonesia sebagaimana kerajaan Sheikh Azahari di Brunei pada waktu itu.

Sedikit perihal Nazar Nong ada dicatat oleh penulis Temerloh,
Allahyarham Sahmad Malaya dalam artikel Berita Harian pada tahun 1962.
Sumber artikel: Berita Harian, 13 Oktober 1962, Halaman 4
Sumber foto Nazar Nong: Muka depan Berita Harian, 7 Disember 1967
Kredit : Dewan Bahasa dan Pustaka FB Angkatan Bahaman

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

1 ulasan:

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...