Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

12 Jan 2016

PADAH MEMAJAK BAUKSIT SATU SEN PUN TAK DAPAT

Seumpama ungkapan pepatah melayu " Kalau mendengar guruh dilangit air tempayan dicurah jangan" membawa maksudnya lebih kurang : 
  1. Membuang hak milik yang sedia ada untuk memberi ruang kepada yang baru walaupun perkara itu belum tentu dapat.
  2. Terburu-buru dalam sesuatu tindakan yang belum pasti pulangannya.
Mungkin ini nasiblah yang diterima oleh mereka....

KUANTAN - “Siang malam makcik menangis, mengenangkan bayaran yang sehingga kini masih tak dilunaskan pengusaha bauksit,” demikian rintihan seorang peneroka Felda Bukit Goh, Halimah Kadir, 70.

Dia yang memutuskan untuk memajakkan ladang kelapa sawit seluas 4 hektar miliknya setahun lalu mengakui amat sedih dan terkilan dengan tindakan pengusaha bauksit yang gagal membayar pajakan kepadanya.

Difahamkan, bayaran itu sepatutnya diterima peneroka terbabit secara bulanan atau berperingkat apabila kerja-kerja pengorekan bauksit dijalankan di tanah miliknya itu.

Halimah berkata, mengikut perjanjian, bayaran perlu dijelaskan Secara berperingkat sehingga kerja perlombongan bauksit selesai.

“Kalau ikut perjanjian, makcik ada terima bayaran hasil pajakan tanah itu tapi makcik tak dapat bayaran seperti dijanjikan.

“Setiap bulan makcik tunggu, tapi sampai sekarang satu sen pun makcik tak terima.

“Bila makcik telefon pengusaha minta wang, mereka kata bulan depan akan buat bayaran, selepas itu terus diamkan diri,” katanya.

Warga emas itu berkata, dia tidak menyangka akan diperlakukan seperti itu selepas perjanjian pajakan tanah kelapa sawit miliknya itu ditandatangani pada Oktober 2014.

Menurutnya, menerusi perjanjian tersebut, kerja pengorekan dilakukan lebih setahun dan pengusaha memberikan wang deposit sebanyak RM50,000 kepadanya sebagai permulaan.

“Kalau makcik tau begini jadi, makcik tak akan benarkan tanah sawit makcik digunakan untuk lombong bauksit.

“Tapi bila mereka datang berulang kali dan beri tawaran lumayan, makcik terima sebab nak ubah nasib anak-anak.

“Setahun lebih makcik tunggu, bauksit dah dikorek pengusaha, tetapi bahan itu tak diangkut, malah dibiarkan begitu sahaja,” katanya.

Menurutnya, dia kecewa dengan sikap pengusaha yang lepas tangan dan membiarkan dia sekeluarga dihimpit kemiskinan malah dia terpaksa meneruskan kehidupan dengan bergantung kepada anak.

Katanya, dia kini disara anaknya dan turut berniaga untuk menampung kehidupannya.

Halimah berkata, sebelum ladang kelapa sawitnya dipajak untuk perlombongan bauksit, dia memperoleh pendapatan sekitar RM1,000 hingga RM1,500 sebulan.

Katanya, bagaimanapun kini dia mengharapkan wang pajakan tanah itu memandangkan pokok kelapa sawit di ladangnya sudah ditebang. Sumber Sinar Harian

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...