Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

5 Mei 2015

KEPUTUSAN RASMI PENUH DAN TERKINI PRK ROMPIN 2015

Keputusan Rasmi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang membabitkan persaingan satu lawan satu akan diumumkan selewat-lewatnya pada jam 11.00 malam, pada hari yang sama

Parlimen Rompin merangkumi kawasan yang sangat luas, meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Tioman, menyebabkan masa yang panjang diperlukan untuk proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.

Calon Barisan Nasional (BN) diwakili oleh Datuk Hasan Arifin manakala calon PAS diwakili oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

KEPUTUSAN TERKINI/ RASMI PRK PARLIMEN ROMPIN PAHANG
Berikut adalah keputusan terkini dan rasmi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, Pahang yang diadakan pada Selasa 5.5.2015
  Calon PRK Parlimen Rompin Parti Jumlah Undi
Datuk Hasan Arifin Barisan Nasional (BN) 23, 796
Nazri Ahmad PAS 14, 901

Undi Rosak
  Pemenang PRK Parlimen Rompin Pahang 2015 Parti Majoriti
Datuk Hasan Arifin BN 8895


Update
BN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 8895 undi menerusi calonnya, mengalahkan pencabar dari wakil PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin telah diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Fadzilla Salleh, di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah

Dalam pada itu, kemenangan BN pada PRK kali ini turut menyaksikan majoriti berkurangan sebanyak 41 peratus atau 6,219 undi berbanding PRU 13

Pada PRU-13, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah menewaskan calon Pas, Nuridah Mohd. Salleh dengan majoriti 15,114 undi

Sumber : www.mysumber.com

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

1 ulasan:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...