Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

16 Jan 2015

WAJAH AZILAH HADRI DAN SIRUL AZHAR DIDEDAHKAN

Selepas hampir sedekad lamanya, wajah dua orang bekas pegawai polis yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, didedahkan kepada umum.

Malaysiakini hari ini memperolehi salinan gambar mereka ihsan daripada ibu pejabat polis Bukit Aman.

Sejak awal perbicaraan itu sehingga ke rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan, wajah bekas Cif Insp Azilah Hadri (kiri) dan Kpl Sirul Azhar Umar menjadi misteri.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) menutup muka dengan rapi setiap kali masuk dan keluar dari bilik mahkamah.

Mahkamah Persekutuan pada hari Selasa lalu mengekalkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan membebaskan mereka selepas membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pagi Selasa lalu, Azilah, 38, (kanan) muncul di mahkamah dengan wajah yang bertutup seperti biasa, namun kelibat Sirul tidak kelihatan.

Difahamkan, Sirul, 48, di Australia dan pihak polis kini menjejakinya selepas mahkamah tinggi mengeluarkan waran tangkap.

Menurut laporan, Sirul berada di luar negara sejah dua bulan lalu dan tidak mampu membayar kos untuk pulang ke tanah air.

Sirul semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam mencetus kontroversi apabila mendakwa dipersalahkan demi “melindungi rancangan mereka”. Sumber : http://www.malaysiakini.com


Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...