Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

1 Jan 2015

KRISIS BEKALAN AIR DAERAH JERANTUT SELESAI

Sejak bermula banjir besar tahun ini bermula pada tarikh 24.12.2014 sehingga 01.01.2015 selama 9 hari daerah ini mengalami krisis air yang agak kritikal. Alhamdulliah dengan pelbagai usaha yang telah di jalan oleh PAIP dan pihak yang lainya masalah bekalan air ini dapat diselesaikan.
 
 
 
 
 
Masalah krisis air didaerah ini juga mendapat perhatian Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan Menteri Besar Pahang, mereka telah berkunjung ke loji air Batu Embun, Jerantut dan melihat sendiri situasi krisis ini.

Mungkin kawasan yang agak tinggi masih tidak mempunyai air, mungkin ianya memerlukan sedikit masa berbanding kawasan yang rendah. Semoga perkara ini menjadi iktibar bersama. Jangan jadikan ianya suatu keselesaan bagi kita semua. Jangan lupa apa yang terjadi selama 9 hari di Daerah Jerantut yang terputus Bekalan Air.

Jangan terlalu alpa dan seronok dengan rahmat dan nikmat yang Allah swt beri pada kita semua. Kerana pada bila-bila masa sahaja Allah swt boleh menarik kembali nikmat air yang kita perolehi ini. Terima kasih pada Allah swt kerana mempermudahkan segala urusan. Terima kasih pada semua pihak PAIP, BOMBA, MDJ dan juga tak lupa pada mereka yang mereka semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menangani krisis bekalan air daerah ini.

Sesungguhnya air itu ada rahmat, air menjana sebuah kehidupan. Tanpa air, maka akan hilanglah segala rahmatnya. Sebaiknya kita semua bijak menggunakan air jangan membazir dan amalkan terus cara menjimatkan air seperti mana pernah kita semua mengalami masalah air.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...