Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

23 Okt 2014

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG STESEN KERETAPI KUALA LIPIS, PAHANG

Sejarah dan latar belakang stesen keretapi Kuala Lipis, perkhidmatan keretapi ini mula beroperasi pada tahun 1926, di mana sebagai permulaan ia hanya menghubungkan Kuala Lipis ke Johor Bharu di Selatan, Chegar Perah di Utara dan ke Tumpat, Kelantan.
Ia juga merupakan jalan darat yang pertama diperkenalkan di Kuala Lipis. Ketika zaman pendudukan Jepun dahulu, landasan keretapi tersebut digunakan sebagai laluan untuk mengangkut tentera Jepun ke Selatan untuk menawan Singapura. Selain ia penting sebagai pengangkutan utama penduduk setempat, sebahagian besar hasil-hasil ekonomi Daerah Lipis juga disalurkan melalui perkhidmatan ini misalnya emas dan bijih-bijih.

Pemandangan Stesen Keretapi Kuala Lipis suatu ketika dahulu.

Perkhidmatan keretapi kini telah banyak berubah dari yang biasa hingga ke yang terbaik dan banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat. Pada tahun 1985, perkhidmatan keretapi telah merayakan ulang tahunnya yang ke-100 tahun. Sebagai satu acara sambutan, sepasukan pegawai-pegawai tinggi KTM telah menaiki sebuah keretapi khas yang memulakan perjalanan daripada Selatan ke Pantai Timur iaitu Johor Bahru ke Tumpat, Kelantan. Kemudian, sebagai satu penghormatan kepada stesen keretapi yang terbesar dan bersejarah, rombongan tersebut telah singgah ke Stesen Keretapi Kuala Lipis. Perjalanan mereka melalui Gemas, Negeri Sembilan. Sumber : Portal Majlis Daerah Kuala Lipis.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...