Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

19 Mac 2014

RESEPI GULAI ASAM RONG @ ASAM ROM JERANTUT PAHANG

Kalau sebut sahaja gulai asam rong @ gulai rom pasti orang Pahang mengetahui akan resepi dan keenakan rasa gulai asam rong ini khasnya di Jerantut, Raub, lipis ammnya sekitar Pahang ini. Kalau di Jerantut gulai ini amat popular sekali di sebelah ulu tembeling dan di bandar Jerantut. Pastinya gulai asam rong ini mejadi satu menu hidang yang istimewa dan amat popular di Jerantut. Rasanya macam mana? Nak tahu kena rasa sendiri baru anda boleh menilaikannya. Disini kami kongsikan resepi dan cara-cara sekiranya anda teringin memasak sendiri gulai asam rom ini.

Bahan-bahannya :
Ikan sungai - ikan kenerak - RM25 sekilo

1. 1 senduk asam rom atau secukupnya.
2. 1 ekor ikan sungai. Anggaran dalam 1.5 kilo. Biasanya yang menjadi keutamaan adalah  ikan kenerak. Ikan baung, keli, kelah atau tengas pun sedap juga. Siput sedut sungai, ayam atau daging pun boleh. Apa-apa pun boleh asalkan halal sudah :)

3. 1 inci kunyit hidup
4. 1 daun kesum
5. 20 biji lada atau cili. Ikut rasa. Lagi pedas lagi sedap
6. Secekak pucuk Paku.
7. 1 biji keledek. Sedang-sedang besarnya.
8. Terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol. Ikut suka masing-masing. Kalau tak gemar tak payah bubuh
9. Garam secukup rasa
10. Kalau ada isi petai ke, jering semai ke, boleh masukkan untuk menambah keenakkannya.
11. Air secukupnya

Cara-cara membuatnya :
1. Tumbuk kunyit, lada dan asam rom tadi
2. Masuk dalam periuk campur terus dengan ikan dan kacau bagi rata
3. Kemudian masukkan air bersama daun kesum dan biarkan seketika.
4. Kacau perlahan menggunakan api sederhana kecil.
5. Apabila ikan masak, masukkan pucuk paku, keledek, terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol dan perasakan dengan garam secukupnya.
6. Biarkan masak seketika dan angkat.
  Gulai rong siput sedut sungai juga amat menyelerakan.
Kepada anda yang tidak pernah makan gulai asam rong ini, anda bolehlah meninjau-nijau atau mencarinya dekat Pahang ini. Terutama sekali sebelah Jerantut. Kalau dekat Jerantut anda carilah kedai Z n Z (Zaharah & Zakaria) atau popularnya dengan nama Mak Anjang. Kedai beliau hala ke pasar besar Jerantut. Tapi jangan lewat sangat. Kalau pukul 12.00 ke atas tu kira nasib la kalau masih ada lagi. Bukan nak promosi kedai beliau tapi saya selalu makan gulai asam rom kat kedai dia. Kedai atau restoran lain pun ada menawarkan gulai rong ini diatas selera anda sahaja.

Sebaiknya sebelum anda membuat order atau pesanan, terlebih dahulu anda bertanyakanlah tentang harganya. Biasa ikan gulai rom kenarak di jual tidak kurang berharga sekitar RM 10, 15 atau 30 ringgit seketul bergantung pada saiz ikan tersebut. Moralnya tanyalah dahulu berapa harganya :)  Sumber asal : jerantutdaily.blogspot.com. | Olahan Semula : akuanakpahang.blogspot.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...