Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

3 Mac 2014

JANGAN SEMBARANGAN MENJAMU SELERA IKAN SUNGAI NEGERI PAHANG !

Hati-hati jika anda berkunjung ke Negeri Pahang. Sekiranya anda berkunjung ke restoran yang tertentu untuk menjamu selera seorang diri mahu pun berkeluarga.

Jangan sembarangan mengambil atau membuat pesanan makanan yang berasaskan spesis ikan sungai seperti ikan patin buah, ikan kelah, udang galah dan seumpamanya. Silap-silap mahu mencecah ribuan ringgit yang terpaksa anda keluarkan.

Sebaiknya sebelum anda mengambil atau membuat sebarang pesanan. Sila ketahui atau meninjau terlebih dahulu akan harga yang telah ditetapkan. Tidak dapat dinafikan ikan kelah, patin buah dan udang galah sememangnya mendapat pasaran tinggi dan amat mahal harganya, itu yang masih mentah. Kalau sudah dimasak dengan 1001 ramuanya harga ikan tersebut akan berlipat kali ganda.

Moralnya jangan main ceduk dan order sahaja. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Difahamkan resit tunai diatas di keluarkan daripada sebuah restoran di Bandar Temerloh.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

9 ulasan:

  1. ....makan maggi aje lahh....

    BalasPadam
  2. pepalih, seminggu basuh pinggan la nampoknya...

    BalasPadam
  3. Mengapa mahal sangat. Adakah ia teramat sedap? Jika ya pun rasa sedap sesuatu makanan sangat relatif. Adakah ia perlu modal yang tinggi untuk menangkap nya atau menternak nya? Atau adakah ikan ini susah didapati sehingga ikan ini dipasarkan sebagai makanan eksotik dan memenuhi selera mereka yang 'eksklusif dan sombong'.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan nie memang eksklusif.. Kelah dah hampir pupus di hilir Sungai Pahang.. Patin sungai (buah/muncung) pula hanya dapat kalau mengail.. Rasa ikan sungai nie sangat lain dengan ikan sangkar/ternak/kolam.. Lidah orang Pahang biasanya boleh beza manisnya..

      Umpama beza ayam daging dan ayam kampung, atau beza daging lembu dan daging rusa.. Daging lembu dikira murah berbanding daging rusa, dan rasanya juga jauh berbeza..

      Walau apa-apapun, berhati-hati kalau nak makan produk ikan di Pahang.. :) Rasa manis boleh jadi tawar kalau harga macam nie.. hehe

      Padam
  4. ikan tu jarang2 dan susah nak dapat yg liar..sbb tu rege mahaii...apa pun pelanggan ada pilihan lain mcm patin sangko,tengas,baung,lampam atau kenerak yg lbih murah..rase pon xjauh beza dgn yg liar..

    BalasPadam
  5. Makanan tidak lebih dari menambah zat dan memberi tenaga. Jika terlalu mahal melebihi kos penyediaan dan upah yang wajar maka ikan ini hanya sebagai memenuhi selera ego sahaja. Boleh dibandingkan dengan pengharaman pemakaian emas dan sutera keatas pihak lelaki kerana tidak mahu sifat sombong ditanam di jiwa manusia.

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...