Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

30 Mac 2014

INFO DAN KEGUNAAN DAUN POKOK KAPAL TERBANG UNTUK MENGUBATI LUKA

 
POKOK kapal terbang atau nama saintifiknya, Chromolaena odorata (L.) R. King & H. Robinson sejenis tumbuhan renek yang banyak bercabang. Tumbuhan ini berbatang lembut ketika muda dan beransur-ansur menjadi bergabus ketika matang dan tua.

Asal perkataan “odorata” pada nama tumbuhan ini daripada bahasa Latin yang bermaksud “bau”. Ciri ini terdapat pada daunnya apabila diramas, mengeluarkan aroma yang kuat dan agak kurang enak. Bentuk daunnya bergerigi pada bahagian tepi dengan permukaan yang kesat dan berbulu halus.

Bunga pokok ini berwarna putih dan tumbuh berjambak pada hujung ranting. Nama “Pokok Kapal Terbang” mungkin diilhamkan daripada ciri-ciri biji yang halus, ringan dan senang diterbangkan oleh agen penyebaran seperti angin, dan kadang-kadang melekat pada badan atau bulu haiwan. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah pokok jepun, pokok jerman, pokok busuk-busuk. Sekiranya dikampung ada juga yang menyebut pokok kelambu babi. Mungkin agaknya babi selalu berehat dan bersantai dibawah rimbunan pokok tersebut.

Kegunaan dan kebaikan pokok kapal terbang.
Daun, bahagian (pucuk muda) amat mujarab dalam merawat luka2 kecil dan amat berkesan menghentikan pendarahan akibat luka. Caranya ambil bahagian daun ini dalam beberapa helai, sebaiknya daun muda sedikit kerana ianya mempunyai lebih air, ramas-ramas atas tapak tangan, ludah dua tiga kali, (kerana air liur juga ada kelebihan tersendiri ) tepek sahaja pada luka berkenaan. Jika perlu anda boleh membalutnya dengan kain. Hasilnya sekejab sahaja darah akan berhenti dan luka tersebut akan menjadi mengecut. Penting kegunaan daun ini hanya untuk luaran sahaja dan jangan di makan.

Selamat mencuba.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

7 ulasan:

  1. Betul2, kalau kat kampung dah biasa ngan daun ni.. Tumbuh pun merata.. Masa abang excident kat KL dulu pn, mak bawa daun kapal terbang ni dari kampung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh saya tahu tak kt mna kg kamu cakapkan...sebab sya dk cari daun kapal trbang tpi tak jmpa2 lagi...blh kamu dpatkan utk saya tak...

      Padam
  2. Saya dapat maklumat pohon ini d jemur kering kemudian direbus utk orang yg mengidap sakit jntung. Saya mengidap sakit jantong 6tahun kemudian mencobanya..alhamdulillah sakit dada sudah berkurangan.

    BalasPadam
  3. Saya dapat maklumat pohon ini d jemur kering kemudian direbus utk orang yg mengidap sakit jntung. Saya mengidap sakit jantong 6tahun kemudian mencobanya..alhamdulillah sakit dada sudah berkurangan.

    BalasPadam
  4. Saya dapat maklumat pohon ini d jemur kering kemudian direbus utk orang yg mengidap sakit jntung. Saya mengidap sakit jantong 6tahun kemudian mencobanya..alhamdulillah sakit dada sudah berkurangan.

    BalasPadam
  5. Saya dfahamkan pokok kapal terbang ini beracun macammana pula boleh dìminum
    Minta penjelasan

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...