Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

5 Mac 2014

INFO DAN GAMBAR KUALA TAHAN JERANTUT

 
 
 
Kuala Tahan merupakan sebuah perkampungan yang terletak di kuala Sungai Tahan dan Tembeling. Kuala Tahan ini merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara Malaysia. Kuala Tahan dihubungkan dengan bandar Jerantut melalui jalan darat sejauh 76 km dan jalan air melalui Sungai Tembeling.

Kuala Tahan terletak di dalam mukim Tembeling Tengah dan di bawah pentadbiran Penghulu Mukim Tembeling Tengah. Perjalanan ke Kuala Tahan memgambil masa kira-kira 1 jam dari bandar Jerantut melalui jalan darat. Bagi pelancong yang ingin merasai perjalanan menaiki bot , mereka boleh melalui Jeti Kuala Tembeling. Perjalanan memudiki Sungai Tembeling mengambil masa 3 jam. Di Kuala Tahan terdapat beberapa buah kampung-kampung kecil seperti Teresik , Kg Belebar , Kg Tekah , Kg Padang serta perumahan FELCRA Tembeling Tengah.

Kegiatan ekomomi penduduk Kg Kuala Tahan kebanyakannya terlibat dalam bidang perlancongan dan pertanian. Kegiatan pertanian lebih tertumpu kepada industri getah. Terdapat kebun getah yang diuruskan oleh RISDA yang berkeluasan 60 htr. Bagi industri perlancongan pula , kebanyakan penduduk terlibat secara langsung sebagai pemandu pelancong , pemandu bot , pengusaha penginapan , peniaga dan peruncit. Sektor ini menyumbangkan hasil yang besar kepada ekomomi penduduk Kuala Tahan.

Penduduk Kg Kuala Tahan keseluruhanya berbangsa melayu. Penduduk Kuala Tahan kebanyakannya tinggal di perkampungan seperti Kampung Kuala Tahan Seberang , Kg Belabar , Kg Tekah , Kampung Padang , Kg Tuit , Perumahan FELCRA dan Kg Teresik.

Kemudahan Awam Pihak berkuasa telah menyediakan pelbagai kemudahan awam bagi penduduk Kg Kuala Tahan . Antara kemudahan yang terdapat di sini Poliklinik , Pondok Polis , SMK Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah , SK Kuala Tahan. Di samping itu , terdapat juga kemudahan Dewan Orang Ramai , Padang Belia , Gelanggang Futsal, Masjid dan Tandas awam - Sumber : ms.wikipedia.org

Hari ini berkesempatan ke Kuala Tahan. Sambil ronda-ronda menjalankan tugasan. Kelihatan air Sungai Tembeling dan sungai Tahan begitu surut sekali jernih sehingga kehijauan airnya.

Wassalam, Wa'allahhualam.

1 ulasan:

  1. pergi sini hari tu untuk kursus memang best. best sangat sangat sangat. hehe. bangga jadi anak pahang

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...