Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

5 Feb 2014

KENAPA LELAKI MUSLIM WAJIB BERJANGGUT?

SEBAB MENYIMPAN JANGGUT?

Soalan:
Saya musykil dengan suatu perkara. Betulkah lelaki wajib menyimpan janggut? dan sejauh manakah hukumnya?

Jawapan:

Ada Ulama yang berpendapat bahawa hukum menyimpan janggut adalah sunat dan ada yang mengatakan, ia adalah wajib.

Tetapi, pendapat yang paling jelas ialah wajib. Ini kerana, terdapat dalil sahih daripada Rasulullah s.a.w. Antaranya,

Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.” - Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih.

Jadi, anda dinasihatkan supaya mengikut apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Hukum menyimpan janggut adalah wajib bagi lelaki. Tetapi, terdapat ulama yang menyatakan sunat. Dengan alasan, ia hanya perbuatan Rasulullah s.a.w.

Hujah ini tidak jelas kerana terdapat dalil yang banyak daripada hadis Rasulullah s.a.w yang menyamakan seseorang Muslim yang tidak menyimpan janggut dengan suatu kaum yang lain.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak menyimpan janggut. Oleh itu, anda tidak boleh menyerupai mereka. Ini salah satu daripada tatacara kehidupan mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah daripada kalangan mereka.”- Hadis riwayat Ahmad.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Bukanlah daripada umatku seseorang yang lain daripada kami. Oleh itu, janganlah kamu mengikut Yahudi dan Nasrani.”- Hadis riwayat al-Tirmizi.

Ibn Taimiyyah berkata:
“Haram jika memotong janggut (mencukur janggut). Terdapat dalil daripada al-Quran, Sunnah dan ijmak mengenai larangan meniru gaya orang-orang kafir. Meniru gaya hidup dan akhlak mereka adalah satu perkara yang keji dan termasuk dalam akidah seseorang itu. ”

Imam Ibn Abdul Bar dalam Kitab al-Tamhid:
“Haram mencukur janggut. Jangan lakukannya kecuali Khunsa (yang mempunyai dua kemaluan) daripada lelaki.”

Seseorang yang mencukur janggut seolah-olah meniru gaya perempuan. Inilah yang membezakan antara lelaki dan perempuan. Menyimpan janggut adalah syiar Islam. Ia adalah akhlak para nabi dan orang-orang yang soleh.

Ia adalah salah satu kemuliaan dan penghargaan kepada lelaki. Rasulullah s.a.w amat mengalakkan seseorang Muslim menyimpan janggut. Rasulullah s.a.w tidak perintahkan umatnya melakukan sesuatu kecuali ada hikmahnya dan kena pada tempatnya. Hanya ALLAH dan Rasulullah s.a.w sahaja yang tahu segala-galanya.

Sebagai seorang Muslim, kita tidak digalakkan menyoal atau menafikan sesuatu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Ingatlah, setiap apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w adalah perintah dari ALLAH. Perintah ini bersifat Tauqifi, iaitu sesuatu yang perlu diterima tanpa mempersoalkannya.

Cuba anda teliti kisah-kisah Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Terlalu mudah untuk kita praktikan dalam hidup. Tidak ada yang menyusahkan diri jika kita terima sesuatu yang disampaikan itu menetapi apa yang ALLAH dan Rasulullah s.a.w tetapkan.

Oleh itu, bertakwalah mengikut kemampuan anda. Menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah s.a.w yang membawa kepada hukum yang wajib. Ikutilah sunnah baginda, anda akan bahagia di dunia dan akhirat. Sumber : Facebook

AAP- Moralnya orang lelaki muslim kenalah berjanggut kerana ianya sunnah, dapat pahala jika melaksanakannya. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan lelaki yang berjanggut dan menjaganya janggutnya dengan kemas dan rapi dapat menambah kesegakan dan kelakian anda dengan cara tersendirinya.

Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...