Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

29 Sep 2013

Kenaikan Harga Rokok Naik Pada (30 September 2013). Dunhill RM12.00 Sekotak !

 
Kerisauan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melihatkan lambakan rokok tiruan di Malaysia, menyebabkan cukai rokok naik sekaligus harga rokok naik bermula minggu hadapan sehingga memberikan mimpi ngeri kepada bilangan perokok tegar di Malaysia.
KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan terdapat lebih 100 jenama rokok tidak sah atau rokok tiruan menggunakan nama dan alamat pengilang atau pengimport yang palsu di negara ini.
Pengarah Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan, Unit Perihal Dagangan KPDNKK Roslan Mahayudin berkata, pemeriksaan mendapati alamat tertera pada kotak rokok tidak sah itu merupakan tempat letak kereta dan tanah kosong bagi mengaburi pihak berkuasa.
“Rokok tidak sah ini menjadi tarikan kepada orang ramai kerana harga jauh lebih murah. Lazimnya rokok tiruan ini dijual dengan harga RM3 sekotak berbanding rokok asli sekitar RM7 sekotak.
“Selain itu permintaan tinggi daripada pekerja asing di negara ini juga faktor limpahan rokok tiruan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Bengkel Rokok Tidak Sah anjuran KPDNKK di sini, hari ini.
Katanya, penjualan rokok tiruan juga dikesan berleluasa di sebelah pantai barat dan harga rokok yang mahal antara punca lambakan dan penyeludupan rokok tiruan pelbagai jenama di pasaran negara. Sumber : Bernama Malaysia
Kerisauan yang dilahirkan oleh pihak kerajaan Malaysia memberikan sediit petanda kepada Berita Semasa bahawa harga rokok akan naik lagi selepas ini. Dan akhirnya berdasarkan semakan Berita Semasa mendapati harga baru rokok akan mula naik bermula minggu depan (30 September 2013).

Senarai Harga Rokok Naik September 2013

Berikut adalah senarai kenaikan harga rokok yang naik termasuklah rokok Dunhill, Kent, Pall Mall, Benson & Hedges Peter Stuyvesent, Lucky Strike dan lain-lain lagi seperti yang tertera di bawah ini :
Sumber : beritaterkini.my

Bak kata mereka yang bijak pandai.... ayam mahal jangan makan ayam... minyak naik jangan guna minyak... dan rokok naik jangan hisap rokok huhuhu....

Wassalam, Wa'allahhualam.

McDonald’s, Secret Recipe, TCRS Dan Starbucks Disahkan Halal Oleh Jakim

Pengguna yang dihormati sekalian, Adalah dimaklumkan bahawa kebelakangan ini Jakim menerima pelbagai aduan dan pertanyaan daripada orang ramai mengenai status halal syarikat-syarikat berkenaan:

McDonald’s
Secret Recipe
The Chicken Rice Shop (TCRS)
Starbucks

Sukacita JAKIM menegaskan bahawa Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat-syarikat berkenaan tidak pernah DIGANTUNG / DITARIK BALIK sehingga kini. Syarikat-syarikat pemegang sijil halal sentiasa dipantau secara berkala oleh JAKIM dan mendapati piawaian pensijilan halal Malaysia sentiasa dipatuhi.

JAKIM menyeru kepada pengguna di luar agar tidak terpengaruh dengan berita-berita PALSU di laman-laman sosial yang sengaja disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebarang maklumat atau keterangan lanjut, para pengguna boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-83150200 (109) dan emel di nadiazammil@islam.gov.my.Dipetik dari laman web Halal Malaysia

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Sep 2013

SINDROM ATAU PENYAKIT TAKUT KEPADA BINI?

Kebelakangan ini kita kerap dihidangkan kisah rumah tangga iaitu saumi takut kepada bini atau sindrom takut ke bini. Ada seribu satu kisah dan cabangnya perkara ini, ada yang takut kepada bini mungkin kerana telah di guna-gunakan atau disihirkan atau telah di berikan nasi tangas dan ada yang takut kepada bini yang terus menerus menjadi pak turut. Terkadang dengan orang lain dia berani kalau dengan bini habis kecut.

Persoalanya kenapa ada sesetengah para suami mengalami penyakit atau sindrom takut kepada bini? Banyak faktor yang menyebabkan suami takut isteri. Bermula dari masalah kewangan sehingga kepada masalah sikap isteri yang terlalu emosional cerewet dan terlalu kuat berletir. Mingkin anda ingin mengetuhui ciri-ciri suami takut kepada isteri. Berikut ini ada hasil carian daripada Google :

1. Selalu menuruti permintaan dan kata isteri.
Jika ada suami yang selalu menuruti permintaan isteri, boleh jadi dia adalah suami takut isteri. Sikap penurut suami ini biasanya disebabkan kerana rasa takut kepada isteri. Takut isteri mengamuk atau melaporkan kepada pihak keluarganya kadang-kadang boleh membuat suami tunduk pada isteri.

2. Umur isteri lebih tua dari suami.
Biasanya mereka yang punya isteri lebih tua cenderung menjadi suami yang hormat dan tunduk pada isterinya. Akibatnya, rasa hormat dan tunduk tersebut mengarahkan si suami menjadi takut isteri.

3.Mempunyai anak pertama perempuan.
 Banyak orang yang mengatakan, kalau ada pasangan yang punya anak pertama perempuan itu ertinya suaminya adalah suami takut isteri. Meskipun tidak masuk akal, namun kebanyakan fakta membuktikan perkara itu benar.

4. Gaji isteri lebih tinggi dibanding gaji suaminya.
 Perempuan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi biasanya lebih dominan, termasuk dalam hal rumah tangga. Merasa memiliki kuasa yang besar atas gajinya, isteri cenderung lebih mengawal urusan rumah tangga termasuk mengatur suami. Akibatnya, suami menjadi suami takut kepada isteri.

5. Isteri peminta dan cemburuan.
Ciri suami takut isteri juga boleh dilihat dari sikap isterinya. Seorang isteri yang sangat cemburu dan suka meminta atau menuntut perkara yang bukan-bukan yang mana boleh membuat suami takut isteri. Kebiasaan isteri yang selalu mengawal apapun aktiviti yang dilakukan suaminya jadi petanda kalau dia adalah suami takut isteri.

Ada satu perkara yang sangat ditegah oleh orang-orang tua dahulu sejauh mana kebenarannya anda fikirkanlah sendiri. Jangan sesekali dijadikan amalan menyidai seluar dalam isteri. Jika isteri uzur mungkin boleh diterima jika sihat jangan diamalkan.

Mungkinkah anda ada memiliki perkara yang dinyatakan diatas? Seandainya anda memiliki ciri-ciri yang dinyatakan diatas? Mungkin anda telah di kategori diantara mereka yang takut kepada bini.

Daripada Abu Hurairah RA berkata:
"Orang yang beriman yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya. Dan orang yang paling baik diantara kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya terhadap isterinya". (H.R. Tarmizi)

Moralnya : Sayang kepada isteri kata orang... kena dinasihat-nasihatkan jangan didiam-diamkan.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

24 Sep 2013

VIDEO : ISTERI PEMAIN BOLASEPAK (MAT YO) MAKI HAMUN PAK GUARD


Isteri Mat Yo pemain bola sepak negara di kata meroyan di tempat umum, dengan mengeluarkan kata kata kesat kepada penjaga parkir di kawasan tersebut. Pak cik yang berumur lingkugan 50-an itu di marahi bini mat yo dengan mengatakan Bodoh" dayus"maki hamun nya pak cik itu. manakala mat yo pula terdiam melihat gelagat isterinya itu. - Cari.com

VIDEO EKSKLUSIF: Pengakuan Pengawal Keselamatan Yang Dimaki, Ditendang Isteri Mat Yo

Moralnya : Ini bukan budaya kita maki-mencaci tapi kalau dah perempuan yang bersikap macam nie tak hormat orang tua apa lagi dengan orang lain hatta suami dia sendiri?. Bukan nak membela sesiapa akan tetapi perkara seumpama ini  harus diberi pengajaran. Jangan terlalu anggkuh dan sombong pada kehidupan ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
  

22 Sep 2013

INFO SEJARAH DAN KONSPIRASI GUNUNG TAHAN TEMBELING PAHANG

Pembesar Melayu mensabotaj penjelajah Inggeris yang ingin merampas hasi bumi berpakat dengan penunjuk arah untuk memutarbelitkan laluan ke puncak gunung tahan.

BERDASARKAN kajian sejarah seperti yang tertulis dalam jurnal oleh Skinner (1878), rakyat Eropah pertama mengetahui kewujudan Gunung Tahan ialah penjelajah Russia, Baron Von Mikluho-Maclay pada 1875.

Beliau dikatakan mengesan gunung itu dari jarak Kampung Penghulu Gedong, Kelantan. Gunung Tahan juga dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai Gunung Rotan, Gunung Ulu Tanum dan Gunung Siam.

Gunung Tahan juga dipercayai mendapat namanya selepas dikategorikan sebagai satu kawasan larangan (Forbidden) atau 'tahan dari datang atau didekati'. Larangan ini tidak dapat dipastikan alasannya tetapi kemungkinan untuk menjaga semangat gunung. Alasan yang tersirat mungkin untuk menjaga khazanah alam di kawasan itu agar terus terjaga. Sejak akhir abad ke 19, banyak ekspedisi dijalankan untuk menjelajah dan meneroka puncak gunung ini serta membabitkan kumpulan diketuai rakyat Inggeris dengan bantuan penduduk tempatan.

Menariknya, walaupun banyak ekspedisi diketuai penjelajah Inggeris dilakukan, semua ekspedisi itu gagal untuk sampai ke puncak gunung terbabit, malah ada kalanya mereka masih menggunakan laluan sama dengan kumpulan terdahulu. Di sinilah timbulnya andaian akan peranan pembesar Melayu ketika itu dalam menghalang ekspedisi meneroka hasil alam semula jadi di negara tercinta sehingga timbul cerita kemungkinan mereka mensabotaj bagi mengelak hasil bumi dikaut penjajah.

Secara logiknya, penduduk tempatan yang tinggal di kawasan itu tidak menghadapi masalah kerana ia adalah kawasan mainan mereka, tempat berburu serta mencari rezeki hutan. Menurut kajian awal yang dijalankan pensyarah Jabatan Pengurusan Hutan (Perniagaan Rekreasi dan Pemasaran), Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Azlizam Aziz, walaupun tidak mempunyai bukti dalam bentuk catatan mengenai andaian sabotaj itu, beliau percaya ia berlaku.

Hujahnya mudah, pembesar Melayu ketika ini memang orang yang cukup berpengaruh dan rakyat sememangnya taat setia kepada Sultan dan pembesar. Apa saja perintah dan arahan mesti dipatuhi. Rakyat yang enggan berbuat demikian akan dianggap menderhaka.

Dalam kajian, sejarah pembukaan trek ke puncak Gunung Tahan, beberapa nama individu pernah dicatatkan dan mereka mempunyai peranan dan pengaruh yang cukup besar menentukan hala tuju ekspedisi ditaja penjelajah Inggeris. Bermula dengan ekspedisi arahan Sultan Ahmad pada 1881 bertujuan mencari harta karun di puncak gunung kononnya terdapat tempayan mengandungi 'ibu emas' dan 'ibu perak', ia diikuti beberapa ekspedisi lain diketuai penjelajah Inggeris.

 PANGLIMA Kakap Hussein, Penghulu Kuala Tembeling di Kuala Tahan.

Sepanjang tempoh itu hingga 1905 yang membawa kepada penemuan puncak Gunung Tahan, beberapa nama penduduk tempatan pernah dicatatkan antaranya Panglima Garang Yusuf, Penghulu Bakar, Panglima Kakap Husin, Datuk Tok Muntri Idin, Dolah dan Mat Akib, Bulang, Mat Aris, Che Nik dan Mu'min, Mat Leher dan Mat Rifin, Yusuf Sukiman (penunjuk arah), Orang Dayak/Borneo Man atau penjejak Iban.

Bagaimanapun, Panglima Kakap Husin mempunyai pengaruh kuat dan popular manakala pada peringkat pelaksana arahan (bawahan) membabitkan empat orang iaitu Bulang, Mat Aris, Che Nik dan Mu'min yang mencatat sejarah sebagai kumpulan pertama menjejak kaki ke puncak Tahan.

Dr Azlizam berkata, beliau percaya ketika itu sudah wujud tanggapan kuat bahawa segala harta bumi di tanah air sendiri perlu dijaga, jangan sekali-kali serahkan kepada 'Orang Putih'. Kemungkinan besar Pembesar Melayu ketika itu cuba menyelamatkan kawasan mereka, dengan cara menyukarkan penjelajah Inggeris daripada masuk ke kawasan 'larangan'. Mungkin mereka yang memberi arahan kepada penunjuk arah supaya 'jangan beri Orang Putih sampai ke puncak'.

"Itu andaian kita, tak direkodkan dan tiada bukti tetapi logiknya boleh terjadi. Banyak yang kena kaji, yang bertulis dan lisan. Pembesar dulu memang bijak, mereka 'tipu' penjelajah Inggeris dengan berpakat bersama penunjuk arah supaya memutar belit laluan. Kebanyakan ekspedisi gagal di kawasan sama iaitu di Teku Gorge," katanya.

Panglima Kakap Husin yang juga Penghulu Hulu Tembeling dikatakan sering didatangi kumpulan ekspedisi yang memintanya menyediakan bantuan peralatan, makanan, penunjuk arah, pembantu terdiri daripada penduduk tempatan.

Ekspedisi paling menarik seperti yang pernah dicatatkan ialah Ekspedisi Robinson pada 1905. Dalam ekspedisi itu, Robinson tidak merekodkan siapa yang pertama menjejakkan kaki di puncak Gunung Tahan, beliau cuma mengatakan empat pembantu mereka berbangsa Melayu secara bersama tiba di puncak Tahan pada jam 10.15 pagi pada 16 Julai 1905. Mereka ialah Che Nik, Mu'min, Mat Aris dan Bulang yang memainkan penting dalam ekspedisi itu yang dikatakan terlalu sukar selama dua bulan untuk sampai ke puncak. Robinson menggambarkan empat sekawan itu sebagai orang yang sangat periang, sentiasa menganggap setiap masalah atau cabaran itu suatu yang mudah untuk diselesaikan - itulah rahsia kejayaan mereka mengharungi ekspedisi yang panjang.

Ekspedisi Robinson bermula di Kuala Tembeling pada pagi 17 Mei dengan menaiki bot menuju ke Kuala Tahan dan mereka bergerak melalui Sungai Tahan menuju ke Kuala Teku dengan menaiki 14 sampan yang mengambil masa empat hari untuk sampai. Kumpulan itu terdiri daripada 65 orang membawa bekalan makanan seperti 15 beg beras seberat 25 kilogram setiap satu, ikan masin dan ayam hidup. Mereka menggunakan bakul diperbuat daripada rotan dan daun palma yang besar. Pelbagai masalah timbul menyebabkan ramai peserta menarik diri kerana tidak sanggup, ada mendakwa disampuk 'penghuni' hutan dan ada yang mendakwa tidak dibayar gaji.

Pada minggu pertama Jun 1905, kumpulan itu mendaki sepanjang permatang tidak bertanda dikenali sebelum tiba di 'Bukit Pemerhatian'. Di situ, mereka melihat dua bukit di depan sebuah padang yang sangat luas. Kedua-dua bukit itu dinamakan Gunung Tangga Lima Belas dan Gunung Reskit. Pada 7 Jun, dua penunjuk arah, penduduk tempatan berbangsa Melayu, memacakkan bendera di Gunung Gedong yang berada pada tiga kilometer dari Bukit Pemerhatian tadi. Pada 16 Julai 1905, Che Nik, Mu'min, Mat Aris dan Bulang mencacat sejarah apabila berjaya membawa kumpulan ekspedisi itu ke puncak. Walaupun Robinson berahsia siapa yang paling awal sampai, beliau merekodkan bahawa mereka sampai secara bersama.

Catatan beberapa ekspedisi menawan puncak Gunung Tahan (berdasarkan kajian penyelidik UPM) :

  •  1875 - Rakyat Eropah pertama mengetahui kewujudan Gunung Tahan ialah penjelajah Russia, Baron Von Mikluho-Maclay yang mengesan dari jarak Kampung Penghulu Gedong, Kelantan. Beliau melihat sebuah gunung yang menakjubkan (Skinner, 1878).

  •  1880 - Terdapat dua ekspedisi awal yang dihantar oleh Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad bertujuan mencari Batu Hikmat yang dipercayai terletak di puncak. Kisah hikayat Orang Asli mendakwa ada monyet sebesar badak sumbu menjaga dua kendi mengandungi ibu emas dan ibu perak. Satu percubaan pergi ke kawasan itu melalui Teko Gorge sepanjang 1,000 meter kerana laluan itu dianggap paling mudah ke puncak, tetapi kedua-dua ekspedisi gagal kerana tebing tinggi dan curam.

  •  1884 - Residen Perak, F A Swettenham dalam lawatannya ke Kuala Kangsar pernah menggunakan teropong besar dan melaporkan telah melihat sebuah gunung yang tinggi di kawasan pedalaman Tanah Melayu.

  •  1893 - H M Becher, seorang lagi individu yang dikatakan sedang memeriksa daerah itu memutuskan untuk berkhemah di atas sebuah pulau (beting pasir) yang terletak di tengah sungai Tahan. Becher mengabaikan nasihat penduduk tempatan yang mengatakan kawasan itu tidak selamat kerana sering dinaiki air. Ketika air pasang, beliau hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sampan yang dinaikinya karam.

  •  1890 - Ekspedisi diketuai H N Ridley hanya mampu melepasi beberapa kilometer ke hulu Kuala Tahan.

  •  1989 - W W Skeat adalah orang pertama yang berjaya menerokai lebih jauh dari kawasan tanah pamah. Kumpulan ekspedisi ini menanam benih durian dan rambutan di beberapa tempat di sepanjang Sungai Tahan serta terserempak dengan seekor badak. Beliau mendaki ke tempat yang kini dikenali sebagai Gunung Pankin (ketinggian 1,463 meter) dan memacak bendera menggunakan kain batik dipercayai milik seorang peserta ekspedisi.

  •  1902 - Seorang ahli alam semula jadi, Waterstad mengetuai ekspedisi yang mengisytiharkan bahawa beliau sampai ke Banjaran Tahan, namun keterangannya amat berbeza dengan keadaan sebenar di kawasan berkenaan.

  •  1905 - Ekspedisi Robinson, mereka memulakan perjalanan dengan menaiki bot pada pagi 17 Mei 1905 ke Kuala Tembeling menuju ke Kuala Tahan. Empat pembantu Robinson berbangsa Melayu iaitu Che Nik, Mumin, Mat Aris dan Bulang adalah orang pertama tiba di puncak Gunung Tahan pada jam 10.15 pagi 16 Julai 1905, iaitu selepas dua bulan mendaki dari Kuala Tahan (Scrivenor 1912).

  •  1906 - Jabatan Bancian mendirikan survey beacon dan kepingan besi serta menandakan ketinggian puncak gunung iaitu 7,059 kaki.

  •  1912 - Ketinggian Gunung Tahan disahkan pada 7,186 kaki oleh Scrivenor, namun kini disahkan dengan peralatan yang lebih moden pada ketinggian 7,182 kaki. Sumber : Lipatansejarah

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

19 Sep 2013

VIDEO HUKUMAN SEBAT DI MALAYSIA. JIKA DISABITKAN KESALAHAN

Hukuman merotan di Malaysia merupakan hukuman undang-undang yang kedua serius, iaitu selepas hukuman mati. Jumlah rotan paling banyak yang boleh dikenakan ke atas seorang penjenayah mengikut undang-undang jenayah Malaysia ialah 24 rotan. Terdapat dua jenis rotan yang digunakan:

Rotan jenis nipis, yang digunakan untuk kes rasuah, kesalahan jenayah pecah amanah (CBT), dan jenayah kolar putih;  Rotan jenis tebal, yang digunakan untuk jenayah serius, umpamanya kes rogol dan kekacauan seksual.

Rotan jenis nipis tidak begitu merosakkan badan, akan tetapi ia lebih menyakitkan. Merotan dengan rotan tebal yang melebihi lima kali boleh mengakibatkan kematian pucuk dan kematian rasa dari punggung ke bawah yang payah dipulih. Oleh kerana kesan merotan yang begitu dashyat, undang-undang Malaysia mengecualikan kategori-kategori di bawah daripada hukuman tersebut:
  • Perempuan, kerana merotan boleh menjejas keupayaan beranak;
  • Lelaki berumur 50 tahun ke atas;
  • Orang yang disahkan tidak sihat oleh pegawai perubatan; dan
  • Orang gila.

Kaedah-Kaedah Merotan

Pada hari hukuman merotan dilaksanakan, para banduan yang terlibat akan diberi pemeriksaan perubatan. Mereka akan beratur dalam satu baris untuk giliran masing-masing di tempat yang tidak boleh dinampak oleh banduan yang tidak terlibat.

Pengarah Penjara akan menyeliakan pelaksanaan merotan, bersama-sama dengan seorang pegawai perubatan dan seorang lagi pegawai penjara. Perhatian teliti perlu diambil supaya mengelakkan kesilapan merotan banduan yang tidak bersalah. Pengarah Penjara akan membaca hukuman kepada pesalah, dan memintanya mengesahkan hukuman yang terbaca. Beliau juga akan bertanya pesalah tersebut agar rayuan telah dibuat. Jika ya, hukuman merotan akan ditangguhkan sehingga keputusan rayuan diputuskan.

Pesalah masih dalam keadaan telanjang selepas pemeriksaan perubatan, kecuali sehelai apron yang diikat kepada pinggang. Sewaktu dirotan, tangan dan punggungnya diikat pada suatu rangka berbentuk "A". Kepalanya diletakkan dibawah sebatang kayu melintang supaya badannya membongkok. Petugas merotan mestilah berkelayakan dan disahkan melalui persijilan. Mereka akan dibayar RM10.00 (2005) untuk setiap rotan, dinaikkan daripada cuma RM1.00 sedekad dahulu

Dalam pelaksanaan tugasnya, petugas merotan tidak boleh digopoh-gopahkan. Pegawai penjara yang membilang jumlah rotan tidak boleh menentukan waktu untuk rotan yang berikutan. Tugasnya cuma memastikan pesalah tidak dikenakan rotan yang melebihi atau kurang daripada apa yang ditetapkan oleh mahkamah.

Petugas merotan akan bermula dengan memegang rotan secara mendatar atas kepalanya. Kesunyian dipeliharakan di kawasan merotan. Apabila dia sedia, dia akan melepaskan tangan kirinya dan menghayunkan rotan kearah punggung pesalah dengan sekuatnya, seolah-olah pemain golf menghayunkan pemukul. Untuk mencapai akibat yang paling dashyat, petugas merotan perlu memastikan bahawa hujung rotan digunakan untuk memukul pesalah. Rotan yang direndam dengan "Pemutih Clorox" untuk membunuh kuman, juga meningkatkan kesakitan pesalah. Kulit punggung akan melebam bila dirotan satu kali. Akan tetapi sekiranya rotan lima kali keatas dikenakan, kulit punggung pesalah akan tanggal dan mulai berdarah.

Segala hukuman merotan mesti dijalankan dalam satu sessi. Sekiranya pesalah itu pengsan, ataupun pegawai perubatan mengarahkan pelaksanaan hukuman diberhentikan kerana pesalah tidak boleh meneruskan lagi, pelaksanaan merotan akan ditamatkan. Suatu permohonan akan dibuat kemudian ke makhamah supaya baki rotan digantikan kepada hukuman pengurungan. Biasanya, setiap rotan disamakan dengan lima atau enam bulan pengurungan.

Rotan yang terpakai boleh digunakan semula. Walaupun demikian, tindakan pencegahan perlu diambil untuk pesalah yang menghidapi HIV. Rotan yang baru akan digunakan untuk kes tersebut, dan selepas siap digunakan, rotan itu akan dibakar. Petugas merotan juga dikehendaki memakai smock perlindungan, sarung tangan dan cermin mata kerana takut daging dan darah pesalah HIV terkenanya.

Selepas dirotan, pesalah akan terus dihantar ke klinik penjara untuk mendapat rawatan. Pesalah akan dihospitalisasikan sehingga dia menyembuh, tertakluk kepada kecukupan katil. Buat sementara, pesalah terpaksa berbaring dengan bahagian perut menghadapi katil kerana kecederaan punggung. Sumber : Video daripada Facebook. Info Fakta : ms.wikipedia.org.

Video ini wajar dilihat dan dijadikan pengajaran dan peringatan bagi kita semua, yang teringin membuat dan berasa berani untuk membuat kesalahan jenayah. Sebaiknya difikir-fikirkan.
 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

17 Sep 2013

DATUK SUHAIMI IBRAHIM DITAHAN SPRM DENGAN 10 BUAH KERETA MEWAH?

Bekas Setiausaha Politik Shahrizat – Suhaimi Ibrahim Ditahan Rasuah
Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi dibebaskan dengan ikat jamin pagi ini.

Menurut laporan portal MalaysiaGazette, Suhaimi didakwa terlibat dalam penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

Suhaimi yang juga merupakan bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Pahang dibawa dari bangunan SPRM dengan tangan bergari ke kompleks mahkamah di Putrajaya. Turut ditahan SPRM adalah 10 buah kereta mewah milik Suhaimi. Sumber : mynewshub.my
 
AAP - ... yang dituduh tidak pasti membuat... yang membuat pasti akan dituduh...

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

13 Sep 2013

IDENTITI SEBENAR 'PAPA GOMO' DI KETAHUI

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris memang penulis blog pro-Umno, Papagomo, dan dia juga berdepan dengan prosiding menghina mahkamah berhubung tulisannya.

Selain diperintah membayar RM500,000 dalam satu kes fitnah, Wan Muhammad turut berdepan dengan prosiding menghina mahkamah berhubung tulisannya yang mengaitkan hakim yang mendengar kes dan dianggap memudaratkan badan kehakiman.

Wan Muhammad Azri sebelum ini menafikan bahawa beliau adalah penulis blog kontroversi itu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera berkata, Wan Mohammad Azri berbohong kerana walaupun membuat penafian tersebut ketika memberi keterangan, tetapi penulis blog berusia 30 tahun itu, dalam pernyataan pembelaannya, mengaku dia adalah Papagomo dan membela diri atas alasan membuat komen yang adil.

Beliau memutuskan bahawa penulis blog itu tidak menyesal dengan tindakannya seperti yang dipaparkannya dalam perbicaraan kes fitnah itu.

Di samping itu, semasa perbicaraan, seorang penulis blog, yang memberi keterangan sebagai saksi, mengaku mengenali Wan Muhammad Azri sebagai Papagomo apabila mereka bertemu dalam satu sidang penulis blog pada tahun 2009.

Bernama turut melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM500,000 kepada ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blognya.
  
Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam membuat keputusan itu selepas mendapati Abdul Razak berjaya membuktikan perkataan-perkataan fitnah dalam artikel yang ditulis oleh Wan Muhammad Azri itu merujuk kepadanya, dan sebenarnya memfitnah beliau.
  
Vazeer Alam memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar gantirugi am sebanyak RM200,000 dan gantirugi teladan RM300,000 kepada Abdul Razak, serta menetapkan kos guaman sebanyak RM50,000, selain membenarkan permohonan injunksi supaya Wan Muhammad Azri dihalang daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah itu.
  
Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata Abdul Razak selaku plaintif berjaya membuktikan Wan Muhammad Azri yang menerbitkan artikel itu, meskipun defendan dalam keterangannya menafikan beliau adalah pemilik blog yang dikenali sebagai 'Papa Gomo'.
  
Beliau berkata dalam kes ini, plaintif telah memanggil saksi pertamanya iaitu Mohd Fauzi Mohd Azmi yang mempunyai blog dikenali sebagai 'Perisik Rakyat' dan dalam keterangan saksi itu menyatakan beliau dapat mengecam defendan setelah defendan sendiri memperkenalkan dirinya sebagai 'Papa Gomo' ketika menghadiri satu persidangan bloggers di Lake View Garden, Subang Jaya pada 16 Mei 2009.
  
"Saksi itu, yang turut diperkenalkan kepada seorang blogger lain yang dikenali sebagai 'Parpukari' semasa persidangan itu berkata beliau telah mengambil gambar defendan dan 'Parpukari' dan gambar itu dikemukakan sebagai bahan bukti dalam kes ini," katanya.
  
Vazeer Alam berkata mahkamah percaya gambar yang diambil adalah gambar mereka walaupun muka mereka tidak dapat dilihat dengan jelas kerana mereka cuba  melindung separuh daripada wajah mereka dengan tangan.
  
"Apabila mahkamah membandingkan ciri-ciri wajah muka dalam gambar itu dengan ciri-ciri defendan semasa hadir di mahkamah, saya dapati ianya sama dan jelas menunjukkan bahawa defendan yang dipaparkan dalam gambar itu," katanya.
  
Beliau berkata walaupun defendan menafikan beliau merupakan orang di dalam gambar itu, mahkamah mendapati penafian defendan adalah satu pembohongan kerana keterangan Mohd Fauzi bahawa beliau telah berjumpa dengan defendan dan 'Parpukari' di persidangan itu tidak dicabar oleh peguam yang mewakili defendan.
  
Vazeer Alam berkata keterangan Mohd Fauzi bahawa terdapat nama, gambar serta nombor telefon defendan yang dimuatkan dalam blog isterinya adalah sama dengan nombor telefon yang digunakan saksi itu untuk menghubungi blogger yang dikenalinya sebagai 'Papa Gomo' dan keterangan itu juga tidak dicabar oleh peguam.
  
Katanya, mahkamah juga mendapati kata-kata yang diterbitkan defendan dalam artikelnya bukan komen sebaliknya merupakan kata-kata fakta yang tidak berasas.
  
"Dalam kes ini plaintif adalah seorang ahli perniagaan yang dikenali ramai dan kata-kata defendan bahawa plaintif seorang penipu yang telah  keuntungan berjuta-juta ringgit semasa Sukan Komanwel berkecenderungan merendahkan plaintif dalam pandangan mata umum," katanya.
  
Vazeer Alam berkata mahkamah mendapati perkara memuatkan artikel yang berunsur fitnah dalam sesawang internet telah berleluasa dan ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab seperti defendan y bersembunyi di belakang tirai nama samaran atau 'anonymity' untuk menulis apa sahaja yang mereka mahu tanpa mempedulikan kesan akibat penulisan mereka.
  
Katanya, mahkamah mengambil serius terhadap gejala negatif ini yang telah menular tanpa batasan sejak akhir-akhir ini dan sekiranya tidak dibendung dan dibanteras akan merosakkan 'social fabric' masyarakat yang berpotensi menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
  
"Dengan ini, saya mahu penghakiman yang diberikan diambil sebagai satu teladan kepada defendan dan juga semua pengguna internet supaya mereka tidak menyalahgunakan kemudahan ini.
  
"Sekiranya disalahgunakan, mahkamah akan mengambil pandangan yang amat serius, seperti pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga" dan sepandai-pandainya defendan menyembunyikan diri dengan nama samaran, akhirnya telah didedahkan melalui 'footprint' yang beliau tinggalkan di alam siber," tegasnya.
  
Sementara itu, Abdul Razak ketika ditemui pemberita berkata berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah.
  
"Ini bukan untuk kebaikan diri saya sahaja. Saya telah difitnah oleh blogger," katanya.
  
Pada 26 Jan, 2012, Abdul Razak, 59, memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri, 30, berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blog 'Papa Gomo' pada 11 Disember 2011.
  
Dalam pernyataan tuntutan itu, Abdul Razak mendakwa Wan Muhammad Azri telah mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa beliau merupakan seorang penipu yang telah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setelah mendapat kontrak semasa Sukan Komanwel yang berlangsung di negara ini yang menyebabkan reputasinya terjejas.
  
Abdul Razak diwakili peguam Reuben Netto dan Malik Imtiaz Sarwar.

Prosiding hina mahkamah 21 Oktober

Sementara itu, Reuben ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penghakiman mahkamah hari ini dan berkata hakim itu telah menolak pembelaan Wan Muhammad Azri atas alasan membuat komen yang adil .

"Perkara yang paling besar adalah mahkamah mengakui bahawa Wan Muhammad Azri adalah Papagomo," katanya.

Selain itu, Ruben berkata, mahkamah membenarkan permohonan mereka untuk prosiding menghina terhadap Wan Muhammad Azri berhubung tulisannya yang lain dalam blognya.

Katanya, prosiding menghina prosiding terhadap Wan Muhammad Azri akan berlangsung pada 21 Oktober.

Selain Abdul Razak, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli turut memfailkan saman fitnah terhadap penulis blog tersebut.

Turut memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri termasuk Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Penulis blog tersebut adalah seorang bekas anggota polis yang telah menjalani hukuman lapan bulan penjara selepas disabitkan dengan kesalahan rasuah.


Menjelang pilihan raya umum ke-13, juga dilaporkan Wan Muhammad Azri sebagai pengundi hantu yang didaftarkan secara berasingan dengan IC polis dan IC awam. - MalaysiaKini - Sinarharian.com.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

11 Sep 2013

RELEVANKAH JIKA ANDA INGIN MEMILIKI SUPERBIKE ?

 Gambar sekadar hiasan
Hari ini bagaikan sudah menjadi satu trend bagi golongan yang berada juga golongan pertengahan untuk memilik motor berkuasa tinggi superbike bukan sekadar hobi mungkin juga menjadi satu lambang kemewahan. Namun relevankah untuk kita memiliki superbike ini dengan keadaan jalanraya kita? Menunggang superbike secara berkonvoi dan membawa motor ini melebihi had laju yang dibenarkan pasti boleh mengundang kecelakaan. Dibawah ini beberapa kes yang boleh dikaitkan kemalangan yang melibatkan superbike, yang telah membawa maut pada penunggangnya.

Superbike putus dua. CEO Extol MSC Bhd, sebuah syarikat IT ternama negara mati ditempat kejadian semasa konvoi motor besar.
http://ondscene.my/kemalangan/penunggang-maut-superbike-putus-dua

Datuk K kemalangan motorsikal kuasa tinggi di New Zealand sewaktu konvoi bersama rakan-rakan
http://beautifulnara.com/datuk-k-kemalangan-di-new-zealand-siti-batal-konsert-di-banjarmasin/

Datuk Majura Muda Maut Kemalangan konvoi motor besar Di Lebuhraya Karak :
http://taipingmali.blogspot.com/2013/08/datuk-majura-muda-maut-kemalangan-di.html

Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong maut Kemalangan motor kuasa tinggi :
http://cintapertamakami.blogspot.com/2010/10/ahli-parlimen-batu-sapi-datuk-edmund.html

Kemalangan yang melibatkan superbike di Karak Highway :
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=633413150032967&set=a.455329417841342.104451.100000928620234&type=1&theater

AAP - Pandu cermat jiwa selamat,  tidak keterlaluan jika dikata segelintir penunggung motor berkuasa tinggi ini membawa kenderaan tersebut terlalu laju. Bila berlaku sesuatu kemalangan pasti ianya akan mengundang maut. Elok juga direnung-renungkan keburukan dan akibatnya jika anda ingin memilik motor superbike ini.  Masih sesuaikah jalanraya di Malaysia untuk hobi ini ? - Al fatihah dan takziah.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

7 Sep 2013

ULAR TEDUNG DAN PASARAYA COWBOY DI TEMERLOH?

Kisah yang sedikit panas dan berlegar di internet khasnya di halaman facebook mengisahkan ular tedung selar mematuk seorang customer sehingga meninggal di Pasaraya Cowboy, Temerloh. Di khabarkan ular tesebut berada  di tempat bunga-bunga plastik dalam pasaraya itu. Ketika itu mangsa sedang memilih bunga-bunga, lalu ular tersebut mematuk mangsa dan dikatakan mangsa telah mati.
Ini adalah laporan polis yg telah dibuat oleh pekerja Pasaraya Cowboy Temerloh menyatakan dia mendapat SMS palsu mengatakan ada ular tedung tapi sebenarnya tidak ada, katanya pihak Bomba pun sudah membuat pemeriksaan?
Ini adalah Notis yang di keluarkan oleh Pasaraya Cowboy katanya ?

AAP - Dimanakah kebenaran dan kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan. Sama ada benar atau palsu. Sama ada, ada unsur khainat atau sebotaj tidak dapat dipastikan. Semua Sumber gambar dan berita di petik daripada Facebook.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 Sep 2013

KASINO GENTING HIGHLANDS BAKAL DITUTUP?

Ali Rustam mahu kasino Genting Highlands ditutup.
Bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggesa kerajaan menutup resort kasino Genting Highlands.

Laporan Nanyang Siang Pau hari ini menyebut, Ali mendakwa kasino berkenaan mewujudkan pelbagai masalah sosial dan jenayah.  Beliau juga mendakwa menerima banyak aduan berhubung isu tersebut.

Ali dalam sidang media selepas satu taklimat bersama usahawan bumputera di Melaka semalam berkata Genting Group tidak memberi sebarang sumbangan kepada ekonomi Melaka walau dengan pendapatan tinggi dari kasinonya.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) itu berkata kerajaan masih boleh mengenakan levi cukai ke atas resort lain dan tidak perlu berganting kepada kasino Genting Highlands.

Gesaan itu dengan tangkas disanggah oleh setiausaha agung Pemuda MCA Chai Kim Sen yang mendakwa kenyataan Mohd Ali itu sebagai usaha untuk memperbodohkan rakyat dengan mempermudahkan masalah terbabit.

Beliau juga mendakwa Mohd Ali membuat kenyataan tersebut bagi menghadapi pemilihan dalam parti Umno. Chai berkata keputusan mengenai Genting Highlands perlu dibuat oleh kerajaan. Sumber : Malaysiakini.com

AAP - Amat bersetuju....

Wassalam, Wa'allahhualam.

3 Sep 2013

KENAIKAN HARGA MINYAK DISAMBUT DENGAN KEMARAHAN RAKYAT !

Ribuan rakyat Malaysia beratur di hampir semua stesen minyak malam tadi menjelang kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, sekaligus menaikkan kemarahan orang ramai kerana pemotongan subsidi itu.

Kebanyakan pengguna yang ditemui di Lembah Klang menyalahkan Barisan Nasional (BN) kerana menaikkan harga bahan bakar itu di saat rakyat terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang makin meningkat dari hari ke sehari.

Janji Putrajaya untuk meningkatkan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam bajet 2014 tidak memberikan kesan kepada penduduk Lembah Klang kerana kebanyakan daripada mereka tidak layak menerimanya dan bantuan itu hanya diterima sekali sedangkan kesan kenaikan itu terpaksa ditanggung setiap hari.

Pemberian wang tunai RM500 itu sebelum ini diberikan kepada lima juta isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Shahrulnizam Mohamad, 29, berkata kenaikan harga minyak bermula tengah malam tadi dijangkakan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kerana umumnya rakyat mengetahui Pakatan Rakyat (PR) akan menurunkan harga bahan bakar itu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya.

"Kenaikan harga ini sangat memberi kesan kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana kenderaan seperti kereta memainkan peranan penting kepada orang awam. Dengan kenaikan harga barang ini, peniaga juga akan mengambil kesempatan menaikkan harga barang," katanya.

Sementara itu, K Primela, 35, berkata kerajaan tidak wajar menaikkan harga petrol sewaktu rakyat sedang terhimpit dengan kenaikan harga barang selepas musim perayaan.

"Kerajaan BN 'bijak' mengambil kesempatan selepas beberapa bulan pasca PRU13 untuk menaikkan harga minyak. Sebelum pilihan raya berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak, tetapi kemudian lain jadinya. Apatah lagi kini rakyat sudah mula dibebankan dengan kenaikan harga barang. Gaji tidak pula catat kenaikan tapi harga minyak pula yang naik.

"Rakyat sendiri dapat perhatikan perbuatan buruk kerajaan BN apabila belum sampai setahun mendapat mandat menerajui negara, sudah tampil dengan pendekatan membebankan rakyat. Selepas ini, apa pula yang kerajaan nak naikkan,” katanya, ketika ditemui di sebuah stesen minyak di Bandar Puteri, Klang malam tadi.

Lim Tai Boon, 46, yang ditemui di tempat sama juga melihat kenaikan harga minyak sebagai permainan politik kerajaan BN.

"Dulu sebelum pilihan raya janji tidak naikkan harga minyak. Lepas BN menang pilihan raya, lain pula ceritanya. Perkara ini memang tidak patut, menyusahkan rakyat," katanya.

Pengguna turut kesal dengan tindakan kerajaan menaikkan harga bahan bakar itu kerana tempoh makluman yang diberikan singkat untuk pengguna bertindak.

Tengku Zarul Tengku Lokman, 37, berkata kenaikan 20 sen seliter satu tindakan kejam yang dilakukan kerajaan kepada rakyat sambil menjangkakan harga barang keperluan asas lain turut meningkat ekoran kenaikan harga bahan bakar.

"Saya tahu mengenai kenaikan harga minyak ini melalui laman sosial Facebook. Media kerajaan melalui televisyen dan radio tidak komited dengan pengumuman itu. Esok bila sudah naik, baru hendak disiarkan. Itu yang jahatnya kerajaan enggan memaklumkan terlebih awal," katanya.

Amir Azri, 26, pula membayangkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menaikkan kadar pemberian BR1M tidak praktikal kerana saguhati itu diberikan sekali sahaja tetapi perbelanjaan petrol adalah keperluan harian.

"Kadar BR1M yang diterima tidak setimpal dengan kenaikan harga minyak. BR1M adalah wang pembayar cukai, justeru wang rakyat juga yang digunakan untuk menjayakan wang saguhati itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Najib ketika mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel semalam, menjelaskan kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.

Beliau menjelaskan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel," kata Najib selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) di Pejabat Perdana Menteri.

Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel naik pada tahun 2010, iaitu mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter.

Najib menegaskan langkah itu bagi memastikan sasaran kerajaan mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020.

Perdana menteri memberikan alasan langkah pengurangan subsidi itu bertujuan memastikan ia sampai kepada kelompok sasaran memandangkan subsidi ketika ini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang kaya dan warga asing.

Katanya, Malaysia perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas sambil menjelaskan kerajaan ketika ini terpaksa menanggung subsidi bahan api sebanyak RM24.8 bilion untuk tahun ini.

Bagi memastikan kelompok yang lebih memerlukan ini menikmati subsidi, Najib juga mengumumkan pentadbirannya berjanji akan meningkatkan pemberian wang tunai BR1M yang akan diumumkan semasa pembentangan bajet 2014 nanti. - 3 September, 2013. Sumber : Themalaysianinsider.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

MAJALAH 3 : MISTERI DAN SIAPA SEBENAR MAT KILAU ?

Perjuangan Pahlawan Melayu, Mat Kilau menentang penjajah Inggeris di Pahang pada 1891 sudah termaktub dalam sejarah negara. Penentangan yang turut dibantu Datuk Bahaman dan Tok Gajah yang juga bapa Mat Kilau sendiri itu akhirnya tidak dapat merungkai ke manakah menghilangnya jasad Mat Kilau apabila pelbagai pihak tidak dapat memastikan tahun bilakah beliau meninggal dunia dan di manakah kubur sebenarnya.

Namun kemunculan seorang lelaki tua yang mendakwa dirinya Mat Kilau pada 26 Disember 1969 menggemparkan negara disebabkan laporan yang diketahui menyatakan Mat Kilau sudah lama meninggal dunia akibat dibunuh tentera Siam.

Pelbagai persoalan dan konflik menerjah pemikiran masyarakat ketika itu yang mempersoalkan kematian Mat Kilau sehinggalah pada 8 Januari 1970 kerajaan negeri Pahang mewujudkan sebuah jawatankuasa menyiasat kemunculan semula Mat Kilau.

Rentetan itu, bagi mengimbas semula perjuangannya di samping memberi peluang kepada penonton dan masyarakat untuk membuat penilaian sendiri terhadap kisah Mat Kilau, sempena Hari Kemerdekaan ke-56 ini, Majalah 3 edisi istimewa bakal menayangkan kisah Mat Kilau: Sumpah Bahadur di TV3 jam 9 malam ini.

Memilih Mat Kilau sebagai ikon, wartawan yang juga penerbit untuk edisi ini, Nurul Fariha On berkata, Mat Kilau adalah seorang pejuang muda yang harus dijadikan contoh oleh generasi sekarang.

Lebih dua tahun membuat kajian sebelum menyiarkannya kepada penonton, wanita yang mesra dengan panggilan Fariha ini mengakui sedikit tertekan pada awal menyiapkan projek ini apatah lagi dia bukanlah seorang yang meminati sejarah.

“Sesuatu yang sukar apabila kita perlu menyiapkan projek yang berkaitan dengan sejarah pahlawan negara. Banyak tarikh dan fakta yang perlu saya ambil kira malah apa juga maklumat yang diperoleh saya akan masukkan di dalam projek ini kerana banyak kisah yang masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya sehingga membuatkan cerita Mat Kilau ini sangat misteri.

“Namun begitu, apa yang saya titik beratkan di sini ialah perjuangan yang dilakukan oleh Mat Kilau dalam menentang penjajah British serta semangatnya melawan mereka walaupun ketika itu usianya masih muda.

“Saya mahu menerapkan sikap dan semangat perjuangan yang perlu dikekalkan oleh generasi kini dan sikap itu saya lihat ada dalam diri Mat Kilau. Atas sebab itu saya memilih beliau sempena edisi istimewa Hari Merdeka ini,” katanya.

Dalam menyiapkan tugasan itu, Fariha turut merujuk kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Muzium Terengganu, Muzium Polis dan Muzium Tentera selain banyak bertemu dengan orang-orang yang pernah dan ada kaitan dengan kehidupan Mat Kilau.

“Pelbagai usaha dilakukan dan saya yakin mereka di luar sana juga tahu kehidupan Mat Kilau penuh misteri malah kubur sebenarnya juga tidak dapat dipastikan di mana. Selama kajian saya ada yang mengatakan ia terletak di Pahang dan ada juga di Thailand selepas beliau dibunuh tentera Siam,” katanya.

Fariha berkata, projek Mat Kilau: Sumpah Bahadur penuh dengan cabaran namun dia mahu penonton lebih fokus terhadap perjuangan yang beliau lakukan dalam mempertahankan negara daripada terus dijajah bangsa asing.

“Soal bilakah beliau lahir, meninggal dunia dan di manakah makam beliau yang masih menjadi tanda tanya sehingga kini biarlah masing-masing yang menilaikannya,” katanya. Sumber : Harian Metro

Pengisytiharan Mat Siam sebagai Mat Kilau dibuat oleh YAB Menteri Besar Pahang, Tan Sri Hj. Yahaya bin Mohd. Seth pada 6 Ogos 1970..

AAP - Ada pihak yang masih ragu dan sangsi tentang kewujudan Mat Kilau dan tidak yakin bahawasanya beliau adalah sebenarnya Mat Kilau. Bagi Penulis mudah sahaja bukanlah calang-calang orang yang berani dan bertanggugjawab serta berani mengakui dirinya adalah Mat Kilau. Sedang ianya telah disahkan sebagai Mat Kilau oleh saudara mara dan sahabatnya dan tidak terkecuali kerajaan Pahang sendiri.

Justeru kemunculan seorang lelaki yang mengaku bahwa dirinya adalah Mat Kilau Pahlawan Melayu Pahang pada 27 Disember 1969 telah menggemparkan negara. Satu Jawatankuasa Menyiasat Munculnya Mat Kilau telah ditubuhkan bagi melakukan penyisatan terperinci terhadap dakwaan tersebut. Berdasarkan penyiasatan tersebut, jawatankuasa akhirnya membuat kesimpulan bahawa beliau adalah Mat Kilau yang sebenarnya. Pengisytiharan Mat Siam sebagai Mat Kilau dibuat oleh YAB Menteri Besar Pahang, Tan Sri Hj. Yahaya bin Mohd. Seth pada 6 Ogos 1970. Persoalanya siapa mereka jika masih ragu dan sangsi dengan kemunculan Mat Kilau ini? adakah mereka menyiasat lebih daripada jawatankuasa ini?

Alfatihah buat Pahlawan Mat Kilau...

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 Sep 2013

HARGA RON95, DIESEL NAIK 20 SEN

Harga RON95, diesel naik 20 sen bermula esok 03.09.2013

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali. - Bernama


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

1 Sep 2013

ROH SI MATI KEMBALI DAN MENIDURI ISTERI YANG MASIH HIDUP?


Soalan: Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.

Hamimah Abdullah
Banting, Selangor.


Jawapan:

Puan,

Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu ‘tidur bersama’, mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.

Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.

Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ – alamul khulud – yang bermula daripada kubur.

Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”

Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.

Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.

Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.

Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.

Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa ‘dia’ adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.

Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.

Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”

Ayat al-Quran lain ada menyebut,
“Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat.”

Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).

Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.

Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.

Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.

Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.

Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.

Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.

Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah – reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.

Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.

Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.

Wallahu a’lam.
Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din

Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.  (Dimuat naik oleh IslamItuIndah.my)

AAP - Moralnya yang mati tetap sudah mati.... yang kembali ada sahabat baik simati ( jika ada ) yang bernama Qareen. Sebaiknya Qareen ini awal-awal lagi dilepaskan dan tidak menggangu kaum keluarga dan orang lain kelak. Moralnya juga jangan sesekali bersahabat dengan syaitan dan memperlajari ilmu yang salah dan bukan daripada syariat islam.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMIS

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<