Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

28 Jun 2013

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA & IMSAK BAGI NEGERI-NEGERI SELURUH MALAYSIA 1434H / 2013M



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Facebooknya telah mengeluarkan jadual waktu imsak dan berbuka puasa untuk tahun 1434H/2013M untuk seluruh Malaysia. Anda juga boleh melayari di website E-Falak JAKIM
  • Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H/2013M. Sila klik negeri yang berkaitan dibawah :
1.   Negeri Sabah
4.   Negeri Johor


Sumber : apps.islam.gov.my

Selamat menunaikan ibadah puasa 1434H/2013M

Wassalam, Wa'allahhualam.

26 Jun 2013

INFO PROSES PEMBENIHAN AWAN

Pembenihan Awan Proses ini adalah satu perkara yang perlu kita ketahui. Jerebu yang melanda adalah satu desakan yang kuat untuk melakukan proses ini walaupun kos yang tinggi.
Proses Pembenihan Awan
 
Terdapat 3 JENIS pembenihan awan iaitu:

Pembenihan dinamik awan
Arus udara menegak terdorong dan lebih banyak air melalui awan. Hal ini membawa pada lebih banyak hujan. Kaedah ini mempunyai 11 peringkat yang berbeza yang terlibat dan setiap kesalahan di salah satu peringkat boleh merosakkan seluruh proses.

Pembenihan Awan Higroskopik
Bahan letupan dan flare digunakan untuk menyebarkan garam melalui bahagian bawah awan. Air tertarik pada garam dan siaznya membesar lalu turun ke bawah sebagai hujan. Teknik ini masih memerlukan banyak kajian.

Pembenihan Awan Statik
Bahan kimia iaitu silver iodide disebarkan ke dalam awan. Kelembapan yang terdapat dalam awan terkondensasi di sekitar kristal. Hal ini membuat awan lebih berkesan dalam penyebaran hujan di tempat – tempat tertentu.

Namun begitu, Pembenihan awan bergantung pada cuaca. Kehadiran awan adalah suatu kemestian.Teknik ini juga bergantung pada suhu dan komposisi awan.

Pembenihan awan amat sangat komplesk cara persediaannya dan mungkin mengambil masa beberapa tahun latihan untuk menghasilkan buah (awan). Tidak ada sistem kawalan di tempat untuk menentukan di mana hujan akan jatuh. Sumber

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Jun 2013

KENAPA MAKAN MEE SEGERA MENDATANGKAN BAHAYA DAN KEBURUKAN?

Anda penggemar mee segera? Memang tidak dinafikan, ramai yang dah tahu keburukan memakan mee segera tapi mee segera tetap menjadi pilihan kerana harganya yang murah, mudah untuk menyediakan, dan rasanya yang agak enak.Selain itu, mee segera ini boleh pula dipelbagaikan untuk hidangan seperti boleh dimasak dengan cara menggoreng, merebus, dimasukkan ke dalam sup atau kari, menyediakan mee kaserol mahupun membakarnya.

Hakikatnya mee segera tidak bagus untuk kesihatan kerana mengandungi banyak bahan perasa. Sebenarnya lebih dari itu, bukan sekadar bahan perasa yang dikatakan memberi kesan terhadap tubuh kita malah terdapat pelbagai bahan lain yang perlu kita ketahui.
Keburukan Makan Mee Segera.
 
Perlu anda ketahui, terdapat 136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam sebungkus mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.

Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Tahukah anda bahawa kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya.Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

10 Ramuan Bahaya Dalam Mee Segera

Kalsium Sulfat : Kapur Paris.

Asid Tartarik : Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida : Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ) : Produk berasaskan petroleum iaitu satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT : Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada buah pinggang.

Propyl Gallate : Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin
yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

Pentasodium triphosphate : Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga
digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol : Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane : Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine) : Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser. Sumber :  Cari.com.my

Moralnya jangan selalu dimakan, tidak memakannya lagi bagus.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Jun 2013

INFO JEREBU : PANDUAN UNTUK KESIHATAN ANDA

JEREBU : Panduan Kesihatan Untuk Anda

Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu.

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
- Pembakaran Secara Terbuka
- Asap Dari Kilang
- Asap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU).
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
NILAI IPU STATUS
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

a) Kanak-kanak
b) Orang tua
c) Mereka yang mengalami penyakit:
- asma
- bronkitis
- radang paru-paru
- penyakit paru-paru yang kronik
- jantung
- alahan
d) Perokok
e) Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
- Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
- Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
- Mata terasa pedih dan berair.
- Hidung berair dan kerap bersin.
- Kulit badan terasa gatal-gatal.
- Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

- Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
- Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
- Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
- Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
- Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
- Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
- Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
- Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 ).
- Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Sumber: Facebook - KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

15 Jun 2013

HUKUM BERTATU MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

Persoalan bertatu ini telah lama dibincangkan namun kebelakangan ini agak ramai orang melayu islam kita semakin berminat untuk membuat tatu dan bertatu di bahagian tubuh badan mereka. Namun apakah kita tahu, apakah hukum bertatu itu menurut pandangan islam?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 24 April 2009 telah membincangkan Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudharatan.
 
Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudharatan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut.
 
Muzakarah juga berpandangan bahawa pihak berkuasa yang meluluskan lesen membuka premis membuat tatu perlu mengenakan syarat iaitu pemilik dan pekerjanya mestilah bukan beragama Islam di samping orang Islam dilarang sama sekali mencacah tatu di premis tersebut.

Keterangan/Hujah: 
  1. Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam. Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)
     
  2. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud : Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat al-Thabrani)
     
  3. Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi najis.
     
  4. Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan tersebut.
     
  5. Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.
     
  6. Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain.  Sumber :  e-fatwa.gov.my
Gambar sekadar hiasan

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

LESEN MEMANDU BAHARU BERSEKURITI TINGGI AKAN DIPERKENALKAN 15 JULAI INI.

Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan pengeluaran Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT) mulai 15 Julai ini bagi menggantikan lesen memandu sedia ada yang telah digunakan sejak 1989.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata, LMBT mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik dan ianya akan dapat diperolehi secara serentak di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan (JPJ) mulai tarikh tersebut.

Pengeluaran lesen baru itu akan diperluaskan di pejabat-pejabat pos diseluruh negara mulai November ini, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di JPJ Wilayah Persekutuan, Jalan Genting Klang, Setapak, di sini Jumaat.

Hishammuddin berkata, antara ciri-ciri keselamatan baharu tersebut termasukpengaplikasian kad plastik pra cetak dengan reka bentuk dan lapisan hologram yang mempunyai keselamatan canggih.

Selain itu, katanya perisian khas yang membolehkan informasi dan gambar pemegang lesen memandu yang dicetak dilindungi.

Di samping itu, LMBT juga membolehkan imej gambar pemegang lesen disimpan dalam pangkalan data JPJ bagi tujuan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, katanya.

"Ini adalah langkah proaktif kita dalam melakukan pembaharuan lesen memandu dengan ciri-ciri keselamatan yang baik supaya ia tidak dapat dipalsukan," katanya.  - BERNAMA

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

13 Jun 2013

BLOGGER 'HANTU' DIHARAMKAN

Pemilik blog, portal diwajib dedah identiti sebenar

Kuala Lumpur: Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri menegaskan, peraturan ‘ketetapan-sendiri’ itu bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab terhadap maklumat disampaikan, sekali gus mengelak perpaduan masyarakat pelbagai agama dan bangsa dirosakkan oleh maklumat palsu.

Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan,” Datuk Seri Najib Razak

Sehubungan itu, Najib menegaskan, tidak akan ada lagi penulis ‘tidak bernama’ dalam blog atau portal seperti sekarang bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap tulisan masing-masing.

Kerajaan tak tapis internet: Najib

“Hari ini landskap media dan organisasi berita mengalami perubahan amat pesat dengan kehadiran media cetak dan elektronik yang dilengkapi media dalam talian. Demokrasi media dan kebebasan bersuara menjadi kenyataan.

“Penggunaan semua bentuk media ini dapat kita saksikan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Penyebaran pelbagai bentuk pembohongan, fitnah dan hasutan kebencian dalam media sosial oleh kelompok yang menggelar diri mereka sebagai wartawan seperti yang berleluasa ketika PRU-13 tidak menguntungkan sesiapa. Aliran ini jika dibiarkan berleluasa, akan mendatangkan kesan buruk kepada negara,” katanya.
Beliau berucap pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-PETRONAS 2012, di Hotel Istana, di sini, malam tadi.

Tidak lesen portal berita

Najib bagaimanapun berkata, kerajaan tidak akan menapis internet walaupun kerajaan mempunyai Akta Komunikasi dan Multimedia dan Rang Jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC).

“Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan,” katanya.

Beliau menegaskan, kerajaan akan memastikan rakyat yang sedang menghadapi ‘cabaran kematangan’ sekarang tidak bersikap melampau selepas menikmati kemajuan pesat dalam landskap media dan organisasi berita.

Sehubungan itu, rakyat harus mampu memanfaatkan kebebasan bersuara sebaik mungkin kerana jika corak tenaga baru yang datang daripada kebebasan bersuara itu tidak digunakan dengan baik, mereka akan terkeliru.

‘Kesan rama-rama’

“Isu melanda pemikiran rakyat sekarang adalah pemahaman demokrasi dan hak kebebasan bersuara. Ia memberi kesan yang tidak pernah berlaku sebelum ini hingga meninggalkan ‘kesan rama-rama’,” katanya.

Najib berkata, kunci bagi kejayaan untuk memanfaatkan kebebasan bersuara adalah dengan bermuhasabah mengenai identiti diri sebagai warga Malaysia dan bertanya pada diri sendiri mengenai kebebasan bersuara yang harus sesuai dengan identiti rakyat Malaysia yang berbudi bahasa dan mengamalkan nilai murni.

“Adakah perlu perbezaan pendapat mewujudkan syak wasangka melampau yang asing daripada budaya Malaysia? Untuk demokrasi benar-benar berfungsi, rakyat dan pengamal media semestinya berpegang kepada pendirian mulia supaya tiada antara kita yang menyimpang, mahupun menyalahgunakan kuasa,” katanya.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan wartawan supaya mengetengahkan isu lebih utama seperti perpaduan dan usaha memajukan negara, selain menjadi perantara berkesan dalam menyampaikan maklumat antara rakyat dengan kerajaan dan sebaliknya. Sumber : bharian.com.my

AAP - Jadilah Blogger manusia sejati yang ada identiti dan jati diri :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

6 Jun 2013

PAPA GOMO BAKAL BERSARA, BERHADAPAN DENGAN SAMAN RM 100 JUTA.

SHAH ALAM - Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging.

Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan  memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir.

"I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu.

Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.

Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan.

Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan.

Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu.

Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan.

Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak.

Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi.

"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya.

"Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat.

"Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan.  SUMBER ~ SINAR HARIAN

Nak pencen.. pencenlah saman tetap berjalan kut :)
 
Wassalam, Wa'allahhualam.


WASPADA : BAHANA SALAH GUNA FACEBOOK

MEDIA sosial adalah medium terpenting dalam menyampaikan maklumat peribadi kerana ianya mudah dan percuma, hanya perlu melengkapkan 'password', anda boleh terus menggunakannya.

Sejak mula popular di sekitar pertengahan 2008, Facebook dilihat sebagai laman web terpenting dalam perhubungan sosial terutama untuk mencari rakan-rakan yang telah lama terputus hubungan.

Namun, media sosial ini juga mempunyai elemen negatif yang mampu memberi kesan buruk kepada keharmonian negara.

Sebagai contoh, yang terbaru penahanan seorang wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dalam akaun Facebooknya, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata. wanita berumur 32 tahun itu ditahan di Taman Nirwana, Ampang dan siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

Jika dilihat dari sudut pengguna Facebook, kenyataan terbuka tanpa tapisan sememangnya mudah ditulis dan diluahkan dalam laman sosial ini.

Malah, ada di antara pemilik akaun Facebook, sering memberi kenyataan sensitif tanpa menyedari perbuatan itu, akan mengundang padah, khususnya dalam isu yang melibatkan keharmonian negara.

Kes ini juga telah membuka mata bahawa, masih ada rakyat Malaysia yang tidak tahu menghormati sensitiviti masyarakat dan Perlembagaan Negara.

Sedangkan, Yang di-Pertuan Agong adalah simbol ketua negara yang perlu dihormati dan termaktub di dalam perlembagaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan pihaknya memandang serius penyalahgunaan media sosial untuk memuat naik kandungan serta komen berunsur menghina terutama melibatkan institusi diraja Malaysia.

Siasatan kes ini turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Penahanan ini dibuat susulan beberapa laporan polis dibuat selepas komen yang dilihat menghina itu tersiar di laman Facebook dan Twitter susulan titah Seri Paduka melalui televisyen sempena hari keputeraan Tuanku, Sabtu lalu.

Persoalannya, apakah langkah yang wajar dilakukan khususnya oleh kerajaan untuk pastikan semua rakyat di negara ini menghormati Yang di-Pertuan Agong dan Institusi Raja-raja.

Adakah wajar untuk laman sosial disekat bagi membendung kenyataan negatif sebegini berulang?

Beberapa NGO di Selangor menggesa agar langkah drastik ini diambil dan mencadangkan Malaysia mengikut langkah Iran dan China yang menyekat akses ke laman sosial.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan itu perlu difikirkan kerana ada pengguna yang menggunakan laman sosial itu untuk menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci-maki pemimpin negara.

Gesaan ini turut disokong oleh Perkasa dan Majlis Belia Selangor.

Namun, adalah ini satu-satunya cara untuk kita menyelesaikan masalah ini?

Pengerusi Pusat Pengajian Media dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Normah Mustaffa berkata, laman sosial Facebook tidak boleh disalahkan sehingga perlu disekat penggunaannya.

Beliau berkata, Facebook adalah medium penting yang membantu pengaliran berita dan memudahkan penyampaian maklumat.

“Isu penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi di negara ini tidak seharusnya berlaku jika individu terbabit faham akan sejarah negara kita ini,” katanya.

SKMM menerusi Ketua Komunikasi Strategiknya, Sheikh Raffie Abdul Rahman memberitahu, suruhanjaya itu akan mengkaji kaedah terlebih dahulu terbaik untuk memantau penggunaan laman media sosial di negara ini dalam membendung budaya fitnah.

Beliau berkata, SKMM tidak boleh terburu-buru melaksanakan penguatkuasaan kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan mengikut kesesuaian.

"Kami memandang serius perbuatan biadab di laman sosial seperti Facebook tetapi SKMM tidak boleh sewenang-wenangnya menyekat laman tersebut," katanya.

Bayangkan. hanya kerana dua, tiga atau empat perkataan dalam Facebook, anda boleh didakwa atas Akta Hasutan 1948 dan boleh dikenakan hukuman penjara.

Oleh itu, kesemua pengguna Facebook perlu amalkan etika dan budi bahasa dalam segala tulisan yang dibuat, walaupun hanya dua perkataan.

Adalah lebih baik, memberi komen atau ulasan yang membina dan mampu menyumbang kepada perkembangan positif negara.

Bagi kes wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, langkah yang difikirkan wajar adalah perlu ada pendekatan khusus untuk memastikan generasi muda tahu akan Perlembagaan Negara dan fungsi Institusi Raja-raja.

Usaha ini wajar dilaksanakan sejak bangku sekolah lagi, penekanan rasa hormat kepada pemimpin dan ketua negara perlu ada dan ini termasuk rasa hormat kepada lagu Negaraku dan bendera Jalur Gemilang. Sinar Harian

Jarang-jarang dapat melayan facebook :)

Wassalam, Wa'allahhualam.

4 Jun 2013

HEBOH : ADNAN YAAKOB HADIR KE MAJLIS PERKAHWINAN MOHD SAIFUL BUKHARI ?

Ramai yang membicarakan kelibat dan kehadiran Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob dan isterinya yang hadir ke majlis perkahwinan "mangsa liwat" Mohd Saiful Bukhari Azlan. Saiful yang melangsungkan perkahwinan dengan seorang personaliti TV3, Nik Suriani di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man Kuala Terengganu pada 25 Mei baru-baru ini. Foto Adnan bersama Saiful telah disebarkan secara meluas di laman sembang sosial facebook. Ramai yang katanya terkejut dengan kehadiran MB Pahang itu.

Apapun, bagi kami kehadiran Adnan tidak perlu diperbesarkan kerana itu hak beliau untuk hadir sebenarnya. Malah difahamkan, Adnan juga berasal dari Kg. Janda Baik Bentong iaitu sekampung dengan ayah Saiful iaiti Azlan Mat Lazim. Malah, sebelum ini juga Adnan pernah hadir ke majlis perkahwinan anak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri di Janda Baik. Oleh itu, isu ini tidak perlulah diheboh-hebohkan sangat hingga menggundang berbagai persepsi dikalangan rakyat terbanyak.

Malah, ada juga kritikan dan kutukan yang kurang sesuai terhadap MB Pahang itu di facebook gara-gara kehadiran beliau ke majlis berkenaan. Apapun, perkahwinan Saiful memang cukup sensasi apabila ramai tokoh-tokoh ternama turut hadir termasuk juga blogger kontroversi Papa Gomo]. Sumber Pahangdaily

Update
(Blogger terkenal Papagomo turut meraikan Saiful) 

Dengan bertemakan Garden Wedding, kira-kira 800 pengunjung yang hadir pada majlis tersebut turut dihiburkan dengan alunan music jazz yang dibawa oleh Jimmy and Fans semasa majlis itu sedang berlangsung.

Menurut blog KLpos, antara tetamu kenamaan yang hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukriz Mahathir, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Perkasa Zulkifli Noordin dan blogger kontroversi Papa Gomo.

Pada 25 Mei lalu, Saiful Bukhari Azlan diijabkabulkan di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam (TTI) berwalikan bapa pengantin perempuan sekaligus sah bergelar suami kepada salah seorang personaliti TV3, Nik Suryani.

Dengan jumlah mas kahwin berjumlah RM41,101, majlis diserikan dengan 9 dulang hantaran yang diiringi rombongan pengantin lelaki dan dibalas 11 dulang dari pihak keluarga Nik Suryani. Sumber mforum2.cari.com.my

AAP - PAPAGOMO KE TU ? :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SINOPSIS FILEM "TANDA PUTERA" KISAH SEBENAR DISEBALIK TRAGEDI 13 MEI 1969

Akhirnya terjawab sudah bilakah filem kontroversi yang mengisahkan kejadian-kejadian sebenar yang membawa kepada tragedi 13 Mei akan ditayangkan di pawagam.

Filem arahan dan terbitan Datuk Paduka Shuhaimi Baba itu akan ditayangkan kepada umum mulai 20 Ogos ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek.

"Ia akan ditayangkan pada 29 Ogos ini," kata beliau selepas bermesyuarat bersama FINAS hari ini. Tayangan filem tersebut sebelum ini tertangguh berikutan desakan pembangkang yang bising kononnya filem itu boleh menjejaskan hubungan antara kaum.

Filem yang dibuat berdasarkan kisah benar itu, dihasilkan pada tahun 2011 dan sepatutnya ditayangkan kepada umum pada 15 November 2012. Bagaimanapun, berikutan desakan pembangkang, jemaah menteri membuat keputusan menangguhkan tayangannya.

Sinopsis filem Tanda Putera

Filem itu memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr. Ismail Abdul Rahman berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969.

Ia mengisahkan persahabatan akrab antara Tun Razak dan Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara.

Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.

Tanda Putera berdasarkan kisah benar tragedi 13 Mei 1969 menampilkan Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib), Sahee Shamsuddin (Najib Tun Razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yusoof (Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr Macpherson) dan Norman Hakim (IGP Hanif).

Ia dibantu Kavita Sidhu (Kara), Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kuza (Maimon), Zaefrul Nordin (Koperal Musa), Ika Nabella (Zarah), Zoey Rahman (Johan), Ahya U (Zaman) dan Alan Yun (Allen).

Selain itu, filem sarat dengan emosi dan tragedi itu turut menampilkan pelakon undangan seperti Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Ida Nerina (Jah Steno), Sharifah Shahira (Guru Besar), Fizz Fairuz (Tan Sri Arshad Ayub), Nazril Idrus (Tun Dr Mahathir Mohamad), Khir Mohd Noor (IGP Abdul Rahman Hashim), Bell Ngasri (Datuk Harun Idris), Chew Kin Wah (Tan), Razali Hussain (Haji Ahmad Razali Mohd Ali), Douglas Lim (Leslie Cheah), Chealsia Ng (Catharine), Wong Sip Nen (bapa Allen), Nas-T (Najib Rahman) dan Aidil AF (Datuk Senu).

Sebelum ini Shuhami dipetik media berkata beliau gembira apabila Shaberi Cheek menyokong filem tersebut untuk ditayangkan dengan segera.

Menurutnya penundaan filem yang sepatutnya ditayangkan pada 15 November tahun lalu itu adalah terlalu lama dan sudah tibalah masanya untuk ia dipertontonkan kepada umum.

“Apabila menteri membuat kenyataan meminta agar tayangan Tanda Putera perlu disegerakan, ia cukup menggembirakan hati saya.

“Sekurang-kurangnya penat lelah saya bersama kru produksi serta pelakon berbaloi.

“Sehingga pada satu tahap kerana terlalu kerap ditunda, kami benar-benar kecewa dan tidak mengharapkan apa-apa lagi sama ada ia akan keluar ke panggung atau tidak,” katanya.

Filem tersebut menelan belanja RM4.8 juta itu telah membuatkan pihak produksinya iaitu Pesona Pictures Sdn Bhd mengalami kerugian berjuta-juta ringgit. - Sumber

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 Jun 2013

HARGA ROKOK NAIK SEHINGGA RM10.50 SEKOTAK AKIBAT PENINGKATAN KOS?

Harga Rokok naik sehingga RM10.50 SEKOTAK, British American Tobacco Malaysia (BAT) Dakwa Peningkatan Kos. British American Tobacco Malaysia (BAT) mengumumkan harga rokok tertentu akan dinaikkan bermula hari ini, 3 Jun 2013. Pengarah Urusan BAT, Datuk William Toh berkata, kenaikan harga rokok terbabit tidak dapat dielakkan kerana syarikat tersebut berhadapan peningkatan kos operasi.

“Seperti syarikat-syarikat lain BAT berdepan dengan tekanan inflasi, tenaga buruh dan kos input yang mengakibatkan kos operasi semakin meningkat dari semasa ke semasa. “Di samping itu perundangan industri tembakau, perdagangan haram turut memberi impak kepada jualan rokok secara sah kami,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Justeru, William mendakwa pihaknya mengambil keputusan menaikkan harga rokok pada kadar 3 peratus mulai hari ini bagi menangani peningkatan mendadak kos dan perdagangan haram.

Sehubungan itu, kata beliau, bermula 3 Jun ini harga rokok Dunhill range, Kent range, Benson & Hedges akan naik kepada RM10.50 sekotak. Manakala harga rokok Peter Stuyvesant dan Pall Mall naik kepada RM9 sekotak dan Pall Mall Plain, Lucky Strik plain serta Rothmans International naik RM10.90 sekotak.

Berhentilah... ini kalilah :) tidak pun jom beralih kepada rokok pucuk atau gulong :) yang pastinya kenaikan haraga rokok bukanlah penyelesaian segalanya... bahkan mungkin membebankan perokok itu sendiri... tidak kurang bila harga rokok semakin naik mereka (perokok)  akan mencari alternetif yang lain bagi mengelakkan bebanan kos rokok itu sendiri.

Wassalam, Wa'allahhualam.

2 Jun 2013

MAMPUKAH ANDA MENYARA KEHIDUPAN DENGAN PENDAPATAN RM 1,500 SEBULAN?

 
Satu persoalan bolehkah anda membina kehidupan dengan pendapatan RM 1500.00 sebulan dengan bebanan seperti diatas? orang bujang pun tak tahan apatah lagi yang sudah berkeluarga... dan ditambah dengan lain-lain barang keperluan utama yang terus meningkat naik.

Kenaikan harga rokok, Bagi perokok harga jualan rokok dijangka akan naikan pada 03hb Jun 2013 sememangnya perkara ini terus membebankan bagi perokok  :( Harga Rokok Naik : Diberitakan dari sumber, British American Tobaccon (BAT) Malaysia, harga rokok dinaikkan sebanyak 30 sen mulai 3 Jun 2013, iaitu pada hari Isnin ini. Pasti tidak dapat tidak, rokok seludup (kalau ada) akan mengisi ruang bagi perokok bagi mengelakkan bebanan harga rokok tempatan yang kian meningkat.

Dengan kos sara hidup yang terus meningkat tidak mustahil ramai yang akan terus hidup membujang :(  jangan kata nak menyimpan atau menabung duit... duit yang sedia ada pun habis langsai :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

1 Jun 2013

JOM PERIKSA HANDPHONE ANDA TULIN ATAU PALSU!

Kes penipuan barangan elektronik sekarang semakin menjadi-jadi sehinggakan iPhone 4S pon boleh di ciplak oleh China. Di sini ada tips macam mane nak check atau tentukan sama ada handphone tu original ataupun cap ayam. Silap-silap beli terkena yang tiruan menyesal tak sudah... jom periksa sama ada handphone anda tulin atau palsu.

Check it out !! Ikut langkah-langkah seperti di bawah ini :

Taip *#06#
Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)
Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
Untuk semak sama ada phone ANDA ori atau tidak, check kod di bawah.

02 atau 20 [dari Kilang Emirates atau India] = LOW QUALITY
08 atau 80 [dari Kilang Germany] = FAIR QUALITY
03 @ 30 atau 04 @ 40 [dari Kilang China] = GOOD
06 atau 60 [dari Kilang Hong Kong, China atau Mexico] = GOOD
05 atau 50 [dari Kilang Brazil, USA atau Finland] = VERY GOOD
01 atau 10 [dari Kilang Finland] = VERY GOOD
00 [dari Kilang Asal Handphone] = BEST MOBILE QUALITY
13 [dari Kilang Azerbaijan] = VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Apa lagi, jom check handphone anda, moga-moga original... kalau palsu jangan bersedih !


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :