Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

30 Mac 2013

NAMA PANJANG MENJADI TREND HARI INI


Nama seperti Amanda Natasha Nur Rania Alya, Meor Muhammad Azrai Tufail, dan Sharifah Nur Arissa Zulaikha Damia adalah antara nama panjang kini menjadi pilihan sesetengah ibu bapa apabila mendaftar anak mereka yang baru lahir.

Nama itu semacam berselirat bila kebetulan nama bapa juga panjang seperti Muhammad Haikal Shafiq al-Amin. Penceramah agama Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, "memang ada kalangan ibu bapa yang gemar memilih nama anak yang panjang dan lain dari yang lain tanpa memikirkan maksud yang baik di sebalik nama berkenaan."

Trend memilih nama panjang ini berbeza dengan trend pada tahun-tahun 40'an-50'an dulu ketika ibu bapa memilih nama-nama yang agak luar biasa seperti Pungut, Bongek, Patah, Punat, Gondol, Tumpang, Sabtu, Ahad, Isnin dsbnya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd Noor berkata, dari segi kepanjangan nama untuk pendaftaran, JPN tidak ada halangan asalkan nama berkenaan tidak melebihi 80 aksara meliputi huruf, ruang kosong, bin, binti dan nama bapa. JPN cuba menasihati sekiranya nama yang ingin diberikan itu mempunyai maksud yang tidak baik, katanya.

Jainisah berkata nama yang terlalu pelik juga tidak digalakkan kerana ia akan menyusahkan ibu bapa itu sendiri apabila terpaksa datang semula ke JPN bagi menukar nama yang anak itu sendiri tidak selesa.
Wan Akashah berkata nama anak selain melambangkan identiti, ia juga merupakan doa.

"Lebih baik meletakkan nama yang pendek tetapi mempunyai maksud yang baik berbanding nama yang panjang dan pelik tetapi tidak mempunyai sebarang maksud," katanya. Ada nama yang memberi makna negatif.

Jainisah berkata, kira-kira 500,000 pendaftaran kelahiran direkodkan oleh JPN setiap tahun. JPN tidak mempunyai statistik nama-nama panjang yang didaftarkan, katanya. - Bernama

AAP - Didalam agama dan adat budaya kita nama panjang ini boleh menyusahkan orang lain Tok Naib  (jurunikah kahwin) contohnya untuk membaca akad nikah, tidak kurang menyusahkan Tok Imam untuk membaca doa talkin nanti. Di dalam dunia berkomputer hari ini elok juga diletakkan nama anak-anak bermula dengan huruf atau abjad A senang duduk diatas bagi sebarang urusan.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

29 Mac 2013

INFO PADANG RUMPUT TIRUAN PADANG FA JERANTUT

Rumput buatan adalah permukaan buatan daripada buatan fiber sintetik yang dibuat untuk membuat bentuknya seperti look rumput semulajadi. Ia paling banyak digunakan di dalam lapangan sukan bagi sukan yang pada asalnya atau pada biasanya dimainkan di atas rumput. Walau bagaimanapun, sekarang ianya digunakan di atas lapangan rumah kediaman dan juga aplikasi perniagaan. Alasan utama bahawa penyelenggaraan rumput buatan menghalang penggunaannya yang berat, seperti di dalam sukan, dan tidak memerlukan perparitan atau memotong.

Apa itu padang sintetik ? Apa makna padang sintetik? Padang sintetik adalah padang tiruan menggunakan rumput sintetik. Kosnya tinggi tetapi dapat menjimatkan untuk jangka masa yang panjang. Tiada kos penyelenggaraan sehingga 10 tahun.. Bermakna lebih menguntungkan sekiranya diguna pakai padang sintetik ini. Padang sintetik jenis fieldturf boleh digunakan dalam pelbagai keadaan cuaca sama ada panas atau pun hujan.

Tahniah daripada penulis kepada pihak Majlis Daerah Jerantut hasil usaha bersama dengan FA Jerantut  dan Pejabat Belia Jerantut padang di Kompleks Sukan Jerantut kini dipasang dengan rumput tiruan sepenuhnya bertaraf dunia.

Difahamkan tender awal projek ini oleh KBS asalnya hanyalah memasang Padang Tiruan bersaiz 90mx45m yang bernilai lebih kurang anggaran RM1.2 juta tapi mengikut maklumat terikini dari pihak Majilis Daerah Jerantut, Mesyuarat Post Kabinet peringkat Kementerian Belia dan Sukan telah menyatakan persetujuan untuk membesarkan saiz padang rumput tiruan Padang FA Jerantut dari saiz 90mx45m kepada saiz 105mx68m. Kos sebenar tidaklah diketahui.

Di fahamkan padang rumput tiruan ini adalah  diantara yang pertama seumpamanya yang telah siap dipasang di Padang FA Jerantut adalah yang pertama di Pahang. Hebat orang Jerantut selepas ini bakal bermain di atas padang rumput tiruan bertaraf dunia.

Wassalam, Wa'allahhualam.

27 Mac 2013

ORANG ASLI DI JERANTUT BERDEMONSTRASI ?

Apa yang menyebabkan mereka ini tidak berpuas hati? Khabarnya gara-gara pembalakan yang rakus menyebabkan sumber bekalan air dan kehidupan orang asli di Sungai Kiol Jerantut, terancam. Mereka berdemo untuk pertahankan hak mereka di Perkarangan Pejabat Perhutanan Jerantut pagi tadi. Di fahamkan mereka ini adalah orang asli yang tinggal berdekatan lata meraung serta kawasan yang berhampiran. Kawasan tersebut adalah difahamkan kawasan tadahan hujan. 

Difahamkan kampung berdekatan juga bakal dikeluarkan hasil pembalakan. Pasti situasi ini boleh mengundang pelbagai perkara tidak sepatutnya. Selain kehilangan eko sistemnya, juga boleh menjejaskan sumber ekonomi penduduk yang berasaskan hutan dan pertanian.
Pastinya disebabkan negara kita sebuah negara demokrasi... Maka rakyat bebas menyuarakan hak dan pendapat masing-masing. Jika terdapat ketidakpuasan hati. Sumber : Gambar dan berita drp Facebook

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

26 Mac 2013

MAJLIS BATAL AIR SEMBAHYANG ?

Adat batal air sembahyang atau majlis membatalkan wuduk sememang ada tersenarai didalam adat majlis perkahwinan orang melayu kita. Namun jika sekadar di ikuti adatnya sahaja tidak berlebihan tidak ada masalahnya.

Ungkapan dibawah ini dipetik daripada kata-kata Ustaz Azhar Idrus - "Adat batal wuduk lepas kahwin orang dulu2 cium tangan saja, tahun 90an cium dahi, zaman 2000 millenium cium pipi, dan terkini cium mulut depan tok imam jurunikah sampai meleleh air liur. Dah jadi macam kristian beromen depan tok imam.  Nak batal wuduk ini tak payah buat begitu. Ada cara paling mudah. Macamana? Lepas akad nikah... KENTUT!! Batal wuduk juga " :)  - Ustaz Azhar Idrus

Apa motif sebenarnya upacara batalkan wuduk dalam majlis perkahwinan org melayu ini? Apakah tujuan bersentuhan dengan nafsu atau seumpamanya? Pasti ianya cuma satu adat dalam adat istiadat perkahwinan orang melayu sahaja. Hanya satu contoh atau simbolik bagi menujukkan bahawa mereka berdua sudah ada ikatan  yang sah dan sudah halal bagi mereka berdua. Nak berlebih-lebih bawak bersabar :)

AAP - Adat dan adab dua perkara yang berbeza. Jika tidak berlebihan tidaklah terjadi perkara sumbang didalam adatnya.

Wassalam Wa'allahhualam.
 

25 Mac 2013

BILA PARLIMEN MAHU BUBAR?

Jika Parlimen tidak bubar awal minggu ini.

TEKA-teki pembubaran Parlimen telah masuk ke kancah lebih kritikal setelah banyak jangkaan pembubaran pada minggu-minggu yang lalu meleset. Kali pertama dalam sejarah, pentadbiran negara telah melepasi lima tahun mandat yang diberi pasca 8 Mac 2008. Lebih parah, hanya tinggal sehari sebelum satu Dewan Undangan Negeri (Dun) akan terbubar secara automatik iaitu Dun Negeri Sembilan dan seterusnya Dun Pahang pada 7 April.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan perkembangan ini sebagai tidak sihat. SAMM percaya kesempatan cuba diambil oleh kerajaan pemerintah susulan daripada pembubaran automatik Dun yang bakal berlaku sebelum parlimen dibubar.

Dengan perkembangan ini juga, tidak mustahil boleh berlaku pilihan raya negeri ketika kerajaan pusat masih di bawah pemerintahan BN, bukan di bawah kerajaan sementara seperti yang sepatutnya. Kuasa yang ada pada pemerintah mutlak membolehkan segala peruntukkan terutamanya peruntukkan kewangan diguna pakai dalam kempen pilihan raya negeri berbanding kuasa sebagai pemegang kerajaan sementara yang agak terbatas.

Implikasi dari pilihan raya di dua buah negeri ini ialah Barisan Nasional mencari kemenangan awal yang mampu menaikkan moral sokongan sebelum pertembungan sebenar. Kedudukan Negeri Sembilan yang dijangka jatuh ke tangan Pakatan Rakyat mampu dikekang secara maksimum dengan taktik ini dan kemenangan ke atas negeri Pahang akan memberi jaminan yang lebih selesa kepada BN demi kempen pilihan raya seterusnya. Malah, jika kerajaan Selangor membubarkan Dun lebih awal seperti yang digemburkan sebelum ini, ia adalah bonus besar buat BN dan mungkin pilihan raya tiga negeri serentak akan disaji sejurus sebelum Parlimen dibubar 28 April.

Jika inilah perancangan Barisan Nasional, maka tidak hairan mengapa Parlimen masih belum dibubar.

Justeru, SAMM mendesak keras agar pembubaran Parlimen wajib berlaku sebelum mana-mana pembubaran automatik Dun. Ia juga bermaksud, pembubaran Parlimen harus berlaku pada awal minggu ini sebelum 27 Mac 2013. Edy Noor Reduan, Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia - Sumber Sinar Pahang.

AAP - Tunggu dan lihat sahaja . Benarlah penantian itu satu penyeksaan : (

Wassalam, Wa'allahhualam.

23 Mac 2013

PASAR MALAM : BANDAR LAMA JERANTUT

 
 
 Pasar malam bandar lama Jerantut

Alhamdulillah, akhirnya pasar malam ini di ubah juga ke sini di Bandar Lama Jerantut. Sebelumnya pasar malam ini di lokasi berhampiran perumahan LKNP Jerantut berdekat dengan masjid lama Jerantut. Seperti mana cadangan penulis pada pihak Majlis Daerah untuk mengubah pasar malam ini mendapat perhatian pihak Majlis.

Cadangan awal penulis boleh dilihat pada entri ini : CADANGAN TAPAK PEKAN SEHARI BANDAR LAMA. Penulis dengan ini  amat berterima kasih pada pihak Majlis kerana keperihatinan dan menerima cadangan daripada penulis. Terima kasih banyak-banyak. Semoga dengan perubahan pasti ianya memberi manfaatkan kepada semua pihak. Dengan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih, juga mewakili pihak yang lainya. Terima kasih.

AAP - Jom ronda-ronda ke pasar malam bandar lama Jerantut. Setiap hari jumaat 5.00 petang - 9.00 malam.  Macam-macam perkara ada dijual disana terutama makanan :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

22 Mac 2013

MERCU TANDA : JERANTUT BANDAR TAMAN NEGARA

Mercu tanda ini sememangnya di tunggu-tunggu oleh masyarakat di sekitar Jerantut. Cadangan mercu tanda ini telah lama di war-warkan. Alhamdulillah di atas keprihatinan pihak Majlis Daerah Jerantut akhirnya ianya telah direalisasikan. Cadangan dan peringkat awal boleh dilihat DISINI

Untuk pengetahuan mercu tanda ini telah siap dipasang dipersimpangan lampu isyarat berdekatan dengan Masjid Tengku Mahkota Abdullah susur keluar ke pusat bandar Jerantut.

AAP - Selayaknya Bandar ini disebut "Jerantut Bandar Taman Negara" kerana disinilah pintu masuk utama ke Taman Negara Pahang. Tahniah dan syabas daripada kami.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

BAGAIMANA MELETAKKAN GAMBAR SEBELAH TAJUK ENTRI ( HASIL CARIAN )

Biasanya gambaran diatas akan keluar pada hasil carian google untuk sesuatu tajuk atau seumpamanya yang kita cari dan hasilnya akan tertera gambar penulis blog tersebut. Pasti nampak kemas sedikit tidak seperti biasa hanya keluar tajuknya sahaja tanpa ada gambar penulis disebelahnya.

Tajuk entri adalah antara perkara yang pertama dinilai oleh seseorang pengunjung yang mengunjungi sesebuah blog. Disamping mempunyai tajuk-tajuk entri yang gempak², kehadiran penghias (wajah) juga dapat menambahkan lagi seri pada entri tersebut. Jika anda berminat boleh mencubanya, Seperti berikut :

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan.


1.Login akaun blogger, dari dashboard >layout > edit html > expand widget templates

2.Tekan ctrl + F untuk menghidupkan fungsi 'find' kemudian cari kod berikut.


<a expr:href='data:post.url'><data:post.title/></a>


3. Letakkan kod dibawah antara kod <a expr:href='data:post.url'> dan kod <data:post.title/></a>

<img src="url gambar"/>


Contoh kod sepatutnya kelihatan seperti ini
Letak Gambar Sebelah Tajuk Entri

Nota:
a. Tukarkan 'url gambar' dengan url gambar yang anda kehendaki.
b. Gambar kenalah dimuat naik terlebih dahulu untuk mendapat kod imagenya.
b. Saiz gambar yang biasa digunakan adalah dalam lingkungan 20x20 hingga 30x30.
c. Kalau berminat bolehlah mencubanya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

INFO TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG

Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².

Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Enakmen Taman Negara (Pahang) No.2 pada 1939 dibuat untuk Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No.14 pada 1938 untuk Kelantan, dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No.6 pada 1939 untuk Pahang. Semua enakmen memiliki persamaan kandungan.

Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².

Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.

Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.

Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara.

Terdapat banyak hostel dan hotel di taman ini. Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.

Taman Negara adalah Kawasan Perlindungan rasmi yang pertama dan tertua di negara ini dan pada waktu dahulu dikenali sebagai King George V National Park.

Taman negara ini yang diisytiharkan secara rasminya oleh Sultan Kelantan, Pahang dan Terengganu (sewaktu sambutan Jubli Perak King George) diwartakan bagi memelihara alam semulajadi kawasan ini. Taman ini dinamakan Taman Negara setelah negara mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.

Aktiviti paling popular di Taman Negara ialah bersampan di sungai dan meneroka laluan trek hutan. Laluan Kanopi yang tedapat di sini juga sungguh menarik bagi memberikan pelawat pemandangan jarak dekat aktiviti haiwan dan tumbuhan di bahagian kanopi hutan yang tinggi.

Pondok pemerhatian juga disediakan bagi keselesaan pelawat untuk memerhati hidupan liar di sini. Pondok kecil yang dibina tinggi dari atas tanah membolehkan pelawat bermalam bagi memerhati hidupan liar di dalam habitat semulajadinya. Pelawat juga boleh meneroka gua sama ada menggunakan bot atau pun berjalan kaki.

Taman Negara adalah sebuah hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian hidupan semulajadi di sini sangat menakjubkan dan menjadikannya salah satu eko-sistem yang paling rumit dan kaya di dunia. Sumber : ms.wikipedia.org

 Kuala Tahan Jerantut

Bandar yang terdekat ialah Jerantut, Pahang. Perjalanan dari Kuala Lumpur atau Kuantan dengan menaiki kereta atau pengangkutan awam mengambil masa antara 3 hingga 4 jam. Dari Bandar Jerantut, pelancong boleh mengambil bas atau teksi ke Jeti Kuala Tembeling, terletak lebih kurang 16km daripada Bandar Jerantut. Pelancong juga boleh ke Kuala Tahan, Taman Negara melalui jalan darat sejauh 68 km dengan hanya mengambil masa kira-kira 1 jam 15minit dari Jerantut.

TAMAN NEGARA PAHANG, MALAYSIA : Alam semula jadi yang pasti mempesonakan! Jom ke sana sambil bercuti-cuti Malaysia !

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

21 Mac 2013

POTRET KEHIDUPAN : ULAR DAN TIKUS

Agaknya apa yang anda fikiran bila melihat gambar diatas?

Gambar di atas mungkin boleh dijadikan renungan bersama, begitulah sebaiknya kita membantu seorang sahabat, tidak hanya ikut tertawa semasa bahagia sahaja, meskipun nyawa yang menjadi taruhan... ketika ia dalam duka dan memerlukan pertolongan. Terkadang kita juga tidak mampu untuk berbuat apa-apa sekadar mungkin hanya memandang dan berdoa. 

U/P : Tengok ular takut tengok tikus geli :) sudah tak jadi apa :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

20 Mac 2013

TARIKH AUTOMATIK PEMBUBARAN PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI.

Bila tarikh Pembubaran Parlimen sama-samalah kita tunggu :) Namun tarikh automatiknya seperti tertera di atas bagi negeri-negeri tersebut. Kalau Negeri Pahang 07 Hb April. Untuk rekod agaknya pembuburanya kali ini agak terlewat juga apa pun kita tunggu sahaja tarikh rasminya nanti.

AAP - Ada yang dah tak sabar nak mengundi gayanya :) Sarananya undilah calon yang logik dan jujur serta masuk akal. Pasti mempunyai latar belakang yang baik tanpa ada sebarang rekod buruk sebagai seorang peminpin. Undi adalah rahsia yang paling penting undi adalah hak kita. Tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak. Jom bersama menunaikan tanggungjawab kita.

Selamat mengundi !

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

19 Mac 2013

HATI-HATI BILA MEMBUAT JUMPING KERETA.

Malang terkadang mungkin tidak berbau.. mungkin kita tidak ada kepandaian didalam bab itu.. main redah aje. Sebenar banyak cara juga orang membuat jumping ini. Boleh sahaja anda google :) Jangan mengambil risiko jika kita tidak berapa pandai :) Sesetengah orang membuat jumping semasa kereta yang satu lagi masih hidup enjinnya terus jamping sahaja.

Di atas pengalaman saya sendiri pernah juga membuat jumping ini. Saya lebih memilih cara kedua-dua enjin kereta dimatikan. Selepas itu sila pastikan sambungan wayar adalah betul jangan tersalah. Wayar (merah) positif ke positif dan wayar (hitam) negatif ke negatif. :) Dan baru kita hidupkan kereta yang baterinya 'kong' tadi. Lebih selamat sikit kut bagi kita yang tidak berapa mahir ini :) Dibawah ini kereta yang telah hangus di atas kesilapan membuat Jumper :(
 
 
 
Langkah keselamatan Sila pastikan sambungan wayar adalah betul. Wayar (merah) positif ke positif dan wayar (hitam) negatif ke negatif. Tersilap sambung, wayar jumper bateri kereta akan hasilkan percikan api, berasap, lebur atau menyebabkan kerosakan komponen kereta yang lain. Jika nasib tidak baik, kereta kemungkinan akan hangus terbakar.

Moralnya berhati-hati jika anda membuat Jumping Start pada kereta anda. Jika tersilap melakukan Jump Start. Mungkin kereta anda akan mengalami nasib seperti diatas. Agaknya kalau tidak berapa pandai dan yakin panggilah mereka yang berpengalaman. :) Penting juga kita sentiasa membawa jumper ini. Manalah tahu ada ketika kita memerlukan benda ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

17 Mac 2013

APAKAH TINDAKAN KITA LAKUKAN JIKA TERLUPA BILANGAN RAKAAT SEMASA SOLAT?

SOALAN : Apakah tindakan kita lakukan jika terlupa rakaat semasa didalam solat?  Berhenti dan Solat semulakah ?

JAWAPAN :
Itulah bijaknya syaitan melalaikan kita dan betapa lemahnya kita kerana terpedaya dengan tipu helah syaitan. Konsepnya mudah sahaja apabila terlupa dalam solat iaitu hendaklah membina atas keyakinan.

Contohnya terlupa bilangan rakaat sama ada tiga atau empat rakaat. Cuba ingati semula susur galur solat untuk mempastikan bilangan yang yakin. Jika tidak dapat, maka ambillah rakaat yang paling sedikit iaitu tiga rakaat.

Sabda Nabi S.A.W :
“Jika seseorang daripada kamu syak (was-was) dalam solatnya, lalu dia tidak tahu berapa rakaat telah dilakukannya. Adakah tiga atau empat? Maka buanglah syak dan peganglah apa yang diyakini (buatlah jumlah rakaat yang diyakini). Kemudian sujudlah dua kali sujud sebelum memberi salam. Jika dia telah melakukan lima rakaat, maka ia (kedua sujud dan duduk antaranya) menggenapkan solatnya. Jika dia telah melakukan sempurna empat rakaat, kedua sujud itu sebagai satu tanda kehinaan bagi syaitan”. (Hadis Riwayat Muslim)

Jadi tak perlulah untuk menghentikan solat lalu memulakan solat baru. Jangan pula diambil bilang rakaat yang banyak . Kalau ambil bilangan rakaat yang banyak lalu pada hakikatnya kurang, maka solat itu tidak sempurna. Tetapi kalau diambil bilangan rakaat yang sedikit lalu pada hakikatnya sudah terlebih , itu tidak mengapa. Sumber : http://harianislam.com

AAP - Biasanya kes seumpama ini jika kita bersolat bersendirian. Sebagai manusia biasa kita semua tidak lari daripada permasalahan di atas. Artikel sebagai perkongsian dan pengetahuan bersama.

Wassalam, Wa'allahhualam.

SERANGGA YANG PELIK 'TOIED'


Bagi kita yang tidak pernah melihat serangga ini mungkin kita rasa amat pelik. Namun bagi sesetangah orang lain mungkin sudah biasa melihatnya bukan sesuatu yang pelik.

Serangga ini biasa akan berada atau terlihat di pokok-pokok di hutan, pokok langsat terutamanya. Nama sainstifik serangga ini saya pun tak tahu mungkin gamak belum pernah di buat kajian tentangnya. Spesis apa saya pun tak tahu, kemungkinan spesis belalang gamaknya.

Bagi masyarakat kampung serangga ini di sebut atau dikenali dengan nama "TOIED" mungkin hanya orang  disebelah Kampung Tanjong Besar, Benta, Kuala Lipis yang menyebutnya "TOIED" . Mungkin juga di tempat lain, lain pula nama dan sebutanya. Pasti jenarasi di hari ini mungkin sudah tidak mengenali serangga ini, apatah lagi mengetahui akan namanya.

AAP - Penulis pun ingat-ingat lupa sama ada pernah melihat serangga ini. Pelik juga bagaimana boleh mendapat nama "TOIED" ini. Sebab nama tersebut ada maksud lainya di kampung saya :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

VIDEO CLIP : LAGU JERANTUT KAMPUNG KAS

VC persembahan Kumpulan Anak Semantan mendendangkan lagu "Jerantut Kampung Kas" Sempena Majlis Pelancaran Album Jerantut Kampung Kas. Semalam, bertempat di Padang FA Jerantut 16/3/2013 - di Padang FA Jerantut.
 Ikhtiman Ismail Pencipta lagu "Jerantut Kampung Kas"

AAP - Tahniah pada semua pihak yang terlibat dan telah menjayakan album ini. Kami juga tumpang berbangga. Untuk anda yang meminati album ini boleh berurusan dengan JKKG Jerantut Kampung ku. Sebagai tanda sokongan penulis telah lama membeli dan memiliki album tersebut.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

14 Mac 2013

SEPETANG DI JETI KUALA TEMBELING, JERANTUT

 
 
 

Hari ini berkesempatan ronda-ronda ke jeti Kuala Tembeling, Jerantut sambil menjalankan tugasan. Kalau anda renungkan betul-betul nampak keunikan air sungai  di Kuala Tembeling itu bila mana air daripada sungai Jelai bercantum bersama air sungai Tembeling di kualanya. Satu jernih dan satu lagi keruh likat. Difahamkan aktiviti biji besi dan emas di Kuala Lipis membuatkan air sungai Jelai ini keruh. Untuk makluman di Kuala Tembeling ini juga bermulanya nama Sungai Pahang bila kedua sungai tersebut bertemu.
Sebaiknya slogan "Cintalah sungai kita" ini perlu dihayati bersama jangan sekadar orang kampung dan orang bawahan sahaja disuruh menyintai sungai.. yang duduk di atas sana... kena sama-sama mengambil tindakan yang sama... apalah sangat setakat orang kampung boleh mengeruhkan air sungai ? Jadi sama-samlah kita renungkan... Sungai juga suatu anugerah untuk jenerasi mendatang dan apakah ini yang kita hadiahkan nanti kepada anak cucu kita?


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<