[ UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG ]

28 Feb 2013

VIDEO : Artis Salih Yaacob Bangkang dari Longkang. Sudah Memakan Diri.


KUALA LUMPUR 27 Feb. – Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman YouTube berjudul Bangkang dari Longkang . Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad. Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot. “Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat. “Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.


AAP - Kesimpulannya daripada semua ini .. Kita berhak untuk support mana2 parti pilihan tetapi tidak bermakna kita boleh memperkecilkan, mempersendakan pihak lain. Betul dah bak kata pepatah cakap siang pandang-pandang... cakap malam jenguk-jenguk.. terlajak perahu boleh undur... terlajak kata susah nak kata...

Wassalam, Wa'allahhualam.

Utusan Catat Kerugian Sebelum Cukai RM15.50 Juta

Utusan Melayu (M) Bhd mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM15.50 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM16.356 juta pada tempoh yang sama sebelumnya.

Perolehan susut kepada RM349.19 juta berbanding RM366.55 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan Melayu berkata perolehan yang lebih rendah itu berpunca daripada segmen penerbitan dan pengedaran yang mencatat perolehan yang lebih rendah, sebanyak 8.6 peratus serta pelupusan sebuah unit dalam segmen percetakan.

Utusan Melayu berkata tahun ini akan terus mencabar untuk kumpulan itu berikutan saingan sengit dalam penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dalam kalangan media.

Bagaimanapun kumpulan itu akan terus memanfaatkan akhbar kompaknya, Kosmo, untuk perolehan iklan yang lebih tinggi. "Kami juga akan memanfaatkan segmen teknologi maklumat dan multimedia yang merekodkan perolehan yang meningkat sekali ganda tahun lepas.

"Segmen itu dijangka meningkatkan sumbangannya terhadap kumpulan itu," katanya. - Bernama

 AAP - Dulu-dulu teringat kat astora jabat :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Edisi Sengal: Ketagih Cium Seluar Dalam dan Bra

Kuantan: Gian menghidu seluar dalam dan coli wanita menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bertindak gila mencuri pakaian dalam berkenaan dari rumah sekumpulan pelajar perempuan di Kampung Selamat, di sini, sejak Januari lalu.

Perkara itu diakui sendiri remaja gila seks terbabit apabila turut mengirim sepucuk ‘surat cinta’ kepada pelajar perempuan berkenaan dengan menyatakan dia meminta maaf di atas perbuatan dilakukan dan memulangkan semula pakaian dalam dicurinya sebelum ini.
Dalam surat dikirim bersama segumpal pakaian yang dicuri itu, remaja lelaki terbabit tanpa segan silu memaklumkan dia berbuat demikian kerana terlalu gian menghidu pakaian dalam wanita.

Mangsa, Siti Syahirah Ali, 23, berkata, dia bersama tujuh rakannya yang lain menerima surat berkenaan bersama segumpal pakaian dalam itu yang dipercayai dilemparkan suspek di halaman rumah sewa mereka jam 1 pagi kelmarin.

Katanya, mereka berasa hairan dengan tindakan individu terbabit yang memulangkan pakaian dalam pernah dicuri itu. Sumber Berita

AAP - Moralnya jangan jemur perkara tersebut diluar rumah ! Mungkin pengamalnya juga telah tergolong  didalam salah satu cabang sakit mental juga nie gamaknya :( Kalau hak sendiri tak kisah sangat kut :) * Gambar sekadar hiasan

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

27 Feb 2013

JUALAN AIR JAMPI MENDAPAT SAMBUTAN.

Keghairahan segelintir masyarakat mempercayai keajaiban air rukyah atau air jampi yang dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit, menjadi bijak, mendapat jodoh mahupun naik pangkat wajar dipertimbangkan secara rasional diri masing-masing.

Kebanjiran produk bermotifkan air jampi dilihat memenuhi pelbagai premis termasuk farmasi, pasar raya, kios, butik serta individu sehingga ia bukan lagi perkara asing, sebaliknya seakan-akan telah menjadi sebahagian hidup sesetengah masyarakat.

Jualan air jampi dapat sambutan hangat kalangan pembeli berikutan ia boleh didapatkan dengan harga serendah RM1 sahaja.

Kebanyakan pembeli mengatakan mereka tidak perlu lagi bersusah payah habiskan banyak wang, masa dan tenaga semata-mata ingin mendapatkan rawatan bagi setengah penyakit. Tinjauan dan Sumber Selebihnya :  Sinar Harian 

Berat juga nie susah Tok Bomoh lain nak cari makan. :) Betul dah tu terkadang jual 'air tawar' lebih laris daripada menjual 'air manis'  :)


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

26 Feb 2013

AKU TAK KACAU ORANG, KALAU DAH MARAH MACAM NIE LAH JADINYA.

Hahahaha.... Sudah lari tak cukup bumi nak tunjuk terer sangat amik kau :) Hehehehe.... Kenangan juga melihat perkara ini kerana pernah di kejar dek ayam masa kecik-kecik dahulu :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Feb 2013

GEMPAR : PERNAH LIHAT IKAN BERKEPALA BABI ?

Pelik juga melihat ikan ini pasti namanya Ikan babi. Pernah jumpa atau terlihat ? Pasti belum, sebab saya sendiri pun tak pernah melihatnya. Kuasa dan ketentuan Allah semuanya tidak mustahil. Penulis sendiri tidak pasti jika gambar ini telah di edit atau sebenar-benar gambar. Jika benar pasti mengemparkan... tapi dimana ? dan apakah hukum memakannya? Sumber asal gambar ini diperolehi daripada Facebook.

Jika mahukan kepastianya anda kena cari dan selidiklah sendiri. Kerana kesahihan gambar ini tidak dinyatakan daripada mana sumbernya. Ikan berkepala babi ini  dipercayai telah ditemui di Palembang.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

24 Feb 2013

RUMPUT SARANG NAGA MENCEGAH BATU KARANG.

 Rumput Sarang Naga

Tahukah anda 'Rumput Sarang Naga' yang berada tengah gambar ini mampu memecah batu karang di dalam buah pinggang anda, jika ada. Carnya di rebus bersama seketul gula batu besar / gula batu ubat. Rumput ini tumbuh liar d kawasan berbukit dan mudah dicari. Sumber Facebook.

Penulis juga tidak mengetahui perkara ini. Selalu juga terlihat dan terserempak dengan pokok @ rumput ini tapi sayang tak tahu nama, apatah lagi kebaikan dan kegunaanya. Semoga menjadi pengetahuan dan info bersama bagi mereka yang mempunyai penyakit batu karang atau untuk memecahkan dan menyembuh penyakit batang karang bolehlah untuk mencubanya. Sejauh manakah keberkesananya tidaklah dapat dipastikan. Kemungkinan ditempat lain, mungkin lain namanya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

BENTUK BASIKAL DAHULU VS BASIKAL MASA DEPAN.

Dulu orang berkata motor akan menggantikan basikal. Namun, seiring perubahan masa, basikal tetap tidak digantikan. Basikal tetaplah basikal dengan bentuknya yang normal. Dan terus berlaku perubahan demi perubahan seiring dengan teknologi semasa.

Bagi anda pecinta basikal, mungkin akan bertanya-tanya bagaimana evolusi basikal di masa depan? Baru-baru ini nCycle, sebuah basikal elektrik, diciptakan. Basikal nCycle dipercayai sebagai basikal di masa depan. Basikal nCycle menawarkan reka bentuk yang ramping, ringan dengan cangkang kosong.  


Basikal ini juga mempunyai ciri-ciri keselamatan, NLock. Ciri-ciri ini mengintegrasikan sistem-kunci ke handle bar membolehkan untuk pilihan yang selamat, mudah alih dan ringan. Di laporkan daripada forum.viva.com.
 

Ciri-ciri lain, basikal ini mempunyai lampu yang terintegrasi, built-in speaker dan skrin hologram pada setangnya. Untuk kemudahan menyimpan dan membawanya ke pejabat, atau kemana jua. Basikal nCylcle didakwa boleh dilipat dalam masa 2 saat sahaja. Bagi anda yang tertarik, dengan basikal nCycle ini. Ianya akan dijual mulai dari harga 4.000 dollar AS. Boleh tahan dekat 12,000 duit Malaysia.


Dan ini adalah basikal kita dahulu yang tidak mengira peringkat umur untuk membawanya jatuh bangun berlajar dan terus belajar untuk membawanya. Dan di hari ini anak-anak kita amat bertuah kerana basikal dipadankan mengikut usia mereka.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Semakan Keputusan SPM Secara Online dan SMS

Keputusan SPM 2012 yang akan dikeluarkan pada 20 Mac 2013 bersamaan hari Sabtu. Anda boleh menyemak di sekolah masing-masing. Sesiapa yang tidak berkesempatan untuk datang ke sekolah, anda boleh menyemak secara online atau pun SMS.


Semakan Secara online http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
Semakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Taip SPM <no kad pengenalan>jarak<no.angka giliran> hantar ke 15888

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PERHATIAN : JIKA ANDA TELAH DI HUBUNGI NOMBOR INI !

Adakah anda pernah menerima panggilan dari +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375 atau +371 atau 081, hanya dengan satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan "missed call" ?

Jika anda membuat panggilan semula ke nombor tersebut, anda akan dicas sebanyak $15-$30, dan semua senarai contact anda akan disalin dalam masa 3 saat.

Jika anda mempunyai maklumat akaun bank dalam telefon pintar anda, mereka boleh menyalinnya. Kod +375 atau 371 dari Belarus dan kod +371 dari Latvia. Penting !! Anda jangan sesekali menjawab atau membuat panggilan balik ke atas nombor-nombor tersebut.

Semoga menjadi pedoman dan pengetahuan bersama. Sejauh mana kebenaranya tidak dapat dipastikan. Sumber asal daripada Facebook.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

22 Feb 2013

12 ADAB, PETUA DAN PANTANG LARANG JIKA BERADA DI SUNGAI

Pantang Larang Orang Melayu bila kita berada di Sungai
( Bagi tujuan memancing menjala dan sebagainya.)

1. Jangan bercakap besar.

2. Mulut jangan celupar bertanya berbagai perkara yang berkaitan didalam sungai. (Contoh : Kalau nama lubuk tersebut lubuk keledek jangan ditanya sebesar manakah keledeknya)

3. Jika tiba-tiba hujang panas terjadi naiklah ke tebing terlebih dahulu.

4. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring atau arus sungai yang tidak menentu kemungkinan boleh membawa kecelakaan.

5. Kebiasanya di mana ada lubuk udang disitulah lubuk buaya.

6. Jika pertama kali anda memancing disesuatu tempat terus di sambar dek ikan tilan. Alamat rezeki anda mungkin sudah tiada disitu. (kebiasanya ikan jenis ini akan mengacau ikan lain didasarnya)

7. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, kemungkinan ada buaya sedang mengawan. Dan juga jika terdapat bau hanyir dan ada gelombang udara kecil dipermukaan air. Silalah beredar daripada situ. kemungkinan besar terdapat buaya didasarnya.

8. Dilarang bawa limau purut, dan cicak lebih-lebih lagi jika dicampakkan kedalam air nanti dibaham buaya.

9. Jika terdengar sebarang suara waktu Maghrib, kemungkinan kawasan itu agak keras. ( Kalau lemah semangat sebaiknya beredarlah terlebih dahulu). (Solatlah dahulu)

10 Umpan dan joran kail atau batang pancing jangan sesekali dilangkah alamat pendek rezeki.

11. Penting juga jika anda berada di sungai anda tidak memakai baju berwarna garang kerana mungkin banyak kesan langsung dan risikonya.

12. Jika jala anda telah tertebar dan telah dimasuki labi-labi, kura-kura, tuala wanita atau seluar dalam. Alamat jala tersebut sudah tidak boleh diguna pakai lagi sudah mendatangkan sial atau suel pada jala tersebut.

Apa pun ini adalah sekadar amalan dan petua sahaja. Semuanya adalah kehendak dan ketentuan Allah jua. Sumber Disediakan Oleh : akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TARIKH PEMBUBARAN PARLIMEN DAN DUN | PENAMAAN CALON | HARI PENGUNDIAN

Mungkin proses untuk semua itu mengambil masa sehingga 4 minggu.

i. Writ dan notis - dikeluarkan dalam masa tidak terdahulu 10 hari tidak melebihi 30 hari daripada tarikh kekosongan.
ii. Tarikh penamaan calon - tidak kurang daripada 7 hari selepas writ dan notis dikeluarkan.
iii. Tarikh pembuangan undi - tidak kurang daripada 10 hari selepas penamaan calon.
* Berdasakan laporan sebelum ini.

Sarananya undilah calon yang logik dan jujur serta masuk akal. Pasti mempunyai latar belakang yang baik tanpa ada sebarang rekod buruk sebagai seorang peminpin. Undi adalah rahsia yang paling penting undi adalah hak kita. Tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak. Jom bersama menunaikan tanggungjawab kita.

Wassalam, Wa'allahhualam.

21 Feb 2013

GAMBAR : HANYA DI JERANTUT

 
Pelik dan agak hairan juga... jangan ingat di tempat lain...  Gambar hanya di Jerantut nak komen lebih-lebih karang tak kena pulak... pendek kata sendiri mahu ingat... pasti keadaan ini amat membahaya dan boleh mengundang padah. Walaupun jalan disana tidak sesibuk dilaluan biasa tetapi harus diingat "malang itu tidak berbau". Lokasi menghala ke belakang Hospital Jerantut. "Pandu cermat jiwa selamat".

Penulis tidak dapat mempastikan sama ada tiang lektrik tersebut sudah di alih ke tempat lain atau masih berada disitu. Sebab penulis agak lama juga sudah tidak melalui jalan tersebut. Sumber gambar daripada Facebook.

Wassalam, Wa'allahhualam.

KISAH DISEBALIK KONTROVERSI PUTUS TUNANG FIZZ FAIRUZ

Lanjutan daripada kisah bertunang dengan isteri orang "FIZZ FAIRUZ PUTUS TUNANG  DENGAN ISTERI ORANG"  Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan.

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an. Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.

Semalam media melaporkan Fizz Fairuz berasa tertipu dengan tindakan seorang wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin sebelum mereka bertunang di Kuantan, Pahang. Namun, selepas empat hari bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang setelah dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu lalu terus memutuskan hubungannya, Ahad lalu. Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian adalah kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia adalah kesilapan saya kerana bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua). “Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” katanya memaklumkan sudah berjumpa pelakon itu di Subang Jaya, Sabtu lalu dan menceritakan segala-galanya.

Menurut sumber, selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara. Ramli juga memberitahu, walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepas bimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama. “Saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan kepada dia walaupun saya sentiasa sibuk,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan.

Menceritakan percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk keluar bersama. “Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” katanya. Kata Ramli, keluarga wanita itu turut tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana isterinya tidak pernah memaklumkan mengenai perkahwinan mereka. Menurutnya, wanita itu kini masih isterinya yang sah biarpun perkahwinan di Thailand tidak didaftarkan. -Info Artis @ forblogger.net

Sunyilah gamaknya si isteri itu bagaikan bergantung tak bertali, simpati kepada mereka bertiga.... sampai boleh hilang ingatan si isteri... gamaknya siapa nak disalahkan?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

20 Feb 2013

FIZZ FAIRUZ PUTUS TUNANG "ISTERI ORANG"

Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.[metro]

Biodata Fizz Fairuz
NAMA SEBENAR: Mohd Fairuz Zainal Abidin
TARIKH LAHIR: 22 Oktober 1979
TEMPAT LAHIR: Raub, Pahang
KERJAYA: Pelakon dan Usahawan Restoran
STATUS: Bujang

AAP- Alahai ada juga terjadi macam ini... nak buat macam mana nasib.... sabor ajelah.... yang isteri orang tu... tak kan tak tahu... status dia apa celaru juga... pelan-pelan kayuh Fizz Fairuz.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

19 Feb 2013

AL-FATIHAH BUAT SAHABAT BLOGGER ABELI ROSLI

Assalamualaikum... Seorang sahabat facebook dan juga salah seorang sahabat blogger Saudara Abeli Rosli  @ tokjoro.blogspot.com telah kembali ke rahmatullah setelah mengalami kecederaan akibat kemalangan jalanraya di Kampung Temin Jerantut pukul 11.00 malam tadi. Alfatihah dan takziah daripada kami kepada keluarga Abeli Rosli. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Jenazah akan dikebumikan di Batu Balai Jerantut tengah hari ini 19.02.2013 - Sumber Facebook
 Kereta yang terlibat didalam kemalangan tersebut.
Innalillahiwainnahilahirajiun. AL-FATIHAH بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ ◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ. Amiin

Wassalam, Wa'allahhualam.

 

INFO MENGENAL BULU BABI YANG DIJADIKAN BERUS !

Terkadang mungkin dikalangan kita kurang mengambil berat tentang persoalan berus apa yang kita gunakan. Untuk membuat lukisan mahupun di gunakan bagi tujuan alatan masakan dan sebaginya. Disini sekadar untuk dijadikan info dan pengetahuan, yang baik kita jadikan pedoman dan pengetahuan bersama.

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu babi @ khinzir perkara ini adalah disebabkan kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah. Jom kita perhatikan.

Ciri-ciri bulu Babi @ Khinzir:
1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.
Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi. Sumber asal : Kisahemasputih.com


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

18 Feb 2013

TERKINI GAMBAR DAN VIDEO KES PENDERAAN BAYI OLEH AMAH DI KUANTAN.

PILU… Nina Suraya, 24, mengenangkan nasib anaknya Mohamed Hareez empat bulan yang didera pembantu rumah ketika tinjauan fotoBernama di Kuantan, hari ini. Menurut Nina anaknya Hareez yang dahulu aktif sekarang hanya banyak tidur selepas dilambung di ruang tamu sehingga terjatuh oleh pembantu rumah yang baru bekerja satu hari di rumahnya di Bukit Setongkol semalam. Pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010. - BERNAMA Saksikan video penuh dibawah ini :
Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010.

"Suspek ditahan sejak 15 Februari lepas. Pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Pada 15 Februari lepas, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.

Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada 7.45 pagi.

Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.Bayi itu kini dirawat di hospital berkenaan dan dilapor dalam keadaan stabil. - BERNAMA

AAP - Saranan pada mereka yang berkeinginan untuk mengambil pengasuh anak-anak lebih berwaspada perlu selidiklah terlebih dahulu latar belakang mereka. Supaya tidak berulangnya perkara yang sama kesian dan simpati terhadap anak-anak. 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

17 Feb 2013

KOLEKSI GAMBAR PAHLAWAN DAN PAWANG PAHANG

Haji Pawang Nong Taib Bin Santan
 
Pawang Haji Mohammad Bin Mukim Sam

Wajah-wajah diatas adalah diantara mereka-mereka yang sangat hebat dan tersohor didalam sejarahnya. Mereka  juga terkenal sebagai Pahlawan dan Pawang terkenal di Pahang di suatu ketika dahulu. Pastinya bukan sahaja tersohor,  mereka-mereka juga mempunyai kelebihan serta kehebatan Ilmu kebatinan serta kepandaian di dalam perubatan tradisinol melayu ( Pahlawan Pawang atau Bomoh yang tersohor) dan sebagainya.

Pasti mereka yang terdahulu amat mengenali mereka ini. Kerana mereka telah banyak berkorban dan memberikan sumbangan bakti pada seluruh masyarakat setempat. Dan nama-nama mereka terus gah dipersada dan tetap dikenang. Walaupun sudah tiada.  Adalah difahamkan mereka diatas ini mempunyai ikatan persaudaraan dan memiliki kehebatan yang tiada galang gantinya. Alfatihah buat mereka yang telah banyak berjasa dan berbakti pada daerah dan negeri ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

14 Feb 2013

20 FAKTA MENARIK YANG KITA TAK TAHU

1) Kuda belang boleh berlari pada kelajuan sehingga 40 mph
2) Burung kakak tua akan muntah atas pemiliknya untuk menunjukkan keakraban dan kasih sayang yang mendalam
3) 1 panahan kilat bersamaan dengan 10 hingga 100 juta volt & 30,000amp elektrik.
4) Restoran Mc Donald's yg terbesar adalah di Beijing, China - berukuran 28,000 kaki persegi dan mempunyai 30 kaunter.
5) Jepun adalah negara yang paling terdedah kepada gempa bumi di antara semua rantau di dunia. Setiap tahun lebih kurang 1,500 gempa bumi direkodkan.
6) Burung flamingo hanya boleh makan apabila kepalanya dalam keadaan terbalik (ke bawah).
7) Kleptomania adalah ketidakupayaan untuk menahan diri dari keinginan untuk mencuri atas sebab-sebab selain daripada kegunaan peribadi atau keuntungan kewangan
8) Jika seekor koala mati, koala lain tidak akan berpindah ke dalam wilayahnya sehinggalah bau koala yg mati itu hilang
9) Bahagian laut yg paling dalam adalah 35,815 kaki di dalam Marina Trench di Lautan Pasifik. Pada kedalaman tersebut tekanan air adalah 18,000 pound/ inci persegi
10) Burung merpati dewasa mempunyai lebih kurang 10,000 helai bulu.
11) Badak betina beranak cuma 3 tahun sekali.
12) Tikus membiak begitu cepat dan di dalam 18 bulan, dua ekor tikus boleh membiak kepada lebih dari 1 juta ekor.
13) Seekor siput boleh tidur sehingga 3 tahun lamanya
14) 300 juta sel mati di dalam badan manusia setiap minit
15) Katak wujud di seluruh dunia kecuali Iceland dan Antartika.
16) Otot yang paling kuat dlm badan manusia adalah otot 'masseter' yang digunakan apabila kita mengunyah makanan.
17) tulang peha manusia adalah lebih kuat dari konkrit.
18) Astronout tidak boleh sendawa di angkasa. ini kerana tiada graviti yg dpt mengasingkan cecair dgn gas dlm perut mereka.
19) Harimau bintang boleh melompat jauh pada jarak 25kaki dan boleh melompat ke atas setinggi 10kaki
20) Setiap semut mempunyai 2 perut, satu utk simpanan makanan ia sendiri dan satu lagi utk dikongsi dengan semut lain. Sumber Cari.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

13 Feb 2013

INFO DAN MISTERI SUSUK


Sekilas tentang susuk
Susuk memang controversial, sebetulnya apa dan bagaimana susuk itu sesungguhnya. Perbuatan susuk ialah memasukkan sesuatu bahan kedalam badan untuk mendapatkan sesuatu kelebihan dan menutupi kekurangan.

Pelbagai jenis bahan bias digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Pemakai susuk biasanya mempunyai beberapa pantangan seperti tidak boleh memakan beberapa bahan tertentu seperti pisang tanduk, pisang emas, tidak boleh melintas di bawah tali jemuran dan lain-lain, bergantung kepada jenis susuk yang dipakainya.

Terdapat pelbagai jenis susuk yang umum digunakan: -
• Susuk Emas
• Susuk Perak
• Susuk Besi / baja
• Susuk Raksa
• Susuk Berlian
• Susuk intan
• Susuk mutiara
• Susuk gotri / pelor
• Susuk gabah ketan / beras
• Susuk galih kayu
• Susuk dari bahagian tertentu haiwan
• Dll, sebagai inovasi dan penemuan / penciptaan kreasi baru.
Manfaat
- Pemakai susuk percaya bahawa susuk itu akan membantu mereka menjadi
bertambah cantik, bertambah berani, semakin dikasih, semakin manis, dan lain-lain menurut susuk yang dipakai.
- Susuk sama halnya seperti pada pusaka2 bertuah, yang dapat memberikan pengaruh tertentu kepada pemiliknya, sehingga memakai susuk kurang lebih sama seperti pada tuah kepemilikan pusaka.
- Dahulu, susuk kebanyakan dipakai putera-puteri bangsawan untuk meningkatkan pamor mereka pada kalangan tertentu. Sehingga awal pengetahuan susuk adalah hal yang sangat rahsia sekali untuk pengambilan exclusive.
- Susuk mampu menutup kekurangan pada tubuh kita tanpa merobah fisiknya.
Bahkan dibuktikan sesuatu kelemahan penampilan organ tubuh yang misalnya cacat, malah dengan susuk dapat dibuat menjadi sangat menarik. Kekurangan berobah menjadi kelebihan.
- Susuk, mampu menimbulkan semangat kembali di kalangan suami isteri yang sudah tak bergairah, sehingga mampu mencegah perselingkuhan.
- Susuk mampu mengubati masalah frigiditas / rasa sejuk dan hilang nafsu seksual pada seorang wanita.
- Susuk dengan cara tertentu juga mampu mengatasi masalah impotensi bagi lelaki
- Susuk juga mampu membuat penampilan kulit menjadi lebih elastis dan mencegah penuaan, keriput, dan kelemahan tulang.
- Peletakan susuk secara professional sama halnya seperti pada amalan akupuntur, iaitu sebagai support penyelarasan tenaga penyembuhan dan kekuatan kaitannya dengan pusat-pusat tenaga dalam tubuh. Teknik susuk sebenarnya adalah subfokus dari pengetahuan tentang refleksi dan akupuntur.
- Di samping manfaat untuk kewibawaan, dan juga kesaktian / kekebalan, susuk mampu juga untuk membuka mata ketiga, sehingga dapat melihat hal-hal yang kasat mata.
Kelemahan
- Pemakai susuk terpaksa mematuhi pantang-larang tertentu. Jika terlanggar
pantangan, susuk itu akan keluar dengan sendirinya dan menjadi tawar.
- Susuk ini terpaksa dibuang, sebaiknya oleh yang memakaikan susuk, ataupun
melalui cara yang di ajari.
Larangan
Antara makanan yang menjadi pantangan pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk.)
• Labu air
• Pisang Tanduk
• Pisang emas
• Sate tusuk
• Jantung pisang.
• Dll, sesuai petunjuk yg memasang.
Antara perbuatan yang menjadi pantangan pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk.)
• Melalui bawah tali jemuran pakaian
• Melalui di bawah tangga / rumah
• Melalui di bawah pohon kelor
• Di lempar bantal
• Minum air penawar.
Pemasangan Susuk.
Ada beberapa cara pemasangan susuk secara umumnya dan secara khusus
• Pertama, dengan cara disusukkan / ditanam pada bahagian tubuh tertentu.
• Kedua, dengan cara di loloh, yakni ditelankan atau diminum.
• Ketiga ada pula dengan cara gaib, yakni piranti2 susuk masuk secara ghaib dan misteri ke bahagian badan yang diingini. Hal ini hanya dapat dilaksanakan oleh mereka2 yg telah mumpuni benar dalam bidang susuk. Amalan ini sudah mirip seperti melaksanakan santet.
• Ke empat dengan cara dilamurkan / dilulurkan Hal ini ialah menggunakan sarana serbuk / bubukan emas, intan, berlian, mutiara, dlsb.

Lokasi pemasangan Susuk.
-Diantara dua alis mata
-Pada pipi wajah
-Dagu / sudut bibir
-Tengkuk
-Bawah dada kanan-kiri / payudara.
-Punggung kanan-kiri
-Pinggul kanan-kiri
-Lengan kanan-kiri
-Telapak tangan kanan-kiri
-Bawah pusar
-Kemaluan
-Paha kanan-kiri
-Betis kanan-kiri

Budaya Susuk
Selama ini kita mengenal budaya susuk hanyalah popular di tanah Jawa saja,
Padahal daerah lainpun juga sangat mengenal budaya ini.
Susuk dikalangan suku melayu.
Etnik melayu dahulu, menggunakan susuk dari bahan rempah2 dan bunga2an
Suatu contoh yakni; lada, ketumbar, bawang, bunga kenanga, melati, mawar, dll
Bahkan kalangan suku melayu di Medan sangat mengenal dengan saranan pekasih susuk air emas, yang termasuk dari bahagian susuk cair untuk lamuran.

Susuk di Kalimantan
Banyak rumah2 adat atau rumah-rumah kebesaran, tiang pasak rumahnya disusuk dengan menggunakan intan. Hal ini diyakini untuk menguatkan daya tahan rumah, dan menimbulkan kesan damai dan selesa / sejuk pada penghuni rumah. Demikian juga dengan tempat2 perniagaan, kebanyakan disusuk emas pada lokasi pintu masuknya.

Susuk di Indonesia bagian timur
Kita pernah mendengar tentang mutiara hitam. Mutiara hitam ini jika dijadikan serbuk dan serbuk lalu ditelan, diyakini mampu untuk memulihkan dan menaikkan kejantanan seorang laki-laki. Dengan kata lain sebagai cara rawatan mati pucuk dan atau lemah syahwat. Sumber : dayanabahazelan.blogspot.com

Susuk adalah sesuatu yang haram dan salah disisi agama islam. Kerana pasti perkara ini boleh membawa kita ke jurang kesyirikan iaitu menyekutukan Allah. Kesimpulanya kita meminta bantuan pihak lain, selain daripada Allah. SWT. Sebaiknya kita sama-sama menjauhi amalan syirik ini. Ingatlah jika si pemakainya tidak sempat untuk mengeluarkan susuk dan bertaubat sebelum ajalnya kematiannya kelak mungkin amat sukar.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

KLIK DAN DAPATKAN INFO SELANJUTNYA!

SENARAI ENTRI TERKINI DAN POPULAR :

ARKIB ENTRY BLOG AKU ANAK PAHANG

KOMEN TERKINI

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading