Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

25 Nov 2013

GAMBAR KEMALANGAN SUPERBIKE MOTORSIKAL BERKUASA TINGGI DI KARAK PAHANG

 
 

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terbabas di Lebuhraya Karak, siang tadi. Kemalangan berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi, di Kilometer 49.2,

Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur, berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bukit Tinggi, Pahang. Siasatan awal polis mendapati, motosikal berkuasa 1000 CC jenis BMW ini dipercayai hilang kawalan sebaik melalui satu selekoh tajam.

Lalu melanggar besi penghadang lebuhraya menyebabkan penunggangnya tercampak dan maut di tempat kejadian.

Kemalangan itu turut menyebabkan motosikal mangsa terseret sejauh 20 meter sebelum terbakar. Mangsa dikenali sebagai Alif Lee Soon Han, 38 tahun, berasal dari Bandar Damansara, Kuantan, Pahang.

Alif sebelumnya berkonvoi bersama empat lagi rakannya dari Kuantan menuju ke Pusat Peranginan Genting Highlands. Mayat dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 - TV9 :  Sumber Cari.com

AAP - Alfatihah, banyak faktor penyumbang kemalangan ini selain daripada takdir semata-mata. Kemungkinan penunggang juga tidak mahir sepenuhnya dengan motor berkuasa tinggi ini . Faktor jalan raya  mungkin juga menyumbang terjadinya kemalangan ini. Berkemungkinan motor berkuasa tinggi ini tidak sesuai digunakan di jalan raya kita. Tidak dapat tidak motor berkuasa tinggi ini dipandu terlalu laju. Sehingga hilang kawalan penunggangnya ini adalah faktor utamanya. Moralnya berhati-hatilah ketika membawa motor berkuasa tinggi ini. Patuhilah had laju yang dibenarkan. Aironinya tidak pernah dilihat lagi motor superbike ini dipandu pelahan kerana ianya motor berkuasa tinggi mesti kena bawak laju. :(

Entri berkaitan:  RELEVANKAH JIKA ANDA INGIN MEMILIKI SUPERBIKE ?

Wassalam, Wa'allahhualam.

3 ulasan:

  1. mmg byk sgt superbike lalu jln karak ni...bahaya2

    BalasPadam
  2. tempat yg sama kemalangan pasangan tentera dan anak sorang tengah bulan lepas...

    ahad mlm tu pun ade wira satu rosak betul2 tengah jalan... boleh berenti n double signal je... rasanya driver nak kuar pun tak berani sbb mlm tu kete mmg byk hala ke KL... tapi agak bahaya jika pemandu lain tak perasan kereta tu sebenarnya berhenti... sbb jln mendaki n lurus... mmg tgh tekan minyak...

    BalasPadam
  3. Berada di tempat kejadian.. ngeri..

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...