Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

29 Okt 2013

JUALAN TIKET PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA ANTARA PAHANG DAN KELANTAN DIJUAL MULAI ESOK. HOGOH PAHANG HOGOH !

KUANTAN: Sebanyak 30,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang diperuntukkan untuk penyokong Pahang akan dijual mulai esok.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Fuzzeimi Ibrahim berkata penjualan di Stadium Darul Makmur akan bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang.


"Kita akan membuka lapan kaunter penjualan tiket di Stadium Darul Makmur bagi mengelak berlakunya kesesakan serta perkara-perkara yang tidak diingini.

"Pembukaan kaunter berkenaan juga termasuk satu kaunter penjualan tiket yang dikhaskan untuk kanak-kanak dan harga tiket yang ditetapkan untuk dewasa adalah RM40 manakala RM5 bagi kanak-kanak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi pembeli tiket yang datang dari luar daerah Kuantan, mereka hanya dibenarkan membeli 40 keping tiket sahaja untuk satu rombongan, namun sekiranya rombongan itu menunjukkan resit penyewaan bas mereka, pembelian melebihi kuantiti itu akan dipertimbangkan.

Fuzzeimi menjangkakan penjualan akan habis dalam tempoh satu jam.

Katanya bagi penyokong di luar Kuantan, mereka boleh menghubungi Persatuan Bola Sepak Daerah masing-masing yang telah dibekalkan tiket untuk dijual.

"PNBP telah mengagihkan kepada 12 persatuan daerah di seluruh Pahang yang merupakan ahli gabungan untuk jualan tiket perlawanan akhir berkenaan," katanya.

Beliau berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan sebanyak 75,000 tiket perlawanan akhir Ahad ini, masing-masing 30,000 keping tiket bagi persatuan bola sepak Pahang dan Kelantan dan 15,000 tiket lagi akan dijual di Stadium Shah Alam, Selangor selaku venue perlawanan.

Dalam pada itu katanya, PBNP juga akan berbincang dengan pasukan keselamatan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta kawalan keselamatan ketika penjualan tiket di Stadium Darul Makmur esok. -

Serentak dengan penjualan tiket di Kelantan dan Pahang, FAM juga akan turut melaksanakan penjualan tiket di Stadium Shah Alam Rabu ini bermula jam 9 pagi. “Harga tiket adalah RM45 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Bernama
Gamoknya kabor dek Siti Nurhaliza "Hogoh Pahang hogoh" :) Semoga pasukan Pahang akan mencipta sejarah baru nanti... akhir kata semoga pasukan tok gajah kita akan beroleh kejayaanya kelak! Kalau ada yang bertanya apa maksud "hogoh" lebih kurang maknanya "gegar" didalam bahasa malaysia standartnya. :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...