Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

1 Ogo 2013

MITOS PELANGI DIMANA HUJUNG KAKI PELANGI?

Kita sering melihat warna pelangi yang melengkung seperti lengkok di langit, pasti akan ada hujung yang jatuh di satu bahagian kaki langit. Itulah hujung atau kaki pelangi. Memang tak semua pelangi membentuk gerbang sempurna di langit, bergantung kuantiti titik-titik air dan hasil refleksi oleh biasan cahaya matahari.

Banyak cerita dongeng yang dikaitkan dengan pelangi ini antaranya mitos orang melayu kita kalau kita tunjuk tangan jadi kudung hanya cerita dongeng semata-mata :) L
egenda tentang pelangi banyak muncul dalam cerita dan mitologi di beberapa bahagian dunia dengan bermacam kepercayaan tentangnya. Contoh dalam kebudayaan Romawi, pelangi adalah penghubung dunia dengan syurga. Dalam mitologi Nordik, bifrost adalah sebuah jambatan yang menghubungkan midgard (dunia manusia) dengan asgard (dunia para dewa), lalu dalam mitologi Ireland, di hujung pelangi adalah tempat dimana leprechaun menyimpan semua emasnya.

Pada kumpulan gambar di bawah ini, kita akan melihat kaki-kaki pelangi. Jadi bukan mustahil melihat hujung pelangi. Kalau anda berkesempatan melihat hujung pelangi, kejar dan mungkin boleh mendapat gambar yang menakjubkan.
 
 
 
 
 
 
Teringat juga akan bait-bait kata ini “Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat... kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMISMATIK JUAL BELI

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<