Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

6 Ogo 2013

KADAR BAYARAN SAMAN DAN KOMPAUN KESALAHAN TRAFIK

Berikut adalah kadar terbaru kompaun saman trafik bagi kesalahanan diatas jalan raya yang mula berkuatkuasa mulai 1 Mac 2011.

1. Kategori Pertama : Kesalahan yang menjadi penyumbang utama kemalangan, keselamatan, pengguna, kesesakan lalu lintas dan perkhidmatan pengangkutan awam. Kadar kompaun – RM 300 , tak ada kompaun

Contoh Kesalahan :
* Memandu laju melebihi 40km/j dari had yang dibenarkan.
* Melanggar lampu isyarat merah
* Tidak memakai tali pinggang keledar
* Memotong Q
* Menggunakan lorong kecemasan
* Pemandu teksi tidak menggunakan meter

2. Kategori Kedua: Kesalahan berkaitan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal pada kenderaan yang boleh menyumbang secara aktif kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.
Kadar kompaun – Bayar dalam tempuh 1-15 hari selepas dapat saman RM150, antara 16-30 hari RM 200 dan antara 31-60 hari RM 300. Bagi mototsikal bawah 250cc, RM 100, RM 150 dan RM 300.

Contoh Kesalahan :
* Memandu laju – lebihan kelajuan kurang dari 40km/j dari had yang ditetapkan
* Membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan
* Tiada lesen memandu
* Berhenti dipetak kuning
* Tidak mematuhi isyarat “No Entry”
* Brek tidak efisyen

3. Kategori Ketiga: Kesalahan teknikal pada kenderaan yang secara pasif boleh meningkatkan risiko kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.
Kadar kompaun – 1-15 hari RM100, 16-30 hari RM 150 dan antara 31-60 hari RM 250. Bagi motosikal bawah 250cc – RM 50 , RM 100 & RM 150.

Contoh Kesalahan :
* Lampu tidak menyala
* Lampu brek tidak berfungsi
* Tidak memasang lampu
* Tidak memasang cermin sisi
* Membawa barang di dalam kenderaan yang tidak bersesuaian

4. Kategori Keempat: Lain-lain kesalahan selain daripada di atas yang tidak menyumbang kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.
Kadar Kompaun – 1-15 hari , RM 70 , 16-31 hari – RM 120 & 31-60 hari RM 150. Motosikal bawah 250cc RM 40, RM 70 & RM 120.

Contoh kesalahan :
* Plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi
* Lesen memandu tamat tempuh
* Tidak hadir pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan barangan
* Tidak membuat tukar milik
* Tidak mempamerkan plat ‘P’

Sumber :  www.melvister.com

AAP - Moralnya patuhilah undang-undang jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat. Penting juga, kita tidak menyusahkan pihak lain daripada tindakan kurang bijak kita ketika memandu.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

1 ulasan:

  1. Semua untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya..

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...