Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

11 Jul 2013

GAMBAR KLASIK : FOTO TERAWAL DI NEGERI PAHANG 1888

 

FOTO TERAWAL DI NEGERI PAHANG 1888

Foto pertama yang dirakam di negeri Pahang adalah sewaktu lawatan High Commisioner British ke Tanah Melayu, Sir Clementi Smith ke pahang untuk mengadap Sultan Ahmad Muazzam Shah pada june 1888, sebelum itu dipahang tiada wujud atau rekod mengenai apa2 pun photo mengenai negeri pahang- foto asal Arkib Negara Malaysia.


Difahamkan semasa foto ini diambil istana terentang belum dibina, foto ini diambil berhampiran istana rupa iaitu, diatas tapak makam diraja pekan lama sekarang dahulu termasuk masjid sultan ahmad shah pekan lama dan sekolah arab lama adalah tapak istana-istana. Diantaranya istana rupa, istana gedong, istana pantai,balai gambang, istana kuning,istana kecik, istana mangga tunggal dan lain-lainya.


Sejarah Campurtangan British di negeri Pahang

Foto terawal dirakam di negeri Pahang sewaktu lawatan Sir Clementi Smith ke Pekan untuk Mengadap Sultan Ahmad Muazzam Shah pada Jun 1888.

Duduk di bawah: Wakil British_______?, Wakil Pahang_______?, Wakil British_______?, Frank Swettenham, Tok Panglima Dalam Hitam Abdullah dari keturunan Pengiran Bagauddin Brunei yg merantau ke pahang, Wakil Pahang_______?

Duduk dikerusi: Wakil British_______?, Engku Muda Wan Mansur ibni al-Marhum Dato’ Bendahara Paduka Raja Tun Ali, Tengku Mahmud ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah (Tengku Besar), Sir Clementi Smith (Pesuruhjaya Tinggi British), Sultan Ahmad Muazzam Shah ibni al-Marhum Dato’ Bendahara Paduka Raja Tun Ali, Hugh Clifford, Tengku Ali ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah (Tengku Muda).

Berdiri diantara Sultan Ahmad dan Hugh Clifford adalah Tengku Abdullah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah (kemudiannya Sultan Pahang 1917-1932)

Gambar asal - Arkib Negara Malaysia (Muzium Pekan), keterangan gambar – Ku Nain (Zulkarnain Ismail).

Gambar masih dalam proses penyelidikan, sebarang kesilapan fakta dan warna adalah tidak disengajakan.
Sumber-  Facebook Gambar Klasik Pahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

6 ulasan:

  1. x de yg kome kenalnye heheeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nie pangkat Tok Moyang dan Tok Moyet :)

      Padam
  2. ni dlm tahun brapa dan zaman sapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak dapat di pastikan... sama ada pada tahun 1888 atau lebih.

      Padam
    2. Adakah ni zaman mat kilau atau sbelumnya lg?

      Padam
  3. ada pihak dakwa gambar di atas (gambar pertama) dirakam di Seberang Perai, Penang dan mendakwa individu duduk empat dari kanan bersongkok ialah Yang Dipertuan Kedah?
    Mohon penjelasan Tuan AAP.

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!