Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

16 Mei 2013

PERKAHWINAN MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN BERSAMA NIK SURYANI MEGAT DERAMAN

Mohd Saiful Bukhari Azlan akhirnya akan menamatkan zaman bujangnya dengan wartawan penyiaran TV3, Nik Suryani Megat Deraman.
 
Mengesahkan berita berkenaan, Nik Suryani berkata majlis pernikahan beliau dan Mohd Saiful akan diadakan pada 25 Mei ini di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

Mohd Saiful Bukhari, 28, dan Nik Suryani, 33, telahpun bertunang pada 20 Oktober tahun lalu.

"Kami sudahpun bertunang pada Oktober 2012, majlis hanya diadakan secara kecil-kecilan yang dihadiri keluarga terdekat," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Mohd Saiful Bukhari sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pernah diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.

Beliau adalah bekas pembantu peribadi Anwar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut tahun lalu.

Namun begitu kes tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja kerana Pejabat Peguam Negara telah membuat rayuan berhubung keputusan kes itu.

Oleh yang demikian, Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar itu. -Mstar

AAP -  Tahniah dan Selamat Pengatin Baru.  Semoga ada perubahanya kelak selepas bernikah nanti Tuan Haji :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

6 ulasan:

  1. tahniah.
    slmat pengantin baru

    Aap.. thanks syaring. ayu xtau pun. hehhe

    BalasPadam
  2. Mengapa nik suryani memilih untuk kahwin dengan saiful? Adakah kerana dia suka saiful yang dikatakan sebagai gay? Adakah dia suka suami yang melakukan liwat? Jelas bahawa ini kerana duit semata2. Dari mana saiful dapat duit yang berjuta-juta? Fikir-fikirkanlah......Selepas nik suryani berkahwin dengan saiful,dia akan jadi jutawan terus...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu smua blakang crita la kawan .. lu nie mesti DAPat duit untuk komen macam nie kan!! slalu nyer pembkang tuduh org BN buat crita longkang , ko pon sama je 2x5 .. serupa anjing kencing d kaki sendiri :P hihihi

      Padam
    2. lulz.. xyah nak hasut org sgt la.. komen lari trus dr tajuk.. biarla die nak kawen dgn sape.. bukan pakai duit ko pun.. dah die suke.. dr die buat maksiat x tentu hala baik la die kawin.. ade org nak jage die...

      Padam
    3. thank god i am muslim and i was taught to think good and positive about others..if you don't have something better to said about other's happiness,stop being a human..maybe it will make u feel better...shame on u...

      Padam
  3. Persoalan yang menarik saya fikir. Namun ketentuan dan kehendak Allah jua... tentu ada hikmah tersembunyi.

    BalasPadam

Kongsi buah fikiran anda : PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :