Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

18 Mei 2013

PANAS : CALON BN DITUDUH MEMPUNYAI IJAZAH PALSU?

DAP mempersoalkan integriti lima calon Barisan Nasional (BN) Selangor selepas menuduh mereka, termasuk seorang timbalan menteri, “membeli” kelulusan pengajian tertinggi.

Ahli strategi pilihan raya parti pembangkang itu Ong Kian Ming menamakan Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay, Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) Teh Kim Pooh, Ching Eu Boon dan Lee Ban Seng dari MCA dan ketua hal ehwal agama Umno Ab Wahab Ibrahim menggunakan ijazah akademik dari universiti yang pernah didedahkan menjual ijazah.

“Calon yang merasakan mereka perlu membeli ijazah, baik diperingkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, menyebabkan integriti mereka dipersoalkan.

“Jika calon ini sanggup menipu pengundi mengenai kelayakan akademik mereka, bahagian penting dalam kehidupan seseorang, bahagian kehidupan mana lagi calon tersebut sanggup menipu termasuk kepentingan awam dan pengurusan dana awam serta tanggungjawab menggunakan sumber awam,” tanya beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Undang-undang pilihan raya Malaysia tidak memerlukan seseorang calon itu mempunyai ijazah sebagai syarat untuk bertanding pilihan raya, kata Ong dan menambah ianya tidak akan meningkatkan taraf kehidupan seseorang dalam masyarakat secara automatik.

Ong menggesa lima calon tersebut mengundurkan diri dari pilihan raya 5 Mei ini jika tidak boleh menafikan ijazah mereka yang boleh dipersoalkan itu.

Beliau mengingatkan mereka, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mengatakan integriti senarai calon BN telah disahkan dan agak mengecewakan jika terbukti mereka mempunyai ijazah palsu untuk meningkatkan peluang dipilih sebagai calon.

Kohilan yang menjadi calon BN di kerusi parlimen Puchong dituduh membeli Ijazah Sarjana Sains Perdagangan dan Ekonomi Industri dari Pacific Western University, Amerika Syarikat (AS), yang pernah disaman dan ditutup selepas didapati menjual ijazah.

Teh, 62, calon bagi kerusi parlimen Klang, dituduh membeli Ijazah Doktor Falsafahnya dari New Port University, yang Ong dakwa sebagai universiti diragui dan telah mengeluarkan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada penyandang Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Ab Wahad dari Umno, yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan telah disenaraikan mempunyai PhD dalam Pentadbiran Awam dari Irish International Universiti yang dilaporkan oleh British Broadcasting Corporation pada 2008 sebagai palsu, kata Ong.

Sementara calon DUN Pandamaran, Ching mendapat PhD dalam Rangkaian Pemasaran dari universiti diragui St George University International manakala calon BN Kajang, Lee dituduh membeli ijazah pentadbiran perniagaannya dari Universiti Rutherford di AS. Sumber : Themalaysianinsider.com

Berapakah jumlah nilai ijazah yang dibeli oleh mereka, ahli politik dan bakal calon untuk memperolehi kesenangan segera tanpa perlu bersusah payah belajar selama bertahun-tahun seperti orang lain?

Integriti dan imej mereka pasti tercalar dengan pendedahan memalukan seluruh dunia ini apabila beberapa orang tertentu memiliki ijazah palsu tanpa melalui proses sepatutnya! Sebaiknya perkara seperti ini disemak terlebih dahulu akan kesahihannya ijazah tersebut.

Sesungguhnya apabila datangnya yang hak, akan lenyaplah yang batil... masihkah ada mereka yang berselindung gamaknya dengan ijazah palsu ini?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!