Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

21 Apr 2013

WATIKAH DI ROMPAK - Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman

KUALA LIPIS – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya ke-13 bagi kerusi Parlimen Lipis yang digugurkan pada saat akhir walaupun setelah menerima watikah pencalonan menyatakan kesedihan dan marah dengan apa yang berlaku namun tetap reda.

Bekas pensyarah, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, berkata, beliau berasa marah dan dukacita kerana watikah yang sudah ada dalam tangannya bertukar tangan dengan menggunakan teknik sabotaj.

"Saya marah sebab watikah sudah ada pada saya tetapi dirompak oleh Ketua Bahagian Umno Lipis dan kumpulannya.“Bukan saya sahaja yang disabotaj tetapi turut sabotaj parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Namun begitu, beliau tetap menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Pahang kerana melayakkannya menjadi ‘calon boleh menang’ bagi BN.

Beliau turut menyatakan hasrat akan turun berkempen membantu calon BN bagi Dun Ceka dan Benta selain melahirkan harapan agar BN menang pada PRU13. - Sumber Sinar harian

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. Salam YB Datuk MSO, Tahniah sebab sporting dan mementingkan parti UMNO lebih dari kepentingan pribadi.Inshaalah kesabaran Datuk akan mendapat balasan dari pencipta. Bagi yang mensabotaj...jamgan leka dan harus membuktikan diri anda adalah lebih baik dari orang lain dan buktikan tindakan anda adalah betul dan tepat. Jika gagal anda juga akan disabotaj satu masa nanti

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!