Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

5 Mac 2013

KETAWA JANGAN SAMPAI TAK INGAT DUNIA !

Ternyata ada beberapa orang yang mati akibat ketawa terlalu kuat, seperti yang di alami oleh mereka ini,  mati kerana tertawa. Setiap orang pasti pernah tertawa kerana melihat perkara yang lucu namun jika anda tertawa terlalu kuat boleh saja tertawa.

Namun dibimbangi ketawa lalu kuat dan besar boleh meragut nyawa anda. Perkara ini boleh terjadi kerana ketika tertawa tubuh kita melepaskan seumpama bahan kimia semulajadi yang disebut adrenalin. Jika bahan ini terlalu banyak didalam tubuh maka akan menjadi racun yang boleh menyebabkan serangan jantung. Berikut adalah mereka yang menjadi mangsa akibat tertawa terlalu keras. Berikut 5 Kes Kematian Akibat Tertawa :

1. Zeuxis
Zeuxis adalah seorang pelukis asal Yunani. Semasa itu beliau baru saja menyelesaikan lukisan dengan tubuh wanita dalam lukisannya dan entah untuk alasan bangga atau merasa aneh, ia pun mentertawakan lukisannya sendiri. Tak lama, ia pun merasa sesak nafas dan akhirnya meninggal dunia.

2. Chrisyppus
Ia adalah seorang ahli falsafah yang berasal dari Yunani. Ia juga mengalami kematian mendadak kerana melihat keldai yang ketika itu sedang makan buah ara. Entah apa yang menjadi bahagian lucu dari adegan keledai yang sedang makan itu hingga kemudian membuat ahli falsafah tertawa terbahak-bahak dan akhirnya meninggal.

3. Pietro Aretino
Cerita ini lebih terdengar aneh. Penulis yang berasal dari Itali ini tertawa setelah saudara perempuannya menceritakan sebuah cerita lucu. Aretino pun tak kuasa menahan tawa hingga ia terjatuh dari kerusi tempat ia semula duduk. Setelah itu, ia sempat mengalami kejang-kejang dan kemudian menghembuskan nafas terakhirnya .. dan tawa terakhirnya.

4. Fitzherbert
Suatu malam di bulan April tahun 1872, Puan Fitsherbert sedang berada di Drury Lane Theatre bersama rakan-rakannya yang berasal dari Northampshire untuk menonton persembahan Beggar 's Opera. Di tengah-tengah persembahan, ketika seorang tokoh bernama Polly sedang melakukan adegan mengarut, Fitzherbert tertawa begitu keras. Ia pun tak kuasa menghentikan tawanya hingga ia pun terpaksa dikeluarkan dari ruang teater kerana terlalu mengganggu penonton lain.

Satu minggu selepas itu, Puan Fitzherbert dikhabarkan telah mati kerana diserang histeria berterusan akibat kejadian malam itu.

5. Alex Mitchell
Semasa itu, siri The Goodies tengah menjadi program TV yang disukai. Siri yang diisi oleh tiga pelawak asal Inggeris ini pada 24 Mac 1975 sedang menayangkan episod di mana mereka berdandan khas Scotland dan bermain kungfu. Adegan-adegan lucu tersebut rupanya berjaya menghipnotis Alex Mitchell yang sedang menonton tayangan tersebut. Ia tertawa terbahak-bahak hingga kemudian terjatuh dari sofa dan meninggal kerana serangan jantung. Isterinya, yang merasa tidak menerima kerana pemergian suaminya pun akhirnya beliau menghantar surat kepada pihak The Goodies. - Sumber : Berita Dunia - Olahan Semula : akuanakpahang

AAP - Moralnya kalau sesuatu perkara itu kita rasa lucu dan amat mencuit hati, beragak-agak juga jangan ketawa sampai kita tak ingat dunia... sudahnya meninggal dunia :(


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...