[ UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG ]

8 Mac 2013

APA MAKSUD GENCATAN SENJATA?

Apa maksud gencatan senjata? Gencatan senjata adalah sejenis perjanjian antara beberapa pihak untuk memberhentikan peperangan mereka buat sementara waktu atas sebab-sebab tertentu.

Dalam pengertian lain 'Gencatan Senjata' adalah penamatan perang atau konflik bersenjata apapun untuk sementara di mana kedua-dua belah pihak yang terlibat bersetuju untuk menghentikan tindakan agresif masing-masing.

Gencatan senjata boleh dinyatakan sebagai sebahagian dari perjanjian formal, tetapi boleh juga sebagai bahagian pemahaman informal antara kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh, pada tanggal 25 Disember 1914, pada Perang Dunia I, terjadi gencatan senjata tidak rasmi kerana Jerman dan Inggeris ingin merayakan Krismas. Tidak ada perjanjian yang ditandatangani, dan setelah beberapa hari peperangan berlanjutan.

Contoh lain dari gencatan senjata berlaku antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin pada tarikh 8 Februari 2005. Pada masa itu, pemimpin delegasi Palestin, Saeb Erakat menyatakan gencatan senjata mereka: "Kami bersetuju bahawa hari ini Presiden Abbas akan mengumumkan penamatan permusuhan secara penuh terhadap orang Israel di mana-mana dan Perdana Menteri Sharon akan mengumumkan penamatan kekerasan dan aktiviti ketenteraan terhadap orang Palestin di mana-mana. "

Contoh : Seperti didalam konteks ini :

Terkini Lahad Datu: Malaysia Tolak Gencatan Senjata, pengganas Sulu perlu serah diri tanpa syarat -PM

PM minta pengganas letak senjata tanpa bersyarat.

LAHAD DATU 7 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi menggesa kumpulan pengganas Sulu segera meletak senjata dan menyerah diri tanpa bersyarat.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, Op Daulat akan diteruskan.

Beliau juga mengumumkan pewujudan kawasan keselamatan khas merangkumi pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau bagi mengawal keselamatan penduduk negeri itu. - UTUSAN

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. kas pun ada senjata..tapi belum isytihar gencatan lagi kikiki..jgn marh arrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. betul ngat dah tu yak :) sesekali kena buat gencatan senjata juga jangan tergencat sudah :)

      Padam

Kongsikan pandangan anda disini :

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

KLIK DAN DAPATKAN INFO SELANJUTNYA!
Klik Jom Bersama Kami!

SENARAI ENTRI TERKINI DAN POPULAR :

ARKIB ENTRY BLOG AKU ANAK PAHANG

KOMEN TERKINI

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading