[ UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG ]

5 Jan 2013

TANGKI AIR BUKIT KUANTAN, JERANTUT BAKAL PECAH DAN RUNTUH ?

Tangki air yang bersaiz besar adalah tangki pada gambar diatas yang telah ditarah.

Penulis sekadar berkongsi maklumat dari facebook kebimbangan warga tempatan kemungkinan akan terjadi keretakan dan akan pecahnya tangki air di Bukit Kuantan, Jerantut. Ini adalah disebabkan kerja-kerja penarahan bukit bagi tujuan pembangunan. Difahamkan bukit yang ditarah diatasnya ada tangki air milik Pengurusan Air Pahang (PAIP). Tangki air ini juga beroperasi menyalurkan air ke seluruh pelusuk di daerah Jerantut. Bolehlah dikatakan tangki ini adalah nyawa bagi penduduk di daerah Jerantut.

Dan ini adalah mesej yang telah disampaikan oleh mereka : TOLONGLAH SIASAT, APA JADI DENGAN TANGKI AIR INI, ADAKAH BAKAL PECAH DAN RUNTUH DIK KERANA KERAKUSAN MANUSIA?

AAP - Berat dan besar masalah ini perlu mendapat perhatian semua pihak! Sudah banyak contoh tauladan sebelum ini apakah kita tidak mengambil iktibar ? Pasti rakyat akan tartanya2 apakah peranan mereka yang telah diamanahkan untuk semua ini? dan apakah mereka sekadar berpeluk tubuh, memandang dan mendongak tanpa rasa kesal, bersalah dan berasa bertanggungjawab ke atas semua perkara ini ?

Sumber dan  gambar daripada :  Facebook

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. huh bior betul2
    byk rumah kat bawah tu...
    kena ambik tindakan segara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasti banyak kebimbangan semua pihak. Paling penting pihak berwajib tak kan sekadar nak melihat dan mencongak sahaja... Pasti bila berlaku sebarang musibah ianya akan mengundang kesulitan semua pihak.

      Padam
  2. Bahaya ni, sebelum apa2 kejadian yg tidak diingini, elok pihak yang sepatutnya melakukan pemantauan setiap masa. Lagi pun benda2 macam ni walaupun pakar kata selamat, tetap kena ambik perhatian serius...malang tak berbau...

    BalasPadam
  3. Rakus dan sangat tidak bertanggung jawab.. Pihak tertentu hanya memikirkan keuntungan..memang sangat gampang..

    BalasPadam

Kongsikan pandangan anda disini :

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

KLIK DAN DAPATKAN INFO SELANJUTNYA!
Temui Kami di Facebook Group Warna Warni Jerantut

SENARAI ENTRI TERKINI DAN POPULAR :

ARKIB ENTRY BLOG AKU ANAK PAHANG

KOMEN TERKINI

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading