Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

8 Jan 2013

INFO MUZIUM SUNGAI LEMBING PAHANG

Di Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Timur, terdapat hanya sebuah Muzium yang ditadbir oleh Jabatan Muzium Malaysia iaitu Muzium Sungai Lembing, Sungai Lembing Pahang.

Muzium Sungai Lembing ditubuhkan bagi mengimbau zaman kegemilangan Sungai Lembing sebagai bandar terkaya pengeluar bijih timah utama di negeri Pahang. Pada suatu ketika dahulu, bandar ini seumpama EL-Dorado Timur di Tanah Melayu kerana di sinilah terletaknya sebuah perkampungan pegawai Inggeris yang istimewa di Lembah Sungai Kenau. Namun, mulai 1984 segala kemewahan tersebut lenyap akibat kejatuhan harga bijih timah.

Keunikan muzium ini adalah kerana ianya ditempatkan di sebuah bangunan bekas kediaman Pegawai lombong itu sendiri yang masih mengekalkan ciri-ciri senibina zaman Inggeris.

Lombong bijih timah di Sungai Lembing merupakan satu-satunya lombong bawah tanah yang terdalam dan terpanjang di dunia, yang pernah diusahakan secara besar-besaran dan pernah menjana ekonomi negara yang menjadikan Sungai Lembing begitu terkenal diperingkat antarabangsa. Muzium Bijih Timah Sungai Lembing mempamerkan koleksi peralatan perlombongan yang pernah digunakan untuk melombong bijih di bawah tanah. Di antara koleksi menarik yang dipamerkan ialah jentera gerudi, gerabak keretapi, pakaian topi keselamatan dan peralatan perabot pejabat pengurus lombong.

Koleksi dan Galeri
Keseluruhan konsep muzium ini menggunakan pelbagai media dan teknik pameran. Susunatur muzium ini adalah mengikut urutan kronologi sejarah, peristiwa dan artifak bagi memudahkan para pelawat melihat, memahami dan menghayati setiap informasi yang dipamerkan, justeru itu segmen ini menampilkan diorama dan pameran yang mengimbau waktu kegemilangan yang mampu mengembalikan nostalgia.
 
Gambar-gambar berkaitan Sumber daripada :  Facebook

 
 
 
 
Selain itu, penemuan geologi di sekitar Sungai Lembing dan beberapa panel informasi yang memaparkan tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan perlombongan Sungai Lembing seperti Sultan Abu Bakar, Tok Janggut dan W.W Abel juga diadakan untuk menambah pengetahuan para pelawat. Hari & Masa Lawatan 9.00 pagi hingga 6.00 petang Bayaran Masuk Percuma Sumber : Jabatan Muzium Malaysia

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. ada maklumat pihak tuan silap..Sila hubungi pihak Muzium Sungai Lembing untuk maklumat tersebut.terima kasih.

    BalasPadam
  2. Fakta diatas disunting sepenuhnya drp Facebook dan Jabatan Muzium Negara sahaja. Sebarang kesilapan dan kekurangan amatlah dikesali.

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!