Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

6 Jan 2013

ALASAN KENAPA PEREMPUAN LEBIH SUKA PAMER GAMBAR DI FACEBOOK

Berbanding lelaki, perempuan mempunyai lebih banyak gambar dengan pelbagai pose di Facebook. Kajian terbaru menunjukkan gambar sensual menjadi cara perempuan merasa lebih baik. Untuk apa?

Kajian terbaru saintis University of Buffalo, Amerika Syarikat, Michael A. Stefanone mendapati bahawa perempuan tidak hanya bahagia apabila mempamerkan gambar di Facebook tetapi juga pada dasarnya, mereka meningkatkan keyakinan diri atas penampilan mereka. Stefanone percaya pertukaran foto di Facebook adalah cara bagi kaum hawa untuk meningkatkan imej diri mereka.

"Kesimpulan kajian atas perilaku lelaki dan wanita berasal dari fokus budaya akan imej dan penampilan perempuan," ujar Stefanone seperti dilaporkan dari Huffington Post.

Menemubual sekurang-kurangnya 311 peserta, kajian itu mengukur bagaimana mereka memanfaatkan Facebook sekaligus mengukur tahap kepercayaan diri. Ini terlihat dari pandangan koresponden atas penerimaan persekitaran terhadap mereka, hubungan dengan keluarga dan keintiman hubungan peribadi.

Wanita berusia muda cenderung menyukai perasaan apabila menjadi pusat perhatian awam. Oleh itu, mereka cenderung menghabiskan masa lebih banyak di Facebook dan berkongsi gambar, termasuk gambar yang cenderung sensual. Di sisi lain, perempuan yang merasa tidak perlu imej akan menghabiskan sedikit masa di media online, Stefanone menganggap ini sebagai budaya selebriti. Sumber | Olahan Semula akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. hehehe..ade betul nye gak artikel tu..

    BalasPadam
  2. attention seeker..perempuankan suka d puji :D

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!