Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

13 Nov 2012

TIPS : MUDAH TIDUR DI WAKTU MALAM

Tidak dinafikan ramai orang mengalami masalah untuk tidur yang nyenyak diwaktu malam. Lantaran cara mudah mungkin kita akan mengambil pil atau ubatan tertentu untuk membolehkan kita tidur. Namun cara sedemikan sangat membahayakan kesihatan anda. Tidur nyenyak merupakan suatu kepuasan dan keselesaan diri. Faktanya, tidur merupakan masa untuk sel dari tubuh termasuk sel otak untuk boleh dibaik pulih atau disegarkan kembali. Kekurangan tidur boleh membuat badan anda lesu, pening, dan tidak fokus pada keesokan harinya.

Untuk membolehkan anda tidur lebih nyenyak, tanpa mengambil pil atau ubatan yang tertentu, lebih baik anda mencuba mengambil makanan berikut ini. Sebelum anda beredar untuk tidur yang nyenyak. Sebagai ganti pada ubatan tertentu..


1.Kacang Almond  
Kacang segar, terutama badam, dianggap sebagai "makanan berkhasiat" untuk membantu anda tidur lebih nyenyak. Kandungan magnesium dalam kacang mencegah anda mempunyai masalah tidur dan menyebabkan relaksasi otot.

Kandungan protein di dalamnya juga membantu menstabilkan paras gula darah selama tidur. Disarankan untuk memakan badam sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum tidur.

  
 2. Bijirin
Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa bijirin rendah gula boleh juga membantu anda tidur lebih nyenyak. Salah satunya bijirin dengan topping yoghurt.

Kombinasi kedua-duanya boleh membantu mengaktifkan serotonin di otak yang bertanggungjawab untuk menstabilkan 'mood' dan mewujudkan kualiti tidur yang lebih baik. Ketika peringkat dari serotonin di tubuh sangat tinggi, maka anda akan merasa ngantuk.


3. Telur Rebus
Jika anda bangun dan merasa lapar di tengah malam, anda mungkin memakan makanan tertentu. Pilihan terbaiknya adalah telur rebus.

Tingginya kandungan protein dalam telur membantu memperbaiki kualiti tidur dan menjaga kesihatan tubuh, sehingga perkara itu memberikan anda perlindungan yang lengkap. Meski begitu, jika anda mempunyai masalah kolesterol tinggi, disyorkan untuk mengambil putih telurnya saja.


4. Madu Lebah
Tambah madu ke dalam teh sambil menikmati roti kesukaan anda. Madu dapat memperbaiki kualiti tidur. Keserasian untuk merangsang tidur dalam madu boleh menjadi penyelesaian.

5. Popcorn   
Popcorn mengandungi cukup karbohidrat untuk membantu memastikan pengambilan yang mencukupi dari trytophan (asid amino) untuk otak.

Asid amino ini digunakan untuk menghasilkan serotonin, yang merangsang anda untuk tidur. Sehingga, tak ada masalah bila memakan popcorn sebelum tidur, selama tidak ada tambahan mentega atau gula.


[ Sumber Asal : tribunnews.com | Olahan semula : akuanakapahang ]

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<