Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

27 Nov 2012

STATUS 'CHECK-IN' DALAM MEDIA SOSIAL BOLEH UNDANG BAHAYA!

Dalam era teknologi kini, penggunaan gajet seperti telefon pintar misalnya membolehkan pengguna telefon menggunakan aplikasi check-in untuk mengemas kini lokasi dan aktiviti yang dilakukan untuk pengetahuan rakan-rakan di media sosial.

Perbuatan tersebut berkemungkinan boleh membahayakan keselamatan terutama apabila seseorang itu merupakan sasaran musuh atau penjenayah yang menunggu masa yang sesuai untuk bertindak, hanya dengan mengikuti status yang telah dimuat naik.

Pendedahan status seperti "Pulang ke kampung", masih dipejabat walaupun sudah lewat malam" "lepak di kedai mamak" "Saya bersendirian dirumah" dan sebagainya, secara tidak langsung memaklum kepada umum penjenayah terutamanya, bahawa anda tiada dirumah dan ianya adalah peluang terbaik untuk penjenayah memecah masuk ataupun lain-lain tindakan yang boleh membahayakan nyawa dan keselamatan.

Bagi mereka yang mempunyai kedudukan penting didalam sesebuah syarikat atau organisasi, menambah rakan secara rawak dan mendedahkan maklumat peribadi didalam laman sosial memungkinkan pesaing perniangaan menggodam dan mencuri maklumat penting syarikat yang mungkin terkandung didalam akuan profil media sosial berkenaan.

Walaupun pihak polis tidak menerima maklumat jenayah berdasarkan kepada aplikasi 'check-in' atau status yang dipaparkan dimedia sosial, adalah dinasihakan supaya pengguna lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang maklumat yang ingin dikongsikan.

Fahami dan analisi dahulu kesan baik dan buruk sesuatu aplikasi yang ditawarkan serta tetapkan hak akses kepada rakan-rakan untuk maklumat tersebut. Dinasihati juga jangan sembarang menulis status anda jika tidak ada kepentinganya.  Sumber : Akhbar Guang Ming Daily | akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.

6 ulasan:

  1. boleh saya share cerita ini..dan link kan kat sini

    BalasPadam
  2. Silakan Cikmot... utk kebaikan bersama.

    BalasPadam
  3. Saya setuju sangat...penyangak zaman sekarang bukan jenis kuno macam dulu, mereka juga maju dalam setipa gerak geri....Entri yang amat2 berguna..Che mat ping di wall FB...yea.

    BalasPadam
  4. betul3.. ada sorang teman kat fb siap upload gmbar dia kat kedai emas... status mcm ni sebenarnya mengundang bahaya..

    BalasPadam
  5. assalamualaikum ...setuju sesangat dengan n3 ini...:)

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!