Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

7 Nov 2012

MAKANAN TRADISI PAHANG

Pastinya di setiap Negeri ada makanan tradisinya. Kalau di Pahang ini pasti ada makanan tradisinya yang tersendiri.  Namun mungkin makanan yang tertera dibawah ini lebih popular disekitar kawasan Pahang Barat Jerantut, Kuala Lipis, Temerloh, Raub dan kawasan sekitarnya atau kawasan tengah Negeri Pahang. Walaupun mungkin terdapat juga didaerah lainnya. Pastinya menu masakan tradisi ini sememang amat sedap bagi pengemarnya.

Gulai Masam / Tempoyak ikan patin / Sebarang jenis ikan air tawar Sungai Pahang.
Gulai asam rom ikan kenerak atau sebarang jenis ikan air tawar Sungai Pahang
Sambal Rom Getah / Rom Buah Perah + Pucuk Betik
Sambal Hitam / Sambal Belimbing Rebus
Sambal Tempoyak Masak Petai
Sambal tempoyak mentah @ Sambal Colek Durian + Petai, Jering dll
Gulai Lemak Kulat Sisir / Cendawan Sisir
Gulai Lemak Siput Sedut Sungai 
Gulai Keladi Kemahang 
Pais Ikan Tempoyak Ikan Patin/ Talapia dan lain-lain.
Sambal Tempoyak Jering Semai
Gulai Lemak Pede @ Budu

AAP - Bolehlah dikatakan makanan diatas adalah makanan tradisi orang Pahang yang amat popular. Kalau tak makan, mungkin bukan orang Pahang sejatilah agaknya :) Kalau berjumpa masakan di atas tu mau bertambah makan nasinya :) ** Semua menu masakan di atas ada kegemaran penulis akuanakpahang :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

21 ulasan:

  1. Haaa sedapnyee XD
    Brader blogger, kt pahang dekat mana yg best kalau nak jalan-jalan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua tempat di negeri Pahang menarik disetiap daerah ada kelebihannya pilih sahaja nak kemana ke laut ke gunung atau ke mana sahaja :)

      Padam
  2. saya org johor yang dah kawin dgn org pahang dan saya suka no 1, 2, 4, 7, 8, 9 dan 10....suami saya suka semua..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau mmg org pahang masakan di atas mmg best dan terbaik :)

      Padam
  3. smue yg kt atas tu favret sy. xde lauk lain tak pe dah.. sedap sangat!

    BalasPadam
  4. sedapnya..semua ni feveret sy..bangga jadi anak jati pahang

    BalasPadam
  5. wuihhhh...sedak-sedak belaka ni...xyah lauk lain dah..

    BalasPadam
  6. semuanya ika tak penah try T_T

    BalasPadam
  7. lamanya xmakan adoiiii~~~ rindu sume lauk tuh
    tp skang payoh nak jumpe kulat sisir tue~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau balik ke Pahang tentu ada :)

      Padam
    2. bru pas balik~ tp skang musim ujan~
      mgkn ada balik kot kat pokok mati blakang umah tuh
      admin asal mana?

      Padam
  8. Ibu mertua saya orang pekan dan tak makan ikan sungai. Dia dekat dgn kuala dan kampung nelayan sbb tu makan ikan laut. resepi seperti di atas rasanya pahang barat lebih kurang resepi kami di gombak selangor. Kalau balik pekan selalulah saya beli ikan patin yg diternak ditepi sungai pahang kat pasar tani dan saya selalu masak mcm resepi di atas. Oleh sbb keluarga mertua tak makan ikan sungai suami pun tak berapa minat dgn ikan sungai tp dia makan juga sbb dah beristerikan orang gombak yang makan ikan sungai sbb duduk kat sg. gombak dh biasa ngan ikan sungai.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Sy org Phg. Tp...ada juga mskn tk pernh dgr..90%..isk!

    BalasPadam
  11. Sy org Phg. Tp...ada juga mskn tk pernh dgr..90%..isk!

    BalasPadam
  12. boifren saya anak pahang. jengka 17. semua makanan kat atas sya da rasa. semua sedap. masa mula2 xpandai makan. bler da mkn, termimpi2 . mak dia penah bekalkan sambal itam tok bawak blik kl, tp xsempat sampai da hbs. makan hitu je dalam kete. hihi.. cari siput kat sungai.mancing.baru ase suasana kampung. best sangat.

    BalasPadam

PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :