[ UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG ]

27 Jul 2011

Info Keladi Kemahang dan Resepi Gulai Keladi Kemahang.

"Nama Kemahang" diberi bersempena sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai keladi kemahang. Sehingga kini masih terdapat pelbagai spesis keladi di Kemahang. Keladi jenis kemahang juga terdapat di kampung berhampiran seperti  Budu, Tanjung Besar, Chat dan Peruang, Keladi kemahang boleh dibeli di pekan sehari di Benta atau di pekan sehari di Jerantut pada setiap ahad. Keunikan keladi jenis kemahang di Kemahang ialah tidak berasa gatal apabila dimakan. Sekiranya dimakan dan terasa gatal maka sahlah bukan keladi yg dipetik dari Kampung Kemahang." - Sumber dari Sinar Harian 27 Julai 2011.

Disini kita turunkan sedikit cara-cara membuat gulai keladi kemahang ini.

Bahan-bahannya:
1. Secekak keladi kemahang (macam gambo kat atas tu :)
2. Tempoyak agak2 lah 3- 4 sudu besar tak kuranglah
(biarlah kuahnya pekat sikit jangan cair sangat lecas laa pulak :)
3. Lada kecik @ cili api (nak pedas isi banyak-banyak jangan melehet sudah)
4. Kunyit hidup satu inci kunyit serbuk tidak sesuai :)
5. Daum kesum wajib ada tak ada kurang piaw :)
6. Bunga kantan ( pilihanlah jika ada)
7. Air
8. Garam
9. Sekiranya tempoyak tak berapa masam boleh tambah asam keping sesekeping :)
10. Sedikit gula putih sebagai perisa bahan perasa lain tidak digalakan :)

Cara2 membuatnya:

1. Tumbuk lada kunyit....kalau keladi panjang sangat potong separuh...pastu campur semua bahan di atas dalam periuk tambah air sehingga ampuh keladi. Ketika memasak periuk hendaklah di tutup dengan tudungnya...JANGAN dikacau-kacau atau di timbuk-timbuk atau digode-gode (macam buat gulai lemok pulak) ......tunggu sampai masak sehingga keladi tadi menjadi lembut  atau sudah boleh di putuskan dengan sudu. Bolehlah ditutupkan apinya.

p/s: Biasa kalau keladi itu gatal payah boleh putusnya. Untuk lebih sedap gulai keladi ini tambahlah jering semai dipotong-potongkan @ petai,terung, terung manggor (pipit) atau terung telunjuk atau campur keledek sahaja best juga.. Tips lainnya campokan setengah cancer tea minyak masak... petua ini bagi mengelakan keladi itu gatal ....sedapnya jangan citer kata dek orang tu :) . Makan bersama nasi yang panas-panas :)

Selamat mencube :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

11 ulasan:

  1. pasti sedap ni... juadah baru berbuka nanti

    BalasPadam
  2. Sedap buat ulam keladi ni Sin.. nanti aok buat entri tentang keladi Biroh pulok ye Sin..

    BalasPadam
  3. Abu Muaz - bolehlah neray esok :)

    Relevan - aok jgn tebing keladi biroh tu :)

    BalasPadam
  4. weiii.. dah tos air liyur keh ni.. keknya, nak tanye jugok ket aok ni, apa khasiatnya keladi mahang ni ye.. kala aok tahu lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. menamboh selere makan aje... bolehlah abis nasi 2 pinggan tu :)

      Padam
  5. Hisyam - khasiatnya kawas tak tau keknya org tua dulu2 ada ngabor kalau org jantan jangan byk ngat makan keladi nie bimbang nyer lembik :(

    BalasPadam
  6. my peberet ni waris wehh
    kalau balik mok kome wajib masok gulai ni :)

    BalasPadam
  7. salam..
    tak tahu nape
    koi kurang makan
    keladi nih..


    #Terima kasih komen anda di
    www.zulkbo.com amat saya hargai,
    jangan lupa singgah lagi.Wassalam

    BalasPadam
  8. Kat sini selalu masak asam sulur keladi.. Jarang pulak nampak masak tempoyak...

    Nak kena pergi Jerantut la pulak nak merasa masakan keladi kemahang ni.. huhu...

    BalasPadam
  9. kegemaran sekeluarga.sy org dong.kami belah raub pandai makan keladi kemahang tapi belah mertua sy di jengka-kuantan-pekan-sg lembing tak reti makan ni ...seb baik balik kampung hubby boleh layan masakan mak mertua dia.cuma kalau gatal tekak tu nasiblaa...:D

    BalasPadam
  10. Kas sokmo g ngutip keladi kt dpn umoh wan kas kat selekoh beso kg kemahang te... Memang sedak, xde gatei lalu.. kas dgr cite ni antara makanan kegemaran sultan pahang

    BalasPadam

Kongsikan pandangan anda disini :

KLIK PERCUMA DAPATKAN MAKLUMAN !!

KLIK DAN DAPATKAN INFO SELANJUTNYA!

SENARAI ENTRI TERKINI DAN POPULAR :

ARKIB ENTRY BLOG AKU ANAK PAHANG

KOMEN TERKINI

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading