Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

22 Nov 2012

INFO TASIK CHINI | NAGA DAN ULAR BESAR

Tasik Chini salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang di Pahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.
Gambar sekadar ilustrasi
Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Walau bagaimanapun, cara ini akan mengganggu ekologi semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air.

Merujuk kepada legenda orang asli, tasik tersebut didiami oleh satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum (kadangkala dirujuk sebagai "Raksaksa Loch Ness Malaysia").Ia dipercayai mengandungi satu bandar purba seakan-akan di Khmer, Kemboja yang terletak di dasar tasik berkenaan, tetapi projek selanjutnya terbengkalai akibat masalah kewangan.

Satu suku orang asli yang tinggal ditebingnya menjadi tarikan pakar pengkaji bahasa kerana bahasa mereka mempunyai kaitan dengan bahasa Khmer, Kemboja yang menjadi asas kepada teori bahawa penduduk asal Melayu telah turun dari kawasan utara ke selatan. Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga lotus dari Jun hingga September. Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tasik_Chini

Lubang Ular / Snake Hole
Mengikut kepercayaan masyarakat orang asli yang tinggal di sekitar Tasik Chini, mereka menyakini alur sepanjang 200 meter, bermula dari tebing sungai menganjur ke kaki bukit berdekatan, adalah tempat dimana seekor ular yang besar bertapa, seluruh badannya tertimbus oleh tanah termasuklah kepalanya sekali. Hanya nampak lubang hidungnya dipermukaan tanah. Ular besar itu makan dengan cara menyedut haiwan-haiwan seperti kancil, babi dan apa-apa jua yang lalu dihadapannya. Bunyi dengusan hidung ular itu kadangkala boleh di dengari oleh penduduk setempat. Apabila genap tempoh pertapaannya, tumbuhlah empat kakinya dibadan ular tersebut dan akhirnya bertukar menjadi naga yang menghuni Tasik Chini. Sumber dan gambar kredit : http://alyahya.blogspot.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Mitos.. mungkin saiz @ kebesaran ular itu melebihi ular biasa agaknya...

      Padam
  2. macam mana mau tau itu ular ada atau tiada.

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!