Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

29 Nov 2012

DIMANA LETAKNYA NEGARA TERKECIL DIDUNIA?


Agaknya mungkin ada yang tercari-cari dimana letaknya negara paling terkecil didunia dan inilah jawapannya : Sealand merupakan sebuah negara mikro yang terletak di atas HM Fort Roughs (pernah dikenali sebagai Maunell Sea Fort), sebuah pangkalan era Perang Dunia Kedua, di Laut Utara, 10 km (6 batu) dari pantai Suffolk, England. Pihak Sealand mendakwa kawasan ini sebagai kawasan perairan wilayah mereka dengan menggunakan radius 12 batu nautika (mengikut Konvensyen Undang Undang Laut PBB).
Sejak 1967, pangkalan ini pernah dihuni oleh keluarga dan kenalan Paddy Roy Bates, seorang bekas penyiar radio dan bekas Mejar tentera British, yang mendakwa bahawa Sealand merupakan sebuah negara bebas dan berdaulat. Pengkritik serta mahkamah di Amerika Syarikat dan Jerman telah memutuskan bahawa Roughs Tower merupakan hak United Kingdom selama ini, tetapi pandangan ini dipertikaikan oleh keluarga Bates. Bilangan penduduk jarang melebihi sepuluh orang dan keluasannya ialah 550 m² (5920 kaki persegi). Tuntutan Sealand terhadap kedaulatan dan kesahannya tidak diiktiraf oleh mana-mana negara, tetapi kadangkala dikemukakan sebagai kajian kes dalam perbahasan tentang bagaimana pelbagai prinsip undang-undang antarabangsa boleh diaplikasikan dalam sebuah penuntutan wilayah.  

Hebatnya, Sealand mempunyai setem sendiri, lagu kebangsaan, wang, hingga bendera kebangsaan. Ironis, kewujudan Sealand jadi polemik bagi dunia antarabangsa. Negara ini tidak menjadi anggota PBB, dan pada tahun 1987 Inggeris memperluaskan wilayah perairannya hingga mendakwa Sealand masuk ke dalam kekuasaan Inggeris.

Walau demikian Bates tetap melawan dan mengemukakan banyak hujah kalau Sealand sah menjadi negara yang berdaulat. Alasannya tetap, Sealand tidak masuk wilayah negara mana pun saat dibina. Tambahan pula, orang-orang Belanda yang kalah melawan Bates ditahan dalam penjara dan banyak negara yang menyeru agar Bates membebaskan mereka. Ini bermakna, kalau Sealand bukan negara, mana mungkin mereka meminta hal tersebut?

Menurut wikipedia, jumlah populasi di Sealand pada 2004 berjumlah 27 orang. Sumber terkini mengatakan kini hanya tinggal ada 4 orang sahaja.Sumber : wikipedia.org | akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.

 

3 ulasan:

  1. salam Yassin..
    kalau Pitcairn Islands negara yang
    berpenduduk tersedikit..berapa la agaknya
    negara yang terkecil ni penduduknya ye?

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMISMATIK JUAL BELI

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<