[ UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG ]

25 Nov 2012

DI ANTARA PEMBANGUNAN DAN KEMUSNAHAN KOTA SUCI MAKKAH

Pembangunan Yang Merosakkan Kesucian Kota Makkah - Kerajaan Arab Saudi secara hebat dan besar-besaran terus membangunkan kota makkah agar kelihatan lebih maju dan moden akibat daripada pembangunan yang dilakukan kerajaan Arab Saudi juga beberapa peninggalan sejarah Islam pun turut dihancurkan salah satunya adalah makam Nabi Muhammad yang berada di masjid Nabawi akibat dari projek perluasan masjid Nabawi makam Nabi Muhammad pun akan dimusnahkan. Berkembangnya pembanggunan di kota Makkah membuat bandar ini menjadi kehilangan kesucianya nah berikut ini ada beberapa pembangunan di kota makkah yang merosakkan kesucian kota Makkah itu sendiri. Ingin tahu apa sahaja jom baca :  5 Pembangunan Yang Merosakkan Kesucian Kota Makkah ini.

1. Pembangunan Hotel Mewah
Pembangunan hotel mewah di sekitar Kaabah telah dilakukan. The Mecca Clock Royal Tower Hotel salah satunya. Berdiri megah, bangunan ini malah menjadi gedung terjangkung kedua sejagat selepas Burj Khalifa di Bandar Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Hotel ini mempunyai sekitar 800 bilik dan menyatu dengan jam terbesar di dunia. Ukurannya enam kali ganda daripada Big Ben di Ibu Kota London.

2. Pembangunan Pusat Membeli-belah
Pada The Mecca Clock Royal Tower Hotel juga akan dibina pusat membeli-belah gergasi, mempunyai masjid untuk menampung 30 ribu jemaah solat. Mal ini dibina di kawasan Abraj al-Bait yang lebih luas dari kompleks Pentagon di Amerika Syarikat.
Bakal ada tempat pendaratan helikopter serta lahan parkir mengandungi beribu-ribu kereta. Letaknya hanya selemparan batu dari Kaabah, kiblat umat Islam.

3. Pembangunan Pangsapuri
Masih menyatu dengan The Mecca Clock Royal Tower Hotel, di bahagian barat bakal dibina pangsapuri eksklusif yang besarnya melebihi Hotel Palazzo di Bandar judi Las Vegaz, Amerika Syarikat. Harga satu pangsapuri berukuran studio mula dijual dengan harga berbilion ringgit. Kompleks ini telah melenyapkan sekitar 500 lebih bangunan bersejarah umat Islam.

4. Pembangunan Restoran
Selain hotel, pangsapuri, pusat membeli-belah, bakal dibina juga restoran kelas atas dan beberapa francais barat yang mengepung Kabah. Pemerintah Saudi mengharapkan ini boleh menjadi alternatif kulinari bagi para pengunjung mahupun jemaah haji sedang melaksanakan ibadah yang ingin makan disesuaikan dengan selera mereka.

5. Pembangunan Semula Masjid
Demi memberikan paparan Masjid Al-Haram agar kelihatan luar biasa, kerajaan Arab Saudi sanggup untuk merancang memusnahkan bangunan rumah Rasulullah untuk dijadikan perpustakaan. Lebih parah, di masjid ini juga ada laman rumah isteri baginda Rasul iaitu Khadijah. Bekas rumah itu dijadikan tandas. Ruang kecil untuk buang kotoran, perkara ini mungkin merupakan penghinaan keatas isteri Nabi Muhammad s.a.w. Sumber asal : www.jelajahunik.us | Olahan Semula : akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. Perkongsian yang menarik dan bermanfaat

    BalasPadam
  2. segala pembangunan di saudi adalah atas 'arahan' konsultan2 US/Eropah yg kebanyakannya proksi Yahudi. Entah apalah jenis 'rasuah' mereka hingga raja saudi jadi pak turut saja. Mereka dapat 2 keuntungan. Pertama nilai kontrak berbilion USD. Kedua, menyekat jumlah umat Islam dari menunaikan ibadah haji dan umrah untuk tempoh bertahun2, sehingga projek siap. Dan bila siap nanti akan ada lagi projek2 lain yg lagi akan sekat jumlah jemaah... begitulah berterusan. Bacalah buku Konspirasi Yahudi utk dapatkan lebih maklumat....

    BalasPadam
  3. segala pembangunan di saudi adalah atas 'arahan' konsultan2 US/Eropah yg kebanyakannya proksi Yahudi. Entah apalah jenis 'rasuah' mereka hingga raja saudi jadi pak turut saja. Mereka dapat 2 keuntungan. Pertama nilai kontrak berbilion USD. Kedua, menyekat jumlah umat Islam dari menunaikan ibadah haji dan umrah untuk tempoh bertahun2, sehingga projek siap. Dan bila siap nanti akan ada lagi projek2 lain yg lagi akan sekat jumlah jemaah... begitulah berterusan. Bacalah buku Konspirasi Yahudi utk dapatkan lebih maklumat....

    BalasPadam

Kongsikan pandangan anda disini :

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

KLIK DAN DAPATKAN INFO SELANJUTNYA!
Temui Kami di Facebook Group Warna Warni Jerantut

SENARAI ENTRI TERKINI DAN POPULAR :

ARKIB ENTRY BLOG AKU ANAK PAHANG

KOMEN TERKINI

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading