[ UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG ]

10 Okt 2012

Petua Merawat Bengkak Gusi Sakit Gigi Dan Pecah Mulut

Kebiasaannya apabila berhadapan dengan masalah sakit gigi, adakalanya ada segelintir daripada kita akan mendapati gusi menjadi bengkak dan kelihatan merah-kemerahan. Punca terjadinya gusi bengkak itu lazimnya disebabkan kekurangan vitamin C atau kurang menggosok gigi yang akhirnya mengakibatkan infeksi. Moralanya selalulah mencuci gigi dan mulut anda.

Ada juga individu yang tidak menyedari gusinya bengkak walaupun tidak berasa sakit. Namun, jika dibiarkan berlarutan tentunya akan menyebabkan rasa amat tidak selesa terutama waktu hendak menjamu sebarang makanan.

Petua pertama : Yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah gusi merah dan bengkak ialah dengan berkumur dengan air garam atau menyapu gusi yang kelihatan bengkak dengan garam untuk meredakan keadaan.

Petua kedua : Berkumur dengan air kunyit. Caranya ialah rendam kunyit hidup dan gambir dalam air panas yang mendidih. Biarkan beberapa ketika agar air rendaman itu menyejuk dengan sendiri. Bila dah agak suam-suam kuku tu berkumurlah dengan air rendaman tersebut sebanyak dua atau tiga kali sehari. Biasanya dalam tempoh tak sampai seminggu bengkak pada gusi tu akan beransur surut dan sembuh. Petua diatas sesuai juga bagi mereka yang sedang mengalami sakit gigi. Sumber :  Melayukini.net

AAP - Setiap penyakit tentu ada ubatnya berusahalah... insyaallah akan sembuh dengan izinnya jua.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

6 ulasan:

  1. Org mengidap resdung pun salu kena bgkak gusi ni... nak2 pas makan sifud... merana.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kena penyakit gitu kena berikat perut berpantang weh... kalau dok mmg merana badan.

      Padam
  2. Sapa xkena xtau la, jgn ckap byk :))

    BalasPadam
  3. Terima ksh utk info dan tips.dh 2hari mnahan sakit gusi.agaknya gusi merah tu kot..mmg sgt tak selesa ketika mengunyah mknan..
    Raihan swk

    BalasPadam
  4. sakit terok ooo.. 3 hari merana, dok telan ubat tahan sakit payah pulak, aku nak try cara nie, mintak2 dapat membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah manalah tahu kut berkesan... jangan lupa baca bismillah dan berselawat... insyaallah sembuhlah nnt.

      Padam

Kongsikan pandangan anda disini :

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

KLIK DAN DAPATKAN INFO SELANJUTNYA!
Jom Bersama FB Group Warna Warni Jerantut

SENARAI ENTRI TERKINI DAN POPULAR :

ARKIB ENTRY BLOG AKU ANAK PAHANG

KOMEN TERKINI

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading