Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

23 Okt 2012

INFO POKOK BAYAS | RESEPI KERABU UMBUT BAYAS

Antara hasil hutan yang tinggi nilainya ialah pokok bayas atau nama saintifiknya Oncosperma horrida yang banyak ditemui di hutan Taman Negara, Kuala Tahan dan Hulu Tembeling dan sekitar kawasan hutan di Pahang

Masyarakat Melayu di pedalaman memanfaatkan umbut pokok bayas untuk dibuat masakan tradisional bagi menghasilkan rasa yang enak dan menyelerakan. Umbut (bahagian dalam batang atau umbut mayang pokok bayas) merupakan sejenis bahan lembut dan sedap jika dimasak secara resipi kampung. Rupa dan saiz pokok bayas seakan-akan pokok nibong dan pokok pinang yang mempunyai batang tinggi dan keras, berduri serta sukar ditebang menggunakan pisau atau parang biasa.

Kerja-kerja menebang pokok bayas agak sukar dan terpaksa menggunakan kapak dan beliung yang tajam untuk menetak lapisan luar batangnya. Setelah pokok ditebang, tugas membuang kulit keras pokok bayas dilakukan untuk mendapatkan umbutnya dengan menggunakan peralatan seperti beliung dan alatan lainnya. Lapisan umbut dalam batang bayas akan dipotong pendek-pendek sepanjang kira-kira satu meter untuk mudah dibawa atau dipikul. Umbut bayas ini kebiasaanya digunakan untuk masakan kenduri-kendara majlis perkahwinan di kampung-kampung.
Umbut bayas sememang popular sejak zaman dahulu lagi di kalangan orang Melayu di Jerantut dan Kuala Lipis kerana ia sinonim dengan masakan lemak atau dibuat kerabu umbut bayas.Untuk menikmati keenakan masakan ini, umbut bayas yang siap ditebang perlu segera disiang atau dipotong seterusnya dimasak tanpa membiarkan ia terlalu lama, dibimbangi telah dimasuk angin hilang rasa keenakannya.

Resepi Kerabu Umbut Bayas
Bahan-bahan:
Umbut anggaran 1 bekas (ambil bahagian yg lembut sahaja)
6 - 7 ulas bawang merah ~ ditumbuk halus
1 s/k lada hitam biji ~ ditumbuk halus berasingan
1 ½ sudu besar udang kering ~ direndam & ditumbuk halus
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik yg dah ditumbuk (kerisik buat sendiri lebih sedap!)
garam & gula secukupnya

Cara2 Menyediakan
1. Umbut dicelur sehingga lembut kemudian toskan.2. Gaulkan umbut bersama dengan bahan2 tumbuk yang telah disediakan. Tambahkan santan pekat, kerisik & bahan2 perasa secukupnya.
3. Gaul rata2 & sedia dihidangkan segera dengan nasi hangat & jika ada ikan masin lagi sedap pergh!!.

Nota dikaki : Umbut bayas kata orang lagi sedap daripada umbut kelapa dan umbut pokok kelapa sawit. Selamat mencuba. Sebahagian sumber dan fakta daripada hasil Google. akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

  1. ambeh lame mek taknya kome tak makan bende ni, kecor pulak air lior wehhh :)

    BalasPadam
  2. Boleh balik kampung esok mencari weh :)

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<