Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

16 Okt 2012

BLOG BANYAK IKLAN AKAN DISITA OLEH GOOGLE PANDA

Jika benar, sebagaimana telah diwarkan-warkan mungkin sebahagian daripada kita para blogger akan mendapat kesannya nanti apapun tidak dapat dipastikan sama ada perkara yang telah dinyatakan itu telah atau sedang diambil tindakan daripada pihak terbabit. Entri ini disunting daripada website yang berkaitan.

Sekarang adalah masa yang terbaik untuk mengurangkan ruang iklan (advertising space) di laman blog anda sebelum terlambat. Google telah mengumumkan mereka akan bertindak menghukum (penalised) laman-laman web / blog yang menjalankan terlalu banyak iklan terutamanya di bahagian atas atau “page header”.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Google Panda
Google Panda mula diperkenalkan oleh Google pada Februari 2011. Ia dalah perubahan kepada algoritma ranking hasil carian Google. Perubahan ini bertujuan untuk menurunkan pangkat (penalised) laman web yang berkualiti rendah, dan mengembalikan laman web yang berkualiti ke bahagian atas di enjin carian Google.

Algoritma Baharu Dari Google Panda
Menurut laman blog rasmi Google, perubahan ini dilakukan hasil daripada rungutan pengguna yang tidak berpuas hati dengan pengalaman mereka yang sukar untuk mendapatkan kandungan sebenar dan berkualiti di sesebuah laman web / blog. Pengguna mahu melihat kandungan dengan segera selain daripada terpaksa “scroll down” terlebih dahulu.

Kesimpulannya di sini, mana-mana laman web / blog yang menempatkan kandungan di bahagian atas tanpa dipenuhi oleh ruang iklan yang banyak akan diberi keutamaan oleh Google. Selain daripada itu, Google juga turut menegaskan bahawa laman web yang menggunakan pop-up, pop-under atau overlay ads tidak akan terjejas. Algoritma baharu ini hanya terpakai kepada iklan statik di setiap halaman itu sahaja.

Persoalan! Berapa Banyak Dikatakan Terlalu Banyak?
Ini adalah persoalan yang sukar untuk ditentukan dan tidak ada sebarang “guidelines” dikeluarkan oleh Google. Walau bagaimanapun, menurut Google;

    This algorithmic change does not affect sites who place ads above-the-fold to a normal degree, but affects sites that go much further to load the top of the page with ads to an excessive degree or that make it hard to find the actual original content on the page. This new algorithmic improvement tends to impact sites where there is only a small amount of visible content above-the-fold or relevant content is persistently pushed down by large blocks of ads.

Mengikut kefahaman saya, menempatkan satu ruang iklan di bahagian atas tidak menjadi kesalahan selagi pengguna dapat melihat kandungan entri pada halaman yang sama tanpa perlu skroll ke bawah. Untuk membantu anda memahami kehendak Google, anda boleh mencuba Browser Size Tool yang disediakan oleh Google untuk memahami berapakah peratusan kandungan vs iklan di halaman blog anda yang boleh dilihat pada pandangan pertama kepada pengunjung di bawah pelbagai resolusi skrin.

Apa yang perlu Dilakukan?
Untuk mengelakkan laman web / blog anda dipenalised oleh Google Panda, cara terbaik ialah dengan mengubah layout anda secepat mengkin. Lakukan mengubahsuaian sebaik mungkin agar blog yang anda usahakan selama ini tidak diketepikan oleh enjin carian Google. -mobilityworlds- Sumber : malaysia-headlines.blogspot.com

AAP - Pada masa yang sama sepatutnya pemilik blog @ website tertentu tidak sekadar memikir keuntungan dan hasil daripada iklan di blog @ website semata-mata. Keselesaan pengujung perlu juga diambil kira.... Sudahnya nak membaca sesuatu posting berkalut dengan iklan yang nak keluar sama, tidak kah membosankan pengujung ?

Moralnya jangan tamak nanti lagi rugi :(

Wassalam, Wa'allahhualam.

4 ulasan:

  1. Ehh, kalau iklan nuffnang kat atas header tu ada efek gak ke..? Kalau ada, nak ubah iklan tu, letak kat bawah lak.. huhuhu...

    Tak pernah tau pasal google panda ni.. adehh... Terima kasih la ya bagi info ni..

    Tp betul la, kadang2 banyak sangat iklan dengan banner sampai sesak buat pening kepala gak nak membaca...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Azz - kalau sekadar biasa macam iklan Nuffnang masih ok rasanya masih tidak menjejaskan kabarnya nie yang keterlaluan :)

      Padam
  2. salam..
    blog koi dah kena penalty pun Yassin
    awal tahun hari tu..tapi koi tetap
    masih bersiaran, cuma ranking dan
    kedudukan SERP je kebelakang..trafik
    masuk pun kuranglah jadinya :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wmsalam.. oit dah terjadi ker zul? berlainan pulak blog koi nie macam trafik naik aje alhamdulillah :)

      Padam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<