Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

24 Okt 2012

BAGAIMANA JIKA ARTIKEL (POSTING) ANDA TELAH DI COPY PASTE?

Salam, didalam dunia berblogger kita tidak dapat lari daripada membuat entri meng'copy paste entri orang lain, tidak kira daripada mana sumbernya. Saya juga seorang blogger selalu juga mengambil atau meng'copy paste artikel daripada sumber lain, yang mana saya dikira mungkin menarik dan memberi bermanfaat untuk dijadikan perkongsian bersama pembaca blog kita.

Pastinya untuk menghasilkan sebuah artikel yang menarik, ori dan tulen yang ditulis oleh kita semua bukanlah suatu perkara yang mudah, ianya memerlukan masa, ketelitian dan banyak perkara yang perlu difikirkan sehinggalah lahirnya entri tersebut. Walaupun mungkin kita ada juga merujuk fakta daripada blog atau website tertentu. Sekadar rujukan sahaja tidak didalam maksud menciplak sepenuhnya.

Bagi saya meng'copy paste artikel itu perkara biasa didalam dunia blog. Cuma ada baiknya atau lebih ikhlasnya kita sebagai seorang blogger memberi sumber asalnya daripada mana artikel itu diperolehi dan paling yang penting berikan sedikit kredit atau penghargan kepada permilik asal artikel tersebut. Setidaknya-tidaknya ada juga trafik dan penghargaan tidak secara langsung pada pemilik asal artikel tersebut bersumberkan daripada blog atau website tertentu.

Sebagai contoh artikel saya yang ini TIPS TIDAK MAHU HATI TERLUKA DAN TERASA HATI telah dicopy paste ke SINI dan telah di copy paste sumber sebelumnya daripada SINI Apalah salahnya atau sebaiknya terus sahaja disebut sumbernya daripada SINI Sejujurnya bagi saya sendiri sekiranya artikel atau posting tersebut telah dicopy paste ke halaman lain mungkin boleh menjadi suatu kebanggaan pada pemiliknya. Setidaknya artikel tersebut telah berjaya menarik minat pihak lain untuk di kongsikan sama. Pasti akan menjadi satu kebanggaan pada pemilik asal artikel tersebut. Cuma jika di copy paste bulat-bulat tanpa memberi tahu sumbernya dari mana kita perolehi mungkin satu penipuan dan kezaliman bagi saya kerana telah membelakangkan hak penulis dan pemilik asal artikel tersebut.

Saranan saya, jika kita seorang blogger pastinya kita ada etika, peranan serta tanggungjawab tersendiri. Bila kita sudah berbuat sesuatu perkara atau tugasan itu. Jangan main tangkap muat apa sahaja tanpa mikirkan baik buruknya, kerana disana jelas kita ada peranan dan tanggungjawab serta keikhlasan hati kita semua. Selamat berblogger.

Wassalam, Wa'allahhualam.
  

26 ulasan:

  1. datang baca entri menarik awak..

    BalasPadam
  2. salam Yassin..
    gitu lah gayanya resam blongging
    copy mende nak kongsi..apa salahnya
    dari buat cerita lucah je kan untuk
    menarik perhatian pembaca

    BalasPadam
  3. kat blog kome gitu jg berlambok kena kopi nasib x teh tarik
    kome x kisah sgt sebenar, tapi kenalah kreadit mana kita ambik, ni kopi buat cm yg dia je pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. sampai jadi tea tarik yak.... betul bagilah kredit sikit pada pemiliknya :)

      Padam
  4. Ya thats true...do appreciate another then they will do the same thing to you

    BalasPadam
  5. setuju jgk... pernah kena ... tpi geram jgk bila copy bulat2 ...

    BalasPadam
  6. nak copy n paste x pe cuma kena tulis dari sumber mana..

    BalasPadam
  7. bukan bleh report ke. tp report pun nak buat apa jugak. selagi ada right click selagi tu la boleh copy

    BalasPadam
  8. kalau entry tu mmg entry kita sendiri,geram jugalah..tapi kalau n3 tu pun mmg dari pekbagai sumber,hinggakan kita sendiri pun copy juga...rasanya tak lah sampai marah2....

    BalasPadam
  9. ... bagi saya biarlah depa nak buat apa sebab smuanya dari Allah...

    BalasPadam
  10. setuju..... copy paste.. dh ramai buat.. tp pastikan ada dari mana sumbernya.

    BalasPadam
  11. da terbiasa da...mmg sah ada je yg akan dicopy paste..dunia dunia kopipes.

    sakit hati tapi tak lehbuat apa...tegur je blogger tu kan.

    BalasPadam
  12. yeahh..asam garam berbeloging

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. ditegur aja dulu kang, kalo gak mau ngapus yang dicpy atau membuat sumbernya :)

    BalasPadam
  15. 1- Penulis asal sepatutnya menyatakan dengan jelas itu adalah tulisannya pada (setiap) laman.
    2- Jika dia sendiri copy paste, nyatakanlah sumbernya.

    Mudah, tapi kadang-kadang para blogger sendiri yang menyukarkan keadaan.

    SentiasaPanas[dot]com

    BalasPadam
  16. Saya mengalu-alukan sesiapa saja untuk copy paste apa jua dari blog saya. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  17. benda baik atau tidak, aku tetap tak suka kopipes..biarlah entry sampah asalkan bukan plagiat..

    BalasPadam
  18. saya dulu pun sewaktu mula-mula berjinak dlm blog byk juga copy paste. tp tidak secara bulat2. sy ubah mana yang dapat diubah dr segi gaya bahasa dan sebagainya. cuma jika entry tersebut berupa entry agama saya x ubah ler. takut lari maksud.

    tapi bila dah lama sikit baru saya jumpa identiti dan boleh menulis dari jiwa saya.

    BalasPadam
  19. ya betu..saya sokong sangat..setiap entry yg di'copy' perlu di'link'kan kpd sumber blogger asalnya..

    semoga kita sma2 mendapat manfaat..~

    BalasPadam
  20. hehhe...betul tu...lagipun if ada info mana2 yang salah bila kita copy, org boleh rujuk balik pada penulis yang asal kan? hehe...


    singgah entry anak pahang sini ;)

    BalasPadam
  21. tapi tak ramai yang nak acknowledge sumber asal sesuatu entri tu... sabar je la...

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<