Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

5 Okt 2012

7 PERKARA YANG PALING BANYAK DITAKUTI MANUSIA

Secara umum, ketakutan-ketakutan yang banyak dialami orang berkisar pada hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan sehari-hari, bermula dari hubungan, keluarga hingga kewangan. Seperti dirangkum dari Phobia-fear-release.com, about.com, livestrong.com  Senarai dibawah adalah perkara-perkara yang paling banyak ditakuti orang.

1. Takut Mati
Takut mati adalah ketakutan yang paling utama yang dialami manusia. Hampir semua orang tidak ada persiapan untuk mati walaupun tahu kematian itu cepat atau lambat pasti datang. Banyak orang takut dan bimbang tentang apa yang mungkin terjadi selepas kematian. Untuk mengatasi rasa takut ini, adalah penting untuk memahami bahawa hidup adalah kitaran yang terdiri dari kelahiran dan kematian, keduanya merupakan dua sisi mata wang yang sama. Ketakutan yang berlebihan terhadap kematian disebut Thanatofobia.

2. Takut Gagal
Ketika cuba sesuatu, selalu ada dua kemungkinan, iaitu berjaya atau gagal. Atychiphobia adalah ketakutan yang tak rasional terhadap kegagalan yang pada akhirnya membuat seseorang tidak mahu berbuat sesuatu kerana takut menemui kegagalan. Jika fobia tetap tidak dirawat, gejalanya akan terus memburuk dari masa ke masa. Hilangnya motivasi dan penurunan rasa percaya diri akan segera mengikuti yang boleh menyebabkan gejala yang lebih teruk seperti kemurungan.

3. Takut Ditolak
Setiap orang ingin kehadirannya diterima, baik oleh persekitaran mahupun orang yang disayangi. Beberapa orang bahkan ada yang begitu bergantung pada pengakuan, persetujuan atau penilaian orang lain terhadap dirinya sendiri.Orang-orang ini begitu didorong oleh keperluan untuk diterima sehingga kehilangan identitinya sendiri. Beberapa orang kemudian menarik diri kerana takut ditolak. Mereka ini akhirnya menjauhkan diri dari teman-teman, keluarga dan pengasuh yang merawatnya.

4. Takut Gelap
Kecuali untuk kepentingan tidur, hampir semua manusia yang tidak dalam keadaan tidur akan takut dengan kegelapan. Daerah-daearh gelap juga sering jadi sumber jenayah. Ketakutan ini muncul dari ketidaktentuan yang dihadapi kerana tidak dapat melihat objek di persekitaran dengan jelas. Ketakutan yang berlebihan terhadap gelap disebut Lygophobia, iaitu ketakutan yang mendedah terhadap sesuatu yang tidak menimbulkan bahaya secara nyata.Pada banyak kes, ketakutan ini bercampur dengan ketakutan terhadap hantu atau sosok-sosok mistik yang lain.

5. Takut Jatuh dari Ketinggian
Membayangkan diri sendiri berada di ketinggian sering membuat panik dan takut. Gejalanya antara lain keringat dingin, gementar dan mual. Ketakutan yang berlebihan terhadap ketinggian disebut Hypsiphobia

6. Takut Kehilangan Orang yang Disayangi
Kebersamaan bersama orang yang disayangi adalah saat-saat yang paling membahagiakan dalam hidup. Ketika tiba saatnya harus menamatkan kebersamaan tersebut, baik kerana perpisahan, perceraian ataupun kematian, banyak orang yang kemudian jatuh sedih hingga kemurungan. Luangkan banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakan yang dicintai. Ketika tiba saatnya harus kehilangan mereka, maka kenangan yang indah akan tetap membuat orang yang ditinggalkan berasa bersemangat menjalani hidup.

7. Takut Miskin
Jika pernah miskin atau tumbuh di persekitaran yang miskin, orang umumnya mempunyai ketakutan yang sangat kuat terhadap kemiskinan. Cara terbaik untuk memerangi kemiskinan adalah dengan mendidik diri sendiri dan mempelajari bagaimana cara mendapatkan wang. Wang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dan layak menjadi perhatian. Namun ada kalanya orang begitu takut jatuh miskin dan kehilangan kekayaan. Ketakutan berlebihan ini disebut Peniaphobia. Sumber - Phobia-fear-release.com, about.comlivestrong.com

AAP - Ketakutan pasti tidak ada penawarnya kecuali ketabahan dan keimanan diri sendiri setiap insan.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

  1. Tak pula takut kalau tinggalkan solat kan..

    SentiasaPanas[dot]com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul itulah asasnya... sebab tak jadi apa... jadi tak takutlah didunia ini :(

      Padam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!