Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

11 Jun 2012

HARI TANPA BEG PLASTIK APA RELEVANYA?

Hari tanpa beg plastik : Denda premis jika gagal, kata Fomca

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan kepada kerajaan supaya memperkenalkan denda atau hukuman ke atas premis perniagaan yang gagal mematuhi kempen hari tanpa beg plastik.

Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, tindakan sedemikian perlu dalam usaha memastikan tidak ada mana-mana premis di negara ini yang mengambil ringan kempen tersebut sekaligus menghalang usaha kerajaan memelihara alam sekitar.

Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau berkata rundingan dengan pengusaha premis perniagaan serta orang ramai perlu diadakan terlebih dahulu sebelum denda yang sesuai diperkenalkan. Selebihnya dan Sumbernya - DISINI

AAP - Moralnya perkara ini tetap menyusahkan banyak pihak bukan sahaja pengguna terpaksa menanggung kos pembelian beg plastik tersebut yang berharga 20sen setiap beg plastik. Pihak pasaraya atau pekedai juga secara tidak langsung mendapat keuntungan daripada hasil penjualan beg plastik tersebut. Mungkin ada cara yang lebih baik dapat di fikiran jangan dibebankan kepada pengguna sahaja didalam soal seumpama ini. Kalau berani amacam haramkan terus kilang beg plastik... guna paper beg sahaja.

Bukan hari tanpa plastik..tapi hari menjual beg plastik, keperluan ttp keperluan :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

6 ulasan:

  1. Betul tu.. Mungkin memang itu tujuan asal dorang iaitu menjual beg plastik kepada pengguna...

    Jangan keluar shopping pada hari Sabtu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Azz - terkadang terlupa juga kita .. hari tu rupanya hari sabtu :(

      Padam
  2. teringgat tahun tahun 80an dulu guna beg kertas je kan? masa tu sya baru sekolah tiap kali ayah bawak balik beg kertas sya koyak sbb boleh baca surat khabar dlm beg kertas tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul dulu mmg popular surat kabar dalam beg kertas tu... org sekarang mungkin tak jumpa dah kan :)

      Padam
  3. rasanya menyusahkan sbb hari sabtu cuti, maka hari tu lah kita keluar beli barang keperluan. beli barang banyak2 nak angkut camner?

    tapi selalu dia orng pun tahu, dia bagi je beg plastik tu :)

    BalasPadam
  4. salam..
    relevennya tokey kedai untung
    tak payah beli beg bagi kita..
    sepatutnya gunakanlah beg kertas
    baru mesra alam sebagai ganti
    beg plastik..tak gitu?

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!