Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

16 Mei 2012

Ayuh Tunjukkan Sokongan Kita Kepada Tahanan Palestin Melalui Facebook

Beribu-ribu penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza semalam keluar menyambut meriah langkah Israel memberi layanan lebih baik membolehkan tahanan Palestin sekali gus menamatkan mogok lapar mereka selain mengingati ‘malapetaka’ apabila Israel diasaskan pada 1948 atau ‘Nakba’.

Israel kini bersetuju membenarkan anggota keluarga melawat tahanan Palestin dan cuba mengelak menahan penduduk tanpa didakwa. Sebagai tukaran, kumpulan pejuang Palestin memberhentikan serangan.

Dua lelaki memulakan mogok lapar pada 28 Februari lalu dan tidak makan selama 77 hari, mogok lapar paling lama. Selain itu, 1,600 tahanan Palestin lain, lebih sepertiga daripada bilangan tahanan dan menyertai mogok itu pada 17 April lalu yang berlangsung selama 27 hari.

Antara mereka termasuklah;
Bilal Thiab … 76 Hari
Thaer Halahleh … 76 Hari
Hassan Safadi … 70 hari
Omar Abu Shallal … 68 Hari
Mohammedd Al-Taj … 60 hari
Mahmoud Sarsak … 54 Hari
Faris Al-Natur … 47 hari
Jafar Ezz Al-Din … 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari

“Tahanan membuktikan kepada dunia bahawa perut kosong adalah lebih kuat daripada mana-mana pemerintah atau penindas,” kata jurucakap kerajaan Gaza, Fawzi Barhoum.
Pun begitu, kita di sini masih boleh menunjukkan sokongan yang tak berbelah bagi kepada tahanan ini.
Selain daripada berdoa, ada banyak cara lagi untuk kita nyatakan sokongan kita itu.

Untuk pengetahuan anda, pihak berkuasa penjara Israel akan membekalkan pakaian banduan berwarna coklat kepada mana-mana tahanan yang mereka anggap BANDUAN BERANI MATI. Dan kini satu kempen besar-besaran dibuat di Facebook sebagai menyokong perjuangan tahanan-tahanan berkenaan.

Caranya mudah saja, tukarkan ‘profile picture’ masing-masing dengan gambar-gambar ‘coklat’ seperti mana di bawah. Bayangkan kalau jutaan umat Islam yang menggunakan FB berbuat demikian, tidak dapat tidak, ia telah membawa satu mesej jelas betapa kita di seluruh dunia bersatu hati mengutuk penindasan dan kezaliman yang telah dilakukan terhadap tahanan-tahanan di penjara Israel ini.

InsyaAllah, moga-moga usaha ‘kecil’ ini dapat menyedarkan kuasa-kuasa besar di luar sana betapa besarnya sokongan yang diterima oleh banduan-banduan yang tidak berdosa tersebut. Jangan biarkan media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

Ingatlah, tahanan-tahanan ini tidak punya cara lain kecuali dengan cara melancarkan mogok lapar, hanya itu pilihan yang mereka ada!
Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan hukum mogok lapar ketika menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya.

Syeikh Yusuf Al- Qaradhawi menjawab :
Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah sentiasa bersama-sama dengan mereka !
Ayuh nyatakan sokongan!



 Sumber : Mynewshub.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!